Angel Wing Heart

05 April 2015

Selamat bertunang sahabatku, bercinta dari sekolah!



Assalammualaikum
Akhirnya, dah bertunang sahabatku dari sekolah menengah , Wani kenal kawan Wani Noradilah ni masa tingkatan 4 tahun 2007. Alhamdullilah, pada 4.4.2015 Sabtu adalah hari yang paling bahagia buat sahabatku ini. Muka ceria je.. hati pun mesti dah berbunga-bunga. Lepas ni kenalah jaga adab, sopan santun gitu. Takde dahlah nak meronggeng macam dulu-dulu lagi dengan Wani. hehehe.. Bakal Puan , jaga elok-elok pasangan ye.

Diaorang ni bercinta sejak sekolah menengah dari tingkatan 3 lagi tu... dari satu sekolah yang sama dengan Wani juga.hehehe. Lama tau. Tahniah, finally bertunang juga korang berdua ni. Memang dah jodoh...




So... apa perasaan selepas tunang ye? Kawan-kawan Wani semua dah melangkah ke alam pertunangan mahupun perkahwinan. Wani je masih solo lagi.. hahaha... Biasalah anak sulung macam Wani ni banyak lagi tanggungjawab nak kena pikul walaupun masih lagi belum tertunai impian dan cita-cita Wani. Masih jauh lagi perjalanan hidup ni.. Jodoh Wani belum lagi sampai...

 Bakal bergelar Puan dalam gambar ni kecuali Wani.. hohoho... Tahniah korang, jadilah isteri Solehah dan menjalankan tanggungjawab pada rumah tangga dengan baik nanti...


AFIQ & NORADILAH
Kek ni pulak Wani sponsor untuk kawan wani ni... Tak seberapa sangat pemberianku tapi harap suka la ye... Wani tempah kek ni dengan Kak Sarah.. Minta je deko nak macamana, beliau memang kreatif dan boleh buatkan apa yang kita nak.. Puas hati sangat! Harga pun berbaloi. Boleh follow instagram akak ni (klik SINI)
 Hantaran dari pihak lelaki untuk pihak perempuan

Perasaan sebagai kawan , secara jujurnya Wani rasa gembira tengok kawan dah bahagia dengan kehidupan masing-masing. Wani pun akan kurangkan aktiviti dengan kawan-kawan lain. Bagi ruang untuk diaorang berbahagia dengan tunangan dan suami masing-masing. kena praktis tuuu.. Yela, dah kahwin nanti, mana boleh keluar sana sini, lepak sana sini lagi kan.. hahaha.. Ada juga la rasa sedih sikit.. hehe.. tapi takpelah, masa tetap berjalan... Cepat je masa berlalu... Mana tahu tak ikat tunang lama, dah kahwin dah... Jangan lupa pos atau bagi kad kahwin ye... Selamat menempuh alam baru... Jaga diri selalu, jaga tunang baik-baik and be happy... =)
Maknanya, doa untuk kawan Wani dah makbul la kan? Bahagia juga akhirnya.. InsyaAllah... be a good girl..  terima kasih untuk persahabatan yang terjalin...
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol