Angel Wing Heart

28 February 2011

Pokok Petai Menangis?





Assalammualaikum & Selamat Pagi :)
Pagi tadi aku baca Harian Metro Online & terus dapat berita ni.

Berlaku di Kg. Lembah Raja ,Pinang.
Penduduk Kg ini gempar dengan penemuan sebatang pokok petai yang mengeluarkan air seperti air mata. Cuaca pada masa itu cerah & tidak hujan.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam. Ada jugak penduduk yang sanggup menunggu sehingga 4 pagi.



Pemilik pokok petai tersebut juga menadah & minum air titisan tersebut.



“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

Ok, perkara macam ni memang agak pelik. tapi mungkin punca dari fenomena alam atau keadaan global sekarang.

Harap tidak ada orang yang melakukan khurafat pada pokok petai tersebut :)




INFO POKOK PETAI

Pokok Petai merupakan sejenis dalam tumbuhan famili Leguminosae yang berasal dari kawasan yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Asia Tenggara Malaysia , Indonesia , Brunei dan Thailand. Jarang didapati selain kawasan Asia Selatan . Nama botani nya ialah Parkia speciosa - Hassk.

Buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat , 71% air , banyak mengandungi kalsium , fosforus , zat besi ,vitamin A , B1 , B2 dan C .

Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang.

Dalam perubatan tradisional Melayu , biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing Manis , mencuci buah pinggang , serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.




Jenis-jenis Pokok Petai :


Pokok Petai (Parkia speciosa)
Pokok Petai Nering ( Parkia sumatrana)
Pokok petai Maranti ( Parkia ingsularis)
Pokok petai Kerayung (Parkia javanica)





INFO : METRO ONLINE & WIKIPEDIA

27 February 2011

Filem Malaysia plg SUPERB! 10 mac ini ! Wajib tengok!





Filem paling hebat akan ditayangkan di Malaysia mahupun Luar negara.
Memang Superb !




FILEM EPIK/AKSI
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Tahniah KRU !
Di tayangkan pada 10 Mac 2011 ini
Wajib tengok ok?

Dahlah Suka sangat filem Epik.
KRU kiranya dah boleh lawan dengan Pengarah Filem Apocalypto - Mel Gibson
Wani paling suka tengok film dari Mel Gibson.
Film yang mengajak kita berfikir sambil berhibur.
Memang smart effect-effect yang ada.

Ok, jom Review mengenai FILEM Superb ini .

SINOPSIS


Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.



Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.



Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.



Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?


MENGENAI FILEM INI

  • Arahan film : YUSRY ABD HALIM
  • Penggunaan teknologi CGI di Malaysia
  • Menelan belanja 8 JUTA
  • Filem kedua Termahal di Malaysia selepas Filem PUTERI GUNUNG LEDANG
  • Dgn Teknologi CGI , perbelanjaan set tidak besar.
  • Hanya props set pertama yang dibina seperti 4 buah kapal , perkampungan Melayu , pelabuhan Kapal, Set Istana Rom , China & set pelabuhan GOA INDIA.
  • Mengambil masa dari ( 9 JUN 2009 hingga 8 ogos 2009 )
  • 90% shooting di Terengganu
  • Lokasi lain - KL , Pahang
  • Pelakon terdiri dari dalam & Luar negara
  • Filem bersejarah Melayu diterbitkan untuk pasaran dunia bagi tujuan memperkenalkan sejarah & Kebudayaan Melayu
  • Filem ini dipasar kan di European Film Market (EFM) yang berlangsung di Berlin , Jerman pada 11-21 Febuari 2010
  • berjaya menjual hak pengedaran kepada para pengedar filem United Kingdom ,Perancis, Jerman , Rusia dan negara Asia Barat.
  • Memasarkan filem ini ke seluruh dunia dengan menandatangani perjanjian Universal Pictures International Entertainment Ltd untuk hak pengedaran di Amerika Utara

SENARAI PELAKON



Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)


Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum


Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1

Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)


Malaysia lambat sikit nak tayang. So, kena tunggu 10 Mac 2011 ini ok?
Memang dah tak sabar nak tengok.
Sebab i ni kaki filem ! ahaks gedik. :p

Ini trailer filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

JOM LAYAN !






Amacam ? Hebat kan? tak sabar dah nak tengok ? TUNGGUUU....

info dari : Wan Iz , budiey , wikipedia

"Contest sweet couple yang paling cool n comel"



"Contest sweet couple yang paling cool n comel"


Syarat-syarat.

1.First of all,kowang kene follow blog nie,nanti senang korang nak tgk kan dekcik update pasal contest nie.


2.Buat satu entry mengenai contest nie dan hantar link kat entry nie,then upload

bunner nie letak di entry tersebut k..



3.Kowng mesti hantar gambar kepunyaan kowng sahaja.



4.Gambar 2 mesti pasangan laki n perempuan okeyh.Pose x kisah janji sopan yer kawan2

yang nmapk comel or cool..

5.Kalau boleh buat ayat mase 2 kowng dkat mane n perasaan time 2
CONTOH: mase 2 saya ngah bercuti,n kenangan 2 x dpt saya lupe kan..

6.Last sekali tag contest nie kat 5 rakan blogger kowng yer..

Hadiah..

Hanya mencari seorang pemenang sahaja..
hadiah berupa wang sejumlah rm50.
duit nie akan masuk dalam akaun bank anda
atau topap yer..

Tempoh

24 febuari 2011 hingga 31 mac 2011



Wah , ada contest lagi. Hihihi.. bukan wani je tau yang buat contest. Ramai lagi bloggers yg buat... wah, wah.. contest ni amat lumayan gitu.. mcm contest wani buat..Lumayan tak? hehehe.. sekali sekala nak bg amal jariah kat bloggers.. apa salahnya bila dah ada bajet. hihihi.. Dah , dah . taknak merepek banyak-banyak. So, wani nak pertaruhkan gmbar couple wani...huuuu~ gedik nya.. ;p ala.. kalau korang takde gambar couple , letak gambar ex pun boleh. gmbar dgn ayah pun blh . ok, TIPU.







Ni gambar aku dgn teman spesel aku. Kitaorang mmg jarang amik gambar sama2..Masa ni kitaorang tgh main layang2.. kat Kota Kemuning. Di taman perumahan yg besar & byk angin di waktu petang. Even umur dah tua -20thn main lagi layang2, tp ini mmg hobi kami di waktu petang utk bersantai2 .. Hehehehe... :p Sweet tak ? :p Boleh menang tak ? Tak ? Ok, Fine. :(




Ok , wani TAG 5 BLOGGERS :

MATA
FIZA
SHARA
FATIN
MIEZA


Sape nak join tu , boleh klik sini >> Sweet couple

26 February 2011

Berani Kritik Blog Aku !

Assalammualaikum.
Entri ni agak rasa panas siket..
Berani dia kritik blog Wani eyh?
Amboi-amboi...
Suka-suka je nak kritik blog orang.
Meh , nak tenyeh-tenyeh muka tu sikit..
Cyeeehhh!!

Takpe-takpe, hari ni hari dia .
Esok hari Wani lak...
Wahahaha..

Ok , Wani sebenarnya tak kisah pun orang nak kritik blog wani ke tak.
Yang penting , bila orang dah kritik , kita boleh ubah apa yang tak patot kan?
Wani join segmen

30 Hari 30 Blog akan di review oleh Mamat
Ayat Review bagi sedap siket. Kalau ayat Kritik , mcm panas je.. hehehhee :p

Meh , baca apa yang dah Mamat review blog Wani :






Review Blog dan Penambahbaikkan


1. Blog akak wani ni dah ok dah,page loading pun cepat lagi cepat dari page loading mamat tu..
Jealous mamat bila tengok blog akak ringan..

Tahniah akak wani,selalunya blogger-blogger baru ni suka beratkan blog mereka dengan widget-widget yang tak berguna...Tapi blog akak wani tak macam blog blogger baru dah..huhu..

2.Cuba akak wani perhatikan gambar ni..


Dalam gambar ni,ada 3 benda yang akak wani boleh cuba ubahkan..

  • Banner-banner kecik geng blogger,saya geng blogger pink,faceblog semua tu...
  • Shoutbox gambar princess akak yang memanjang ke tepi menganggu pembaca blog akak..
  • Button back to top...


*Banner-banner kecik tu akak wani boleh buat satu page baru untuk kumpulkan banner-banner tu semua..
*Shoubox gambar princess akak wani tu,akak boleh ubah dengan gambar akak atau pun gambar lain..Janji gambar tu tak memanjang macam princess tu..hehe
*Button back to top tu akak wani tidak perlu gunakan..
Kerana blog akak wani tidak memanjang ke bawah...

3.Pengunaan java strip dalam blog akak...

Ada 3 pengunaan java strip dalam blog akak ni..
First dekat banner akak gambar yang bergerak-bergerak tu..
Akak boleh buat satu banner yang tidak mengunakan animasi...Kerana banner animasi saiz dia
lebih berat dari banner biasa..

Gambar cinta hati akak wani yang bergerak ke atas...
Akak wani boleh ubah jadikan gambar biasa..Akak wani boleh letakkan di
sidebar sebelah atas..Kerana blog akak wani dah ringan,jadi tidak perlu mengunakan
widget yang gerakkan gambar akak tu..Maaf laa mamat dah lupa nama widget yang akak gunakan tu..he3

Banner my blogshop tu juga ialah animasi...Mamat cadangkan akak buat satu page untuk kumpulkan
banner-banner kecik ini,supaya tidak menganggu page laoding di muka halaman pertama..

4.Widget pelawat terkini



Widget seperti ini tidak penting sangat dalam sesebuah blog,kerana pelawat sentiasa ada,
dan berubah-berubah setiap masa...Dan tentunya menambah berat pada blog..


5.Jumlah post di halaman utama..

Jumlah post di halaman pertama blog akak ialah 2..
Tahniah akak,kerana tidak meletakkan terlalu banyak jumlah entry di halaman utama blog akak...
Kerana semakin kurang jumlah post di halaman utama,semakin meningkat page view blog...
Keseluruhannya blog akak wani ni dah terlalu ok dah...

Nak tgk review tu ? >> SINI
Thanks adk . Rupanya Adk. Wani ingat abang2 tadi..
Penulisan blognya pun power jgk...Nasihat pun bernas...
Suke ! hehehe (gatal) :p

Jwpan Wani :

1. Thks adk mamat sebab puji blog akak ringan.. Hehehe..Kalau blh mmg nak blog jadi ringan mcm kapas.. Nanti senang readers nak buka blog Wani. Loading pun xdela lembab. :)

2. Banner2 tu kdg2 akak tengok pun mcm semak jgk.. hehee.. nanti akak ubah balik and letak kt tmpt khas. hehehe.. Pasal shoutbox tu pulak, akak selalu guna mozilla , bile buka blog akak, akak tgk , xde ganggu sidebar tepi tu.. tp.. kalau cmtu , ade masa nanti , akak edit yg baru pulak ye...:)
Button 'Back To Top' pulak akak igt entri akak kot2 pjg je..takut nyusahkan readers nak naik atas blog. Yg tu akak pikirkan..:)

3. Ok , pasal banner animasi akak tu mcm 'my blogshop' , 'my banner' & picture bergerak2 di side 'cinta hati' tu akak ubah mana yg patot.. thks adk ! :)

4. Widget ' Pelawat Terkini " . Hehehe.. akak saja je nak letak widget ni.. sbab mcm kosong pulak sidebar akak..kdg2 pikir jgk , takut berat je blog akak ni.. Kalau akak nak ubah jadi widget ' comment ' blh? ala..lupa pulak nama widget.. hehe.. mcm 1 widget yg tnjuk komen2 terbaru dlm blog kita. ok tak ? :)

5. Thnks puji2 adk.. suke ni kne puji.. hahahaa ;p akak mmg tak suke letak entri byk-byk.
Paling minima pun , 2 je.. kalau nak letak 1 entri mcm tak meriah pulak.. hehehe..

Ok , terima kasih adk Mamat sebab sudi review blog akak..
Ambil nasihat adk sebagai 1 pengalaman & try utk ubah apa yang patot.

So, kpd semua bloggers & readers , anda berani di kritik ?

Jom join segmen

30 HARI 30 BLOG DI REVIEW



25 February 2011

Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011




Assalammualaikum & Selamat Pagi ^^
Pagi ni wani telah ditag oleh adik comel Iffah

Jom join
PENCARIAN BLOG PALING HENSEM DAN CANTIK 2011
oleh
SharmHassan


Cntik tak bermakna cantik layout tersebut.
Tapi cantik dari segi susunan , entri dan sebagainya.
Blog Wani tak cantik mana pun. Tapi saja nak mencuba. :)

Tag :

Fiza
Wan Hazel

Kalau korang nak join , boleh klik gambar bawah ini ye :)



Syarat-syarat :

1.Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011
2.Letak Header Hikayat Si Luncai
3.Jadi follower blog ni. (taknak follow pun takpe..tiada paksaan)
4.Tag seorang rakan blogger lelaki dan seorang rakan blogger perempuan. (nak tag ramai pun boleh.)
5.Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni
6.Blog-blog yang join segmen ni luncai akan masukkan dalam bloglist dekat sidebar
7.Pemenang akan luncai promote blog dalam sticky post selama 1 minggu
8.Tarikh tutup 28 Feb 2011 / 11:59 PM

24 February 2011

Wani nak orang kritik blog wani :)

Assalammualaikum.
Mlm ni wani nak join 30 hari 30 Blog Di Review oleh Mamat.
Mulai 25/2/2011 hingga 25/3/2011

Yela , Wani nak juga tahu kelemahan Wani kat mana kan? :)
Wani bukan blogger yg dah capai mcm LIYANA atau Ben , xpun Hanis Zulaikha.

En Mamat , Blog Wani ni simple je...:)
Hope En Mamat kritik ye..
Mula-mula nak join , rasa berdebar sikit.
hehehe..

Takut banyak yang tak elok. :)
Tapi...
Takpe lah.. Boleh tahu kelemahan blog Wani yang mana satu kan?

Ok , siapa yang nak join review ni , boleh klik header bwh ni ok ? :)
Bloggers mesti boleh terima teguran & hanya 30 blog sahaja akan di review

ANDA BERANI?

Thks En Mamat ...



23 February 2011

Lulu makan Ubat :')





Assalammualaikum.
Kali ni entri Wani pendek.
Sebabnya Wani dah ngantuk & esok kerja :)

Lulu dah ada selera mkn ,
Tu pun kena suapkan.
Nak minum pun sama.
Kesian kan ? :'(



KESIAN LULU KENA MKN UBAT :')

Rasa nak nangis tengok keadaan dia.
Tapi nak buat macamana.
Serah pada Allah.
Yang penting , wani dah usaha untuk cari ubat Lulu ni.
Semoga Lulu cepat sembuh .
AMIN .

LULU MASA SIHAT :')

P/S : JOM JOIN CONTEST WANI . GAMBAR PETS PALING COMEL :)
TERIMA KASIH KPD YANG SUPPORT CONTEST NI.
SEMUA BLOGGER BOLEH JOIN.

KLIK IMEJ BAWAH INI YE ;


Lulu ke Klinik Haiwan :')

Assalammualaikum kpd semua readers. :)
Hari ni wani nak berkongsi cerita mengenai BUBU & LULU ...
Kali ni pasal LULU :'( ..
Strt hari Ahad lepas smpai hari ni , dh 2 hari LULU wani cirit..
Isnin tu wani tak balik rumah. teman kwn tidur di tempat praktikal. (ada penginapan di situ)

baru ptg tadi (selasa) wani balik dr prktikal - tmpt kerja , wani tengok keadaan Lulu mcmana ..
Tengok-tengok susut sgt bdn dye.. sedih.. dia taknak mkn sejak ahad lpas.
Dah 2 hari tak mkn. wani suapkan alfafa hay (pebret LULU) langsng tak makan.
Sedih sgt tgk keadaan Lulu camtu. :'(

Masa Lulu Baby :')

LULU masa sihat & aktif

LULU sakit & duduk diam. Sgt Murung :(

Wani tekad and try call kwn lama wani - FIZA , sebab dye bela cats , & pernah bawak prgi klinik haiwan.. Masa tu dah pukul 6 lebih , kereta tak ada pulak nak drive. ayah tak balik kerja lagi. wani pergi kerja pun naik skuter je. .

Wani tanya Fiza , klinik swasta tu open smpai bila?

PUKUL 8 mlm OFF
Ala.. apa lah klinik ni.. tutupla pukul 9 mlm ke... time tu kan org pnt balik dari tmpt kerja! ish , tak pasal wani bebel sorang2.. :p

Nak dekat pukul 7 suku , barulah ayah wani balik . cepat2 wani mintak kunci kereta & ajak adek wani ikut sekali..Bawak BUBU & LULU sekali dlm sangkar . Terus wani pergi rumah DILA , besties wani utk teman.

Lagipun dila pandai sikit bab berjalan ni. hehe..
Kitaorang pun pergi klinik yg selalu fiza pergi.. tapi.....
baru je tutup...padahal lagi berapa minit je nak pukul 8. :(

Then , tak putus asa , cari sampai jln meru klang , tutup jgk .:(
smpai ke Bukit tinggi klang kitaorang cari..
Masa tu jalan waktu PUNCAK.
Banyak sangat kereta kat klang ni,
Geram jugak rasa.
Takut2 pun ada. Tapi terpaksa beranikan diri.

Ada je kereta yang main cilok2.
Sabar jela..

Akhirnya kitaorang jumpa juga klinik haiwan swasta . Sebenarnya tutup . Tapi ada no tel kat depan klinik tu utk emergcy. padahal 9.00 pm tutup.
Wani datang masa tu dh pukul 8.30 mlm.

Ok , sambung balik cerita :p
Wani call no tu. and Dr. tu tanya ;

Wani : Hello , Dr Klinik Haiwan K9?
DR : Yes. Ada pet sakit ke?
Wani : a'ah . Rabbit . Dia cirit sejak 2hari lepas. Boleh datang tak utk emergcy?
DR: Ok , wait 5 minutes.
Lebih kurang mcmtu la wani cakap. :p
Lepas Dr. tu sampai ,
Lulu pun kne checkup..
Bagi makan ubat , suntik .
Sian Lulu kena suntik tanpa bagi bius. :(

Tapi Lulu ok je.. duduk diam dlm keadaan murung .
Kesian sgt2 tengok Lulu.
DR pun kata, teruk betul dia sakit. :(

Ada masa check tu , Lulu bunyi2..
arnab mana ada bunyi kan? tapi lulu tiba2 ada.
TANDA dia STRESS ...

Sedih je tengok.. :'(

Ubat untuk LULU :')
Ada yg kena bagi sampai 3kali sehari

RM180

Lepas dah bagi ubat tu & isi kad klinik , time nak bayar , wani ingat kena dalam RM100 ke bawah..
Tapi.....

RM180 !!

emergcy paling mahal . Tak baloi :'(

Mak aii !!.. wani bawak dlm Rm100 lebih je masa tu.. sebab wani tak suka letak duit dlm purse byk2... slalu kalau hbs , wani cucuk duit kat ATM.

Nasib la masa tu ada Heroin. Penyelamat Wani :')
Thanks DILA , sebab bagi pinjam beberapa minit utk tmbah duit .. hehehe

Nak otw balik rumah , kitaorang bebel2 pasal caj tu.. ciss..
Emergcy kena cas RM100 ! tak baloi betul . padahal Dr tu dtg 6 minit smpai. Mesti rumah dr tu dekat je kan..byk je kawasan perumahan kat situ.

Aku berhenti kat Petronas . Sbab situ ada Atm . So , keluarkan duit , belanja adek aku & Dila air Kotak and ganti duit Dila..:)

Dila mmg kwn terbaik la. susah senang tolong sama2. tak kedekut .
syg kau Dila :')

Wani harap sgt lepas ni Lulu cepat2 sembuh. Amin.
Mungkin wani bagi terlalu byk sayur sgar . sbab tu Lulu cirit. Habis badan dia. :(
Sepatutnya tak boleh bagi lagi. Sbab umurnya baru 2bulan lebih .

Ok , wani ada buat 1st contest :)

Gambar pet Paling Comel

Meh semua , join contest wani. Senang sahaja syarat-syaratnya .

Klik gambar dibawah ni ye..


P/S : SAMBUTAN UTK CONTEST WANI AMAT MENGGALAKKAN !
Tenkiu semua :')

Semoga berjaya ok ?


.Mengalir air mata tengok keadaan Lulu.
Lepas ni , wani nak bagi TIPS untuk siapa-siapa yg ingin bela arnab :')

21 February 2011

Faceblog ? Muka Blog ?

Salam..
Mungkin segelintir sahaja yang tahu mengenai kewujudan FACEBLOG ini..
Wani baru dapat tahu tadi ketika rajin menjejak kaki ke blog-blog yang lain :)


FACEBLOG BUKAN FACEBOOK

Mungkin satu transfomasi baru??
aicyeehhh..

Kat dalam Faceblog ni korang boleh link blog korang sendiri & berchatting sesama bloggers yang lain..

Page Faceblog ni , keseluruhannya berwarna pink !
hehehe..
Memandangkan wani pun minat pink & tertarik dgn Faceblog ni ,
Wani terus je join :)

Cara nak register?

> Follow Faceblog
> Copy Banner Faceblog ke entri & sidebar anda (blh je adjust size banner tu)
> buat satu entri mengenai FaceBlog mcm wani buat skg ni ..hehe..
> Last sekali , post link entri ni di comment dlm Faceblog.
> DONE !


P/s : dengan cara ni , korang boleh mengenali antara satu sama lain & memeriahkan lagi suasana blog.. :)

ehem , kawan2 wani ada buat first contest !
Gambar Pets Paling Comel !


Jom lah join.. ajak ramai2..:)

KLIK GAMBAR BAWAH NI MENGENAI CONTEST WANI :)



GOOD LUCK !! :)

20 February 2011

1st Contest dari aku -Gambar Pets Paling Comel. Jom join!


CODE BANNER NI BOLEH ADJUST IKUT SIZE ANDA SUKA ^^
( Width & Height )



Assalammualaikum & Selamat petang atau malam kepada semua readers :)

Hari ni wani sebagai pencinta Haiwan , nak buat 1st Contest utk semua bloggers yg mempunyai pets..

Hanya taip mengenai pets anda seperti nama , jantina , jenis haiwan , & tabiat bersama gambarnya sekali

Mudah saja syarat-syarat penyertaan contest ini..

Jom terjah !
  1. Wajib seorang blogger
  2. Wajib untuk follow blog wani ye... tak rugi pun follow. Kalau follow , boleh tahu results contest ni nanti :)
  3. Contest ini berdasarkan gambar pets sahaja. tak kisah lah gambar anda bersama pets ke , atau gambar pets anda je yang posing. :) Masukkan hanya 1 gambar sahaja ye... ikut kreativiti pets anda berposing :)
  4. Taip mengenai pets anda seperti : Jantina , jenis haiwan , tabiat , nama pets tersebut.
  5. Wajib letak banner contest ini di entri atau sidebar anda (tak kisah celah mana nak letak) . ambil code banner di atas tu ye...
  6. Tajuk entri post anda - Contest Gambar Pets Paling Comel .
  7. TAG kan kepada 3 orang rakan blogger anda ( beritahu melalui shoutbox @ comment entri mereka )
  8. Last sekali , dah siap , boleh letakkan link entri post anda itu di comment bawah ni ye..

TARIKH TUTUP ?

31 MARCH 2011

Wahhh! lama kan ? yup. sebab ni first contest wani buat..
Wani nak bagi peluang kat semua bloggers..

HADIAH ?

Jeng-jeng ... ini adalah hadiah untuk para pemenang nanti...


TEMPAT PERTAMA

FOOD UNTUK PET ANDA BERNILAI RM30
&
HADIAH MISTERI UTK TUAN PUNYA PET

TEMPAT KEDUA


FOOD UNTUK PET ANDA BERNILAI RM25
&
HADIAH MISTERI UTK TUAN PUNYA PET

TEMPAT KETIGA


FOOD UNTUK PET ANDA BERNILAI RM20
&
HADIAH MISTERI UTK TUAN PUNYA PET

3 HADIAH SAGUHATI

-HADIAH MISTERI-

** HADIAH UTK PETS BOLEH BERTUKAR MENGIKUT KESESUAIAN PETS TERSEBUT @ HADIAH LAIN AKAN DIBERI MENGIKUT NILAI BARANGAN YANG DITETAPKAN**

(Yela , kalau anda ada bela ular , takkan wani nak bagi tikus banyak2 kot? hihihi)

Jika tidak sampai 20 blogger yang join selepas tarikh tutup , contest ini :
TERBATAL SERTA MERTA

Good Luck semua bloggers yang join !

P/S : Saya tahu kamu ada pets ! Mesti comel. Jangan segan-segan join contest ni :)

-Tiba-tiba ayat 'aku' bertukar 'wani @ saya' manis kan? hihihihihi -

19 February 2011

Bubu & Lulu , Ok tak tinggal rumah?


Bubu pandai bertatih ! :)

Salam. Pagi , pagi & pagi.. :)
Hari ni aku terpaksa tinggalkan Lulu & Bubu di rumah.
Tak dpt main2 dgn dowg lagi..
Sebab??

Aku nak gi damansara jap.
Jumpa membe lama dkt sana..
:)
Aku sbenarnya tak tau pun jln ke damansara even dok selangor..
wakakaka!
Anak dara tersimpan dlm rumah katakan..
Bagus tak aku ni..muahahaha..;p

Tapi takpe, aku ajak membe aku teman kan & drive..
:)
Ok, Kebetulan aku ada beli ribbon utk letak kat atas kepala aku ni..
wakaka
beli on9.. nak letak kat shawls..
nampak manis siket kan?
;p

ni diaaaa....



xnmpk sgt..tapi aku mmg suke colourful..
kehidupan penuh suka & duka..
mcm gula & garam..
mcm warna2 dunia..

aiiicyyyeeehhh! ;p
hehehe


comel?? tak??
takpe... =_=
hehehee..;p

Nak tgk ribbons yg cntik2 ?

KLIK SINI


ptg smalam bwk lulu dgn Bubu jln2 kat pdg depan umah tu...
seronok dowg...
lari2 sana sini..
aku dah la sorang je yg jaga ...
ciss..
nasib baik tak lari jauh2...
sekarang dowg dh besar..
So, terloncat sana sini..
adei..
Takut gak la nak jaga..
takut lari ke tgh jln..
tapi..
dowg ni manja sket..
knl dh tuan dye..
bau pn dh knl
:)


tak lah susah sgt nak jaga...
ada pakcik tu tegur aku...

haa..bg besar siket arnab tu..
nanti masak sama2..


senget tull..
huh..
hahaha
ni utk bela..bkn nk masak..
cyeehh! emo lak aku ni :p

Pakcik tu pun ckp...

aik..jinak ke arnab tu??
main lepaskan jee??


mestilah jinak pakcik...dh belaa...hehehe..:)


ehem.. pas balik damansara ni... insyaAllah nak mkn steamboat...
weeeee~~

ok, ok, ok peminat2 ku semua.. nanti aku upload gambar2 aku yeee..hehehe ;p

nti aku upload video bubu & Lulu kay... line tak ok sgt ni.. :)


DAH, mau pergi mengemas rumah & basuh baju... waa... suri rumah sepenuh masa weekend ni.. !
bubyeee...
Assalammualaikum...:)

P/S : AKU RASA NAK BUAT CONTEST.. BOLEH TAMBAH TRAFIK BLOG AKU KAN?? :) YANG PASTINYA CONTEST MENGENAI BINATANG... SEBAB? AKU PECINTA HAIWAN..:) TUNGGGUUUUUU.......:)



18 February 2011

Mana Perginya SYG & Tanggungjawab seorang SUAMI?



Salam. Tengok berita-berita yang ada sekarang ni? Lepas kes buang bayi yg menjadi-jadi , skg kes Suami pulak yang pukul isteri.. Sangat-sangat teruk dunia sekarang.. =_=
Bukan aku nak cakap aku ni sgt baik & terbagus.

Tidak.

Aku nak cakap mengenai dunia yg berlaku skg ni.

Sedih tak kalau kamu sndiri yg lihat seorang isteri kena tendang sampai keguguran?? :'(
Mesti perit seorang isteri yg diperlakukan seperti tu kan?
Biasa lah gaduh itu asam garam kehidupan. Tapi ..
Beragaklah sampai nak ditendang , ditampar , dihina. sampai sanggup kehilangan zuriat sendiri..
ZURIAT HALAL mereka sendiri..

Ya Allah , kadang-kadang aku terfikir knp seorang suami tak cukup sabar dgn kerenah isteri mereka? Knp ye? Sedangkan zaman muda penuh dgn ayat-ayat cinta.. sampai sanggup bagi kata-kata janji.. tapi bila dah kahwin , sebaliknya pulak yg berlaku..


Rasulullah yang menyeru umatnya supaya berlaku baik dan berlembut dengan ahli keluarga sebagaimana sabda Baginda yang berbunyi:-

Maksudnya: Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaqnya dan paling lembut terhadap keluarganya.

(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Bukan aku nak cakap semua suami tak baik.
BUKAN. Cuma segelintir je yang buat aku rasa terkilan sangat.. :(
Dalam hadis pun ada beritahu , kalau nak pukul isteri , pukul cara mendidik.
Bukan pukul menyakiti isteri.

Islam juga telah meletakkan syarat dan had tertentu terhadap kuasa untuk memukul yang ada pada seseorang suami. Perkara ini jelas berdasarkan

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah an-Nisa’ 4 : 34

Maksudnya: Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuz, maka nasihatlah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka, kemudian jika mereka mentaatimu janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan bahawa pukulan hanyalah peringkat ketiga setelah diberi nasihat dan dipisahkan tempat tidur. Begitu juga, pukulan yang dibuat hendaklah mengikut adab dan bukannya pukulan secara melulu. Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya (juzu’ 5 m/s 172) menyatakan bahawa pukul dalam ayat ini adalah ‘pukul adab dan maksud daripadanya ialah memperbaiki bukan yang lain, seperti memukul bapa akan anaknya kerana belajar al-Quran’.

Kesimpulannya, hak untuk memukul yang diberikan oleh

Syarak hanya boleh digunakan jika:-

(a) Isteri nusyuz

(b) Tindakan menasihati dan memisahkan tempat tidur telah dilakukan

(c) Memukul dengan pukulan untuk mendidik dan bukan untuk menyakitkan


Seorang suami yang memukul kerana nafsu amarahnya atau kerana sikap panas baran dan cemburu butanya serta bukan atas dasar yang telah ditentukan oleh Hukum Syarak. Dalam erti kata lain, Suami telah menyalahgunakan haknya di mana pukulan yang dilakukan adalah berbentuk menzalimi dan bukannya mendidik.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:-

Maksudnya: Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan akulah yang paling baik kepada isteriku.

(Riwayat al-Tirmizi)


Berdasarkan hadis-hadis ni , tahukan isteri tu berharga buat suami? Bukan untuk di zalimi..
Yang ni satu berita yang aku sedut dari metro ..
Amat Tragis ..
Keguguran , suami tak tahu . :'(


METRO

Moral : Jaga lah isteri & hargai seorang insan bergelar isteri.. Limpahi mereka dgn kasih syg anda :)

P/s : Kadang-kadang aku terfikir takut utk kahwin ! :(

INFO HADIS : kreadit untuk raudhuan- jurnal hukum

15 February 2011

Salam Maulidur Rasul & Selamat Hari Lahir Mak :)




Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam..:)
Mungkin tak terlambat lagi nak ucapkan salam ini ye??
hehhee..


Maulidur Rasul jgk jatuh tepat pada tarikh lahir mak yg tercinta;
PN. NOORAMAL SULAIMAN :)

Hari ni besday mak yg ke-43 tahun..
muda lagi u mak aku..
HAHAHA :P

ehem.. Aku dah plan dari awal januari lagi..:)
ok, cupcakes ni aku tempah dari cik fizah , rakan sekolah aku dulu...:)

Saja nak merasa BUATAN tgn si gadis manis ni..hehehe
Bertuah btl sape dpt cik fizah ni...hehehe
fizah , jgn marah yee,,,
:D





Famly ckp sedap & cantik fizah buat..
Tu la.. wani dh ckp , cntik je hiasan nye....ok la tu kn...
Dari wani ni , ha..langsung tak pandai buat kek..
:D

Thks to cik fizah...sebab sudi amik tempahan dari wani..
Nanti boleh tempah lagi..ye tak?? ;p

Last , Wani ucapkan Selamat Hari Lahir MAk..
Semoga diberkati & pjg umur selalu...
Dimurahkan rezeki & bahagia selalu..
Wahh..byk pulak nk wish :p

Apa cerita BUBU & LULU ?
Semalam aku dah beli tempat bekas makan dowg yg besar siket...
Pastu cari alfafa HAy , kedai tu tak ada jual pulak..:(
Jual pallets je...aku pun beli jgk sekali dgn botol minum nye...
Yela , ada dua ekor ni.. berebut..sian pulak kn...:)
Dowg ni memang memilih bab mkn..
pallets pun kurang mkn..
carrot lagi la tak nak.. ngade
nak alfafa hay je...
nak tau apa alfafa tu?
rumput yg di import..
bau rumput ni mcm bau TEH.. best je baunye..sebab tu arnab2 aku ni suka..
CISS!


ALFAFA HAY

LADANG ALFAFA HAY

Ni alfafa hay yg siap utk di makan...eh , bkn manusia yg mkn..tp rabbit..HAHAA ;p

(BUKAN ARNAB JE BOLEH MKN , HAIWAN LAIN MCM KUDA PUN BOLEH)

mhl siket la..
hari tu beli 800g je dh rm18..
pastu beli lagi yg 1kg - dpat rm 15...


Erm... Si LULU tak sihat...dye cirit..!
sian dye...
Aku bagi ubat cecair cmpur dgn air...
Hope cpt sembuh...

P/S : CHECK2 KELENDER SIAPA PULAK BIRTHDAY BULAN AKAN DTG ? :D

KORANG.. TOLONG VOTE KAN ARNAB SAYA BOLEH?? TGK SIDEBAR KANAN ATAS YE..:)

NAH !! KUCING UTK KORANG !! AMBIK2..HAHAHA.. :P

Sini Ada Hantu?


SINI ADA HANTU ?
OK, Aku nak review pasal filem ni...
Ahad lepas aku tengok filem ni dgn adek & besties aku = FARRAH

Wow.. sebenar plan nak tgk Khurafat..
HAHA..agak lambat kami tgk cite yg dh lama tayang ni kn??
Sebab aku sgt sibuk..tak sempat nak tgk..:(
beli cd jela..kn2?? hahaha
Tapi Khurafat start pukul 4.00 ptg
Masa tu pulak dah pukul 12.00

Waa... Rasa tragis jgk...
huhuhu..
Then , aku dgn farrah nak jgk tgk movie..
Haiyaa..takkan aku nk tgu smpai pukul 4 kot?
ishh..

Kitaorg pun tgk filem
SINI ADA HANTU?
Mula-mula mcm was2 jgk nak tgk..sebab iklan & tajuk filem pun mcm dh xmenarik..
Sorry , ini hanya kritikan sahaja..^^

tgk , nama VAN nye pun aku dah nak gelak. "pasti sampai" HAHAHA

Tapi bila dah tgk , boleh tahan jgk cite ni kan..
Terkejut2 jgk..
Part awal filem ni seram..
Part tgh dh mula lawak..
Rasa nak guling2 dlm panggung tu
HAHA ^^

filem ni ada 4 slot cerita..
3 slot cerita yg anak melayu & cina ni yg buat al kisahhh...
1 slot tu , part akhir pasal downg berdua ni..hehehe

memang lawak.. tapi xsehebat filem hantu kak limah..
filem tu , aku suka gile..
tapi filem sini ada hantu pun tak kurang hebatnya..


Rasa tak rugi pulak tengok ^^

Kitaorang sempat lagi berposing dlm complexs ni..
HaHa ^^


OK , cun . 1, 2, 3 !! :p


tolong la wani , jgn buat muka ayuuu sgt.. HAHAHA ;P

WAH , SINGGAH MCD .. MAKAN2..:D

Asal muka aku teruk sgt ni...sengal ! ;p
thn ARNAB ! teringat kat LULU & BUBU :)

ok , FARRAH , aku tau aku sgt pendek. tapi tetap nmpk muda..wakakaka ;p



Hah , lepas ni , nak meronggeng dgn siapa pulak???

Sian BUBU & LULU.. tak dpt ikut !! :D

P/S ; BUKAN LUARAN YG MENJADI UKURAN.. JGN TGK POSTER TAK BEST , TP KNE CUBA UTK TENGOK & KRITIK. huwaa..mentang2 aku bdk filem. cyeeh!! (BERLAGAK) :p

Ok, Bye! :)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol