Angel Wing Heart

01 September 2020

Percutian Pulau Pangkor Bebas Cukai 2020

 Hai, Assalammualaikum korang. Lama tak bersiaran di blog ni. hehehe. Sebenarnya, banyak nak coretkan dalam ni cuma bergaduh masa je dengan si anak manja sorang ni. huhuhu. bertabahlah ye. Misi nak aktif balik berblog. Lama dah tinggal uiiii huhuhu.. Nak jadikan blog ni sebagai dairi. Dah tua-tua nanti boleh baca balik,ye dak..hehehe.



My anak dara seorang hihihi

Ok,balik pada tajuk tu... Aku dengan keluarga bercuti di Pulau Pangkor Perak. Sebenarnya dulu pun pernah pergi jugak tapi lama dah... tahun 2016. Tahun ni pulak dah jadi pulau bebas cukai. Ha...seronoklaaa nak pergi. Cumanya masih baru lagi..jadi tak banyaklah pilihan mcm Pulau Langkawi tu. Pulau Pangkor ni pun,kecil je kawasannya. 



Selfie sikit Mak budak



Nak pergi ke perak ni senang je. Kalau korang dari arah KL/Selangor, bolehlah lalu jalan kampung biasa tu. Waze je,mesti ada. Aku dari Selangor, makan masa nak sampai jeti Lumut dalam masa 3 jam je. Sampai sini,jangan risau sebab ada bangunan parking berbayar. Tak silap aku RM10 satu hari.

Ini tempat beli tiket feri. Tiket feri sini sangatlah murah nak berbanding dgn Langkawi. Dua hala seorang dewasa RM14 je. Bukan harga satu hala tau. Kanak-kanak bawah 5 tahun percuma. Ambil masa ke Pulau Pangkor selama setengah jam sahaja. Dekat je...






Mak Ayah Ku





Bergambar dulu di Jeti Lumut sebelum naik feri






Sampai pulau pangkor, kami sewa satu van pink untuk ke Hotel. Masa ni kami pergi hari Jumaat,jadi tambang murah sikit berbanding hari minggu. Satu van sewa RM18. Masa balik,sewa sampai RM25. huhu.. Tambang adalah harga sehala. Kami menginap di Teluk Nipah. Di sini kawasan meriah sikit nak dibandingkan tempat lain. Banyak gerai tepi pantai.Tapi Kalau suka sunyi, boleh cuba menginap di Teluk Dalam, Teluk Belanga atau Pantai Pasir Bogak. Boleh rujuk imej bawah dari Google ni :

Map of Pulau Pangkor. Source: Perak Pangkor Map, 2017. | Download ...





Kami menginap di Purnama Beach Resort sebab nak hotel yang ada kolam renang je. Hehehe. Budak dengan mak bapak budak suka mandi kolam.Tu cari hotel gini. Masa ni kami book 2 bilik. Jenis Smart Villa, berdepan dengan kolam. Hotel ni pun ada pelbagai jenis bilik lain seperti chalet. Cafe dia harga murah berbanding luar la..Nasi lemak memang sedap kena dengan tekak. Nyummyy!! Tapi malam tu,nasib kami tak baik,ada trip elektrik...(blackout) sabar jela ye... Alhamdullilah staff bagi kami baucer makan free! hehehe

Contact : PURNAMA BEACH RESORT

Pangkor Island Place for Vacation - Purnama Beach Resort













Budak-budak boleh berlari bawah tu, tanah lapang.



Ni kolamnya.





OK, jom ronda-ronda malam pulak. kami di Pangkor tidur 3hari 2malam. Walaupun pulau ni kecil,tapi boleh jalan-jalan keliling pulau ni. ada tempat bersejarah dia. Huish... banyak lagi nak cerita. Macam tak habis nak buat entri ni hahaha. Ku cuba ok...



Suasana malam di sini sangat meriah. Lebih-lebih lagi hujung minggu.




Jalan ke belakang sikit,banyak port gerai makan sini.Pilih-pilih je mana nak. Biasanya hari minggu gini mesti harga up. Dulu pernah pergi Sabah,Sabah jugaklah makanan seafood dia murah..huhuhu...




Jagung bakar ni sedap






Cerita hari kedua pulak,pagi tu kami cari gerai makan kat tepi pantai.Kalau nasib korang baik,korang akan dapat tengok burung Enggang tengah kat sini. Kadang-kadang kt kawasan hotel pun ada.




Sejenis malas nak tukar tudung,guna je 1 tudung ni sebab on point & anti kedut. Beli di Aminie Hijab. hehehe.



Makan berdepan dengan pantai.Syok wooo dengar deruan ombak...Nyaman je...








Lepas sarapan pagi tu, kami terus balik hotel,dan minta reception hotel arrange van untuk pusing satu pulau ni. Tapi kalau pergi ramai berbaloilah ye sebab sewa van RM100. Ada tour guide. Kalau korang pergi bertiga ke.. berdua ke... sewa je motor. Cuma jalan dalam pulau ni agak curam. Nak sewa kereta tak berbaloi pulak sebabnya kawasan ni jalan kecil dan sempit.




Berbaloi naikvan guna guide tour kalau pergi dengan family /beramai-ramai.Banyak  tempat dia singgah tau... 

1) Kedai Hasil Laut (beli belah sikit)
2) Rumah Ibadat Cina
3) Kota Belanda
4) Masjid Terapung Biru
5) Shopping Mall  (bebas cukai)









Panas nya weh..Pulau kan... 




Masjid terapung biru..



Kami tak masuk dalam la... panas terik plus dah penat haahhaah...just bergambar depan masjid je.







Kota Belanda





Kat sini ada jual kraf tanganlah macam biasa kan...





Pilih jangan tak pilihhhh... heheh



Last destinasi kami....shoppinglahh...kecik je sini..bebas cukai... mangkuk, beg, coklat,rokok, perfume semua ada....



Petang tu,last aktiviti bawa anak mandi laut le....





Mummy beli baju renang Elsa tapi bukan rezeki Nina pakai sebab poslaju sangatlah lambat... dekat 10 hari jugalah diperamnya barang tu. Terpaksalah anak aku pakai baju lama..nasib baik muat-muat lagi...



Moh lah kita balik ke sarang...hahaha...kami tak ambil aktiviti snorkeling sebab faktor umur keluarga aku la...tak nak ambil risiko...so kita bercuti,chill-chill saje ye...



Keluar dari Lumut,singgah tepi jalan makan durian dulu hehehe. Ok, jumpa lagi next entri. Ini pun ambil masa juga nak siapkan entri.hahaha... Simpan sini memori...bye-bye!

1 comment :

  1. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol