Angel Wing Heart

30 June 2013

Sambut Hari Jadi Serentak

Assalammualaikum

Alhamdullilah , hari ni genap umur aku 22 tahun . Dan masih lagi boleh berkongsi cerita dengan blogger dan silent readers semua. hihii. Yang paling istimewa , minggu kelahiran yang disambut serentak.. Selamat Hari Lahir buat adik bongsuku Ezza Sharina 14 tahun dan ayah tercinta Mazlan Sidek 55 tahun.


Rasa sekejap je berlalu , ayah dah berusia 55 tahun.. anak sulungnya (aku) baru 22 tahun. Sayang gila kat ayah. Dulu masa kecil, ayah belikan je apa aku nak. Aku nangis-nangis nak mainan, terpaksa jugak ayah turutkan. Tak macam ibubapa lain, anak dah menangis kat lantai, dibiarkan je. (sesetengah) tapi bila fikir, untungnya aku. Walaupun aku tahu, mesti ayah takde duit (tengah bulan or akhir bulan) sanggup jugak belikan aku macam2. Sampai berbakul-bakul mainan aku ada. Sedih pulak perangai kecil aku minta banyak-banyak.. :') Sedihnya rasa.. Terima Kasih ayah. Love you so much!!!!!



Dengan itu , baru hari ni, aku dapat belikan hadiah ayah blackberry ! Alhamdullilah, hasil titik peluh aku dapat beri hp ni untuk ayah. Ayah senyum lebar je... Suka dia. Pasni bolehlah ber'whatapps' sama nanti. Yeaaayyyyy!!!
For my dad !

Untuk adik bongsu pulak, atas permintaan dia, dia nak tengok Monster University dengan bawa kawan-kawan dia sekali. Semoga berjaya dunia akhirat dan belajar hingga PHD ok, amin! :) Adik yang berbaju hijau :)


Untuk diri sendiri pulak, aku beli bingkai lukisan gambar penari ballet ni. Ntah kenapa aku suka lukisan dinding ni. Nak gantung dalam bilik aku. You know what.. aku rasa lukisan ni bermakna sangat sebab? menggambarkan seorang gadis mampu melonjak naik, berdikari , bebas buat keputusan sendiri dan boleh bagi mak ayah duit belanja. Alhamdullilah. InsyaAllah, walaupun kadang-kadang aku juga pernah berputus asa... :') Terima Kasih kepada yang selalu disamping aku untuk beri semangat. sayang gila kat korang tau :')

For Myself :') (beli sendiri)


22 Tahun sudah :') baru timbang berat badan , dah 49 KG!! :O (before 40kg je)


Thank you so much kepada yang wish my birthday ye. Doakan supaya aku dimurahkan rezeki, diampuni dosa , diberkati , bahagia dan kahwin cepat!!! yeayyy!! muahahahha. Amin!!


P/S : Aku tak suka dengan orang yang sengaja nak merosakkan kebahagian aku , yang sibuk-sibuk , yang suka perli tak tentu pasal (takde arah tuju langsung) , yang menyakitkan hati aku tanpa sebab (tetiba je) . yeah, siapa kenal aku dia tahu la. muahahahaha.  Oh, ye.. yang suka bergurau dengan aku , I likeeeeeee! kahkahkah.

23 June 2013

Program Amal : Baju Raya Project 2013



Assalammualaikum

Malam ni entri nak menaip laju-laju dan ringkas je. Aku nak ajak bloggers semua & pembaca blog aku sekiannya, menderma baju raya terpakai atau baru kepada fakir miskin, yatim piatu , ibu tunggal dan yang memerlukan melalui Program Amal : Baju Raya Project .

Program amal ini akan bergerak di setiap tempat yang mereka pilih sekitar Lembah Klang , KL dan Pahang. Kalau korang jauh dari checkpoint tersebut, boleh juga pos kepada team BajuRayaProject. Baju yang telah dikumpul tersebut akan diberikan pada 7 & 20 Julai 2013 ini .

Info boleh didapati di sini :





P/S : Marilah kita sama-sama buat amal dan membantu mereka yang memerlukan. Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang akan menceriakan mereka. Dan semoga mereka mendoakan keampuanan , kemurahan rezeki dan kebahagian kita di dunia ini. Amin
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol