Angel Wing Heart

13 June 2013

Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal

Oleh Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling :

Kuala Lumpur: “Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal dibenarkan seperti yang ada sekarang ini apabila kerajaan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti meletakkan maklumat serta identiti sebenar,” tegas Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri menegaskan, langkah itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan mereka.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai garis panduan operasi media sosial tidak terus disalahgunakan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen portal berita seperti dilaksanakan negara jiran, namun bagi memelihara keharmonian nasional penguatkuasaan undang-undang sedia ada akan dilaksanakan.

“Kerajaan akan mencadangkan supaya kawal selia sendiri dilaksanakan jika tidak, pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan terhadap pemilik blog dan portal yang gagal berbuat demikian “Ia bagi memastikan mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen ras, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahukan cuba menggulingkan sistem demokrasi berparlimen diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam ucapan pada Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2012 di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Pegawai eksekutif Urusniaga Hiliran Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi Malam Wartawan Malaysia, Datuk Chamil Wariya.
Najib berkata, tindakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk mentarbiyah tetapi sebagai usaha menangani cabaran kematangan bagi negara bangsa yang kian dewasa.

P/S : Apa pandangan anda? Lepas ni tiada lagi la yang nak komen guna ID 'anonymous' di blog ye.. heheheheh . Semua kena buat blog baru la lepas ni kepada sesiapa yang tiada blog .

Kredit : Metro

09 June 2013

5 Hadiah menarik untuk Birthday Giveaway




Assalammualaikum....

Ok, aku dah dapat apa yang nak diberi untuk Birthday Giveaway . Meh , tengok apa yang menarik sangat aku nak bagi ni... Simple entri je kali ni... So, jom join Birthday Giveaway. Senang je.. tak perlu buat entri blog. Like & Share jeeeeee.... hehehehe

HADIAH PERTAMA

Sebuah Kamera Lomo Flower kalis air untuk dimenangi !





Specifications of Aqua Pix 28mm Waterproof Lomo Camera Flower
Waterproof Camera
Dimension: 12 x 9 x 5.5 cm
Weight: 0.21kg
Waterproof up to 3M
Focus free
Manual Camera
Easy film loading system
Thumb-Wheel film advance system
No Warranty

HADIAH KEDUA


Sebuah Headphone untuk dimenangi!



HADIAH KETIGA

Schwarzkopf Extra Care Travel Essentials Pack (Shampoo)


HADIAH KE- EMPAT


Shawls dari Sincerely By Us Boutique



HADIAH KE-LIMA

Enchanteur Beautiful Travel Pack

Nak join Birthday Giveaway aku ni? Boleh.... Tarikh tutup 30 Jun 2013, Ahad 12 a.m . Jom memeriahkan lagi ! Klik link di bawah ini ye :)


 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol