Angel Wing Heart

24 December 2013

Jalan-jalan ke Bukit Melawati Kuala Selangor

Assalammualaikum.

Hari Isnin ni semua Monday Blues kan? Kan? hahahaha. Wani dapat elakkan Monday Blues tersebut sebab Wani replace cuti!! yeaaay! Kat mana? Jeng-jeng.......




Bukit Melawati , Kuala Selangor ! Okey, gambar atas ni, tempat nak lihat anak bulan.. Atas bukit ni la boleh tengok pemandangan ke bawah & ke arah lautan... Indah betul... hehehe . Wani pertama kali datang tempat ni, padahal anak jati sini pun tak pernah nak datang, balik kampung tahu lalu pergi balik jer. kihkihkih. Apaadaa..



Kalau hari minggu, wajib naik trem ni, tapi berbayarlah. Memang kereta tak dibenarkan naik atas masa hari minggu...  Kaunter ada kat bawah bukit.






Nak tahu sejarah Bukit Melawati ni? Wani bagi details sikit kat bawah ni yer..

Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia. Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.



Ini dia Rumah Api-Api Kuala Selangor


Kat sini ada beberapa tinggalan Sejarah. Disebabkan kami berdua ni debab-debab, tu malas nak pusing habis satu bukit ni.. ngeh-ngeh. Masuk Muzium je, muzium kat sini FREE. Ada tinggalan sejarah seperti telaga beracun , Batu Hambar iaitu tempat pancung pesalah/penderhaka.



Masuk Muzium ni FREE jer!



Ha.. sini banyak haiwan Lotong. Kategori sebagai monyetlah. Memang jinak. Bestlah atok ni, tak takut. hehehehe


Jangan risau, kat sini ada penjual makanan untuk Lotong - Lotong ni.. Murah jer antara RM1 , Kalau dah beli tu, cepat2 sorok dalam beg, jangan kasi tengok nanti dia mengikut je ke mana you all pergi. hahaha. macam we all kena lah.. kelam kabut.. sampai.....



sampai Lotong ni curikkkk makanan nak bagi kat haiwan-haiwan ni... grrrr... redha jela.. tamak haloba beteiii.








Cantik jejantas kat sini... seberang sana ada satu muzium lama, tapi tutup pulak
Kalau nak pergi sini, bolehlah rujuk ke website Majlis Daerah Kuala Selangor yer:

KLIK SINI





Bye!

3 comments :

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol