Angel Wing Heart

12 November 2014

Al-Fateh Steamboat & Grill Kampung Jawa Klang


Assalammualaikum....
Akhirnya dapat gak kami berkumpul ramai-ramai. Kawan satu sekolah menengah... 10 orang je yang diajak.. hahaha. yang kamcing2 jela yer.. Ok, Wani nak cerita kat mana we all makan steamboat. Harga murah sebab baru buka kedai ni di Kampung Jawa, Klang. Landmark kat Masjid Sultan Sulaiman Klang, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) atau SMK Sri Istana Klang. Nama kedai Al-Fateh Steamboat & Grill . Kalau tahu kedai makan, Nasi Lemak Hj Mad, mesti tahu kewujudan kedai steamboat ni.. Atau taip je kat waze apps, "Lorong Raja Jumaat" mesti ada....


So, far makanan semua fresh dan sedap!! Cuma aiskrim takde kacang, so tak ambil la aiskrim.. hehehe. Dibuka pada pukul 5petang hingga 12 malam sahaja. Kalau nak makan sini, make sure call dulu lah, booking terus nanti takde tempat, full , dah kempunan pulak...




 Lihatlah, betapa sedapnya makanan di sini.. habis licin ooooo...

 BFF saya, nyawa saya, susah senang bersama :)


Ingat senang nak tengok I gelak macam kingkong? hahahaha

Yeahhh! kenyang!!! Perut pun dah berlipat-lipat :)

Untuk pengemar steamboat & grill , info kedai adalah seperti di bawah: 

Al-Fateh Steamboat & Grill Kampung Jawa, Klang
  • 5 petang hingga 12 malam sahaja dibuka
  • No.tel untuk tempahan tempat : 0176300965
  • Harga untuk Dewasa : RM21.90 seorang
  • Harga untuk Kanak-kanak : RM 11.90 seorang
  • Harga untuk Warga Emas 60 tahun ke atas : RM 13.90 seorang
  • Harga Kanak-kanak untuk 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA!
  • Facebook : klik sini

Keseluruhannya, Wani bagi 5 bintang! Best!! Cuma kalau waktu kemuncak, parking susah sikit la.... huhuhuhu.... bye

5 comments :

  1. Salam.

    Cik ada bertanya saya mengenai DTP artist dan skop kerjanya di blog saya tempohari. Maaf, saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberi jawapan yang terbaik. Kalau cik ada Facebook, cik boleh cuba untuk menyertai group Sifoo.com dan terus bertanya di situ. Mereka di dalam itu ramai yang lebih arif dan pakar dalam bidang DTP.

    Bagi saya, kerja DTP artist adalah kerja yang mencabar dan memerlukan kreativiti yang tinggi dan pemahaman dalam selok belok penerbitan. Secara asasnya, seorang artis DTP membuat kerja-kerja reka bentuk grafik untuk dicetak seperti buku, banner, bunting, poster, pamplet termasuklah kad kahwin semua tu. Antara perisian yang digunakan adalah Adobe Indesign (design buku/pamplet/poster), Adobe Illustrator untuk kerja grafik dan Photoshop untuk editing gambar. Contohnya untuk terbitkan sebuah majalah, seorang DTP artist perlu faham semua aspek penerbitan dari mereka ruang letak teks dan imej dalam buletin hinggalah proses mencetak. Biasanya DTP artist buat kerja sampai tahap convert file untuk proses cetakan. File tersebut akan dihantar ke kilang percetakan untuk proses cetakan. Itu lebih kurang kerja seorang DTP artist.

    ReplyDelete
  2. bestnya makan steamboat hihi. daging semua pun dah siap marinate. tunggu masak sendiri je :D

    salam perkenalan,
    Nabihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. mmg best Nabilah :) kena pergi cuba kalau nak tahu rasanya.. Salam perkenalan juga dari saya ;)

      Delete
  3. Salam perkenalan..macam best..bolelah tambah dalam wishlist..hihi

    ReplyDelete
  4. Amboi makan x ajak ye wani... Rindu kat Afiq..hahahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol