Angel Wing Heart

21 October 2012

Kad Diskaun Komuter (KTMB) 1 Malaysia


Assalammualaikum.

Sedia maklum kad diskaun ktm 50% akan diberikan pada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Surirumah pun boleh mohon tau! hikhik. Alhamdullilah , boleh ringankan beban mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah. 50% tu. bukannya sikit. Nak mohon jugaklah walaupun bukan pengguna tegar KTM. mihmihmih.


Boleh mohon di kaunter khas mulai 22 Oktober 2012 sehingga 21 November 2012 dari pukul 11.00 pagi - 8.00 malam. Tetapi selepas 21 November 2012 , kaunter khas akan ditutup dan hanya boleh mohon di KL Sentral sahaja.


Cara mendaftar kad diskaun ni, hanya mengisi borang , salinan IC , dan RM1 untuk pendaftaran selama setahun. Hanya dibuka di stesen khas terpilih sahaja. Stesen KL Sentral, Tg.Malim, Kepong Sentral, Bangi,Sg. Gadut, Sentul dan Subang Jaya.

Mohon Sekarang! : SINI



14 October 2012

Daiso Japan : Charcoal Mask



Assalammualaikum

Entri ni, aku nak review mengenai produk dari Korea. Tapi di pack untuk Daiso Japan. Rasanya ramai yang dah tahu pasal produk ni. Memang terbaik. Harga kat pasaran, memang murah. Tapi kalau online, mahal. memang penjual online ni kaut untung lebih. Aku beli Charcoal Mask ni di Daiso Japan. Sebuah kedai barang-barang jepun. Everything is RM5 only. Termasuklah produk aku beli ni. Produk ni dibuat dari alam semulajadi iaitu arang. So, memang halal. Takde ragu-ragu. hihihihi. Bila pakai produk ni, memang cool je rasa. Ni khas untuk korang nak hilangkan blackhead or whitehead. Kulit berminyak pun lagi sesuai guna mask ni..Memang sental habislah. Dah tak payah nak guna produk kat market tu, yang ni dah best sangat.


Kalau kat klang, kedai Daiso ada di jusco bukit tinggi dan harbour place. Siapa yang duk area sini boleh la pegi. Kedai jepun ni pun , bff aku yang bagitahu . Macam-macam barang jepun ada jual. Ala-ala mcm kedai RM2 gitu... hikhik. Tapi memang berbaloi dan berkesanlah produk ni. whitehead aku semua keluar. memang best. Cara nak guna produk ni, senang je. Meh, aku bagitahu cara nak guna.


1) Beli produk Charcoal Mask ni dulu der... Kalau takde acane nak mulakan step? hehehehe
2) Cuci muka korang dulu sebelum guna Charcoal Mask ni. Ala, pencuci muka yang selalu korang guna...
3) Lepas cuci muka tu, dah bilas semua muka, bilas pulak muka dengan air suam... untuk bukak liang roma kulit muka korang ler... senang nak sentap blackhead or whitehead yang degil tuuuu.
4) Sapu Charcoal Mask ni seluruh muka. Bagi tebal sikit.....senang nak tarik bila dah kering krim tu.... Jangan terkena mata, kening dan mulut okey....
5) Biarkan kering krim korang, automatik akan jadi tegang gila kulit... best je rasa... krim pun sejuk jerrr...
6) Lepas dah kering, tarik mask korang buat tu dari bawah dagu ke atas ok.. (masa menarik ni memang best..macam tarik soletap) hihihihi
7) Lastly, lap muka korang dengan toner (penyegar) yang selalu korang guna lepas cuci muka tu.. ni bagi liang roma tutup balik.. xdela masuk habuk2 or bendasing dlm liang roma tu...

P/S :guna mask ni dua kali seminggu.... tapi aku syorkan guna seminggu sekali je dah memadai...

Dah rasa macam orang minyak pulak. ngehngeh
Tadaaaaa! Nampak tak putih-putih tu... tu la whitehead dari muka aku... Nasib x banyak sangat...hehehe

Cuba la.... tak rugi beli pun.... Beli bukan sebab murah... sebab produk ni, effect nya awesome beteiiii. Kulit jadi lembut je...tak percaya, beli lew.. Agak-agak kedai Daiso Japan takde tempat korang, bolehlah beli online.. yang aku bagi ni, price online berpatutanlah setakat ni. KLIK SINI Kalau tak, beli kat kedai sendiri la yerr. hehehe.

P/S : Dah daftar pengundi pilihan raya belum? Sekarang boleh daftar lagi. Sebelum tahun depan. Pilihan di tangan anda. hihihi .
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol