Angel Wing Heart

23 October 2013

Tarikh sebenar Pembentangan Bajet 2014


Assalammualaikum...

Sudahkah anda mengetahui tarikh pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Malaysia kita,
Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak ? Kalau belum, tarikh sebenar untuk pembentangan Bajet 2014 ini adalah pada hari Jumaat 25 Oktober 2013.

Pada bulan lepas, pihak kerajaan telah membuat satu website khas untuk rakyat mengutarakan cadangan mereka bagi bajet 2014 ini. Boleh lihat di sini - Klik ini Pelbagai cadangan yang diutarakan oleh rakyat Malaysia yang telah dikategorikan dengan beberapa bahagian seperti gambar di bawah ini.






Sama-sama kita ikuti pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat ini.. Jangan lupa download/muat turun sekali Bajet 2014 itu nanti ye. Apa agaknya yang terbaik diberikan untuk Bajet 2014 ini?

P/S: Untuk makluman bloggers dan readers semua, BRIM 2.0 sudah tutup. Untuk Bajet 2014 ini, kita nantikan sama ada disenaraikan ataupun tidak.. InsyaAllah akan di up to date dari semasa ke semasa...

16 October 2013

Apa itu imotiv?

Assalammualaikum....

Apa itu imotiv? Korang perasan tak kalau singgah mana-mana blog lain, ada ruang komen dari imotiv ini? Ha... Nak letak dalam blog pun boleh. Tapi terhad untuk pengguna imotiv je la... Bagi aku, komen imotiv tak sesuai untuk letak dalam blog.. Hide kan jela ye... Sebab bukan semua pengguna blogger yang sign up imotiv...

Ok, imotiv ini sesuai untuk golongan yang mempunyai smartphone, tablet, dll... Senang nak membaca blog orang.. tak payah nak zoom blog lagi dah... :) Imotiv ni juga boleh follow, like, comment apa sahaja yang diaorang post... mudahkan? So, nak tunggu orang kat kaki jalan ke, bus stop ke, bosan tunggu boleh buka application imotiv ni.. Imotiv ni lebih kurang macam google+ la....


Yuhuuu... siapa dah ada akaun nuffnang, tak perlulah sign up lagi ye... guna je password nuffnang korang tu.. Mudahkan? Kalau siapa takde lagi, boleh je sign up secara manual ni.. Kalau tak rajin, sign up je dari Facebook atau twitter je.. Memudahkan lagi untuk korang sign up...


Oh, ye... kepada yang bukan bloggers, jangan risau... Korang pun boleh download apps imotiv ini di handphone masing-masing ye... So, kalau nak baca blog orang yang best-best, blogshop ke... boleh follow sesuka hatimu... like, komen suka hati.. tapi adab kena jaga jugalah ye...Kang marah tuan blog..hehehehe..

Bawah ni, contoh view dari smartphone....





See? Mudah sangat nak baca kan?

Dunia semakin canggih, semakin menyenangkan kerja manusia.. Tapi ingat, guna tu biar bertempat dan jangan salahgunakan... :) Jom, follow aku di Imotiv apps... Nanti i will follow uols back! :) Salam kenal dari pengguna baru Imotiv :)







 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol