Angel Wing Heart

25 August 2015

Cara Semak CCRIS PTPTN

Asalamualaikum
Hari ni, Wani nak share dengan anda semua, macamana nak tahu sama ada dikenakan CCRIS (CENTRAL CREDIT REFERENCE INFORMATION SYSTEM) atau tidak. Semua sedia maklum, PTPTN telah buat CCRIS kepada semua peminjam yang enggan membayar pinjaman tersebut. Ok, Wani cuba terangkan apa itu CCRIS. CCRIS telah dikuatkuasakan oleh PTPTN pada 1 Januari 2015 lalu.

Apa itu CCRIS?

CCRIS ialah sistem pangkalan data berkomputer yang mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan (yang telah beri pinjaman) dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan (yang bakal beri pinjaman) sebagai rujukan untuk membantu mereka menyemak dan membuat penilaian mengenai sejarah kredit (bayaran balik) bakal peminjam / pelanggan mereka.

Antara yang direkodkan dalam CCRIS adalah :

  • Semua jenis pinjaman termasuk pinjaman peribadi, rumah, kereta, pinjaman ASB dll.
  • Hutang kad kredit
  • Menjadi penjamin

Kenapa PTPTN perlu menggunakan CCRIS? 

Jawapannya : PTPTN berpendapat CCRIS perlu digunakan bagi mendidik peminjam, khususnya yang tidak pernah membuat bayaran bagi tempoh 3 – 10 tahun (1999 – 2010) supaya berdisiplin dalam membuat bayaran secara teratur. Ia juga akan meningkatkan dana pusingan bagi membiayai pelajar baharu di IPT. Kemerosotan dana akan menjejaskan peluang pelajar baharu meneruskan pengajian dan akan membantutkan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai mereka yang berpendidikan tinggi menjelang 2020. 

Antara tujuan penggunaan CCRIS ialah:
  • Memberi kesedaran kepada peminjam PTPTN mengenai tanggungjawab untuk membuat bayaran balik. Adalah diharapkan agar peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik akan hadir/ tampil untuk berunding dengan PTPTN bagi menyelesaikan masalah tunggakan pinjaman mereka.
  • Berlaku adil kepada generasi peminjam yang akan datang (yang memerlukan pembiayaan PTPTN), peminjam yang melaksanakan pembayaran balik mereka dengan teratur (good paymaster) serta pembayar cukai. 
  • Memupuk nilai murni mengenai disiplin membayar hutang serta meningkatkan kesedaran mengenai kesan-kesan negatif akibat daripada berhutang di luar kemampuan.

CCRIS akan dikenakan ke atas lebih 170,000 peminjam yang sehingga 1 Oktober 2014 tidak pernah membuat sebarang bayaran balik melebihi 3 tahun (mereka yang sepatutnya mula membayar balik mulai tahun 2010 dan sebelumnya).

Semakan hendaklah dibuat terus kepada BNM melalui saluran berikut:

  • Kaunter dan kiosk di mana-mana cawangan BNM di seluruh negara; atau ii. Mengisi Borang Permohonan Laporan Kredit yang boleh dimuat turun melalui laman web BNM. Sila layari laman web Biro Kredit, Bank Negara Malaysia (BNM) di http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau hubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 untuk maklumat lanjut.

Anda boleh buat semakan melalui borang CCRIS di sini :
     Credit Report Request (CRR) Form atau
Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:
BNMLINKJabatan LINK & Pejabat WilayahTingkat Bawah, Blok DBank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn50480 Kuala Lumpur
beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi – 5.00 petang 
Info selanjutnya boleh rujuk di web ini : PTPTN
Kredit : PTPTN & Nasoha.com 
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol