Angel Wing Heart

28 June 2011

7 Hari Mencintaiku




"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Ok , Ni Sinopsis novel 7 Hari Mencintaiku  sahaja .. Jangan korang tersedaklah baca blog aku ni... HAHAHA.. Takde maknanya aku nak maki-maki orang dalam blog . Maki depan-depan je , settel terus! Bhahahaha... :P Jom baca lagi sinopsisnya... Aku baru je beli kat pesta buku SACC Convention Centre Shah ALam .. till smpai 3 julai 2011 ni tau.. So cpt2 dtg org selangor !!! Aku dpt diskaun buku ni RM26.30 .. 20%  :)) Tebal sgt2 buku ni.. Bukan novel je ada kat pesta buku ni , bahan-bahan ilmiah , kanak2 , masakan , semuanya adelah syg!! hihihi  ( dah lama tak baca novel and romantik2 ni.. :P )  Novel ni dari penulis Popular Siti Rosmizah .. aku pernah baca novel terlaris beliau , ANDAI ITU TAKDIRNYA keluaran ALAF21 ... gmpak , superb! Rugi tak baca.. kebanyakan novel beliau konflik rumah tangga .. :)

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


RM 32.90 untuk semenanjung 
RM 35.90 untuk sabah dan sarawak
1050 pages...

Nak murah ? pergi ke PESTA BUKU DI SACC CONVENTION CENTRE SHAH ALAM :)

No comments :

Post a Comment

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol