Angel Wing Heart

01 June 2011

Kejamnya budak ni.. anjing pun dia gantungkan sehingga mati!




SEORANG remaja, Kamil Hric dari Slovakia menyiarkan gambarnya menggantung anjing peliharaannya di laman sosial Facebook.

POPRAD, Slovakia - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun merakam aksi dia menggantung anjing peliharaannya dan menyiarkan gambar-gambar tersebut di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja berkenaan, Kamil Hric menulis di akaun Facebooknya: "Saya telah membunuh anjing saya - ha, ha."

Gambar tersebut menunjukkan anjing berkenaan cuba meronta semasa ia digantung di ampaian, manakala Hric melihat kejadian itu sambil ketawa.

Hric yang berasal dari Poprad ditangkap selepas beberapa orang pengguna Facebook memaklumkan kejadian itu kepada polis. Hric dilaporkan memberitahu pendakwaraya: "Apa masalahnya? Ia cuma seekor anjing. Saya membunuhnya untuk berseronok." - Agensi


P/S ; BLOG DALAM UBAHSUAI. HARAP MAKLUM ;)

1 comment :

  1. kijam!! tak suke camnie.. budak macam ni patut masuk pusat sakit jiwa, kaloo dibiarkan nanti tak mustahil die boleh bunuh orang laks.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol