Angel Wing Heart
Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

11 October 2016

Bercuti di The Lost World of Tambun Perak

Assalammualaikum...

Alhamdullilah, kali ni Wani bawa family kecil Wani pergi bercuti di The Lost World of Tambun, Perak. Selalu ayah mak bawa kami masa kecil-kecil bercuti kan? Kali ni, Wani pulak la bawa bercuti.... heheheh... Kami di sini selama 3 hari 2 malam. Antara tarikan di Bandar Ipoh ni ialah Taman Tema & makanan yang orang duk pong pang pong tuuu... Ala, orang kata Nasi Ganja... hehehe... Ok, sat lagi Wani cerita....


Kawan-kawan ayah.. hahahaa!


Kenapa pilih kat sini bercuti??? Ok, memandangkan Mak Ayah Wani pun dah lanjut usia, kat sini dekat sikit la dengan Selangor... Takdelah rasa letih sangat orang tua Wani tu ;) Lagipun adik bongsu nak sangat pergi sini... Yela, Taman Tema kan... siapa tak mau pergi....huhuhu... Adik yang kedua lelaki tu tak join.. Dia tu susah sikit nak join benda-benda camni.. huhuhu... Oh ye, adik beradik 3 orang je termasuk Wani ;)






Antara tarikan dalam Lost World Tambun ni.... Wani kalau pergi bercuti, pandai sikit bab-bab planning ni.. hahaha... terpuji diri sendiri pulak... :p . Ok, tips Wani... Korang sampai sini tak perlu la mandi dulu.... Korang pusing-pusing 1 Tambun ni... Memang syok... & takdelah letih sangat... Haluuu.. kalau dah mandi-manda, pastu nak berjalan pun tak larat tau.. Biasanya badan kita akan jadi letih lepas mandi... tu rasa nak tidur je... hahahha... Macam-macam tarikan ada di sini... Biarlah gambar berbicara ye... Oh ye, nak dapat tiket lagi murah dari beli kat sini? nanti Wani cerita di hujung entri blog ini yer!



Peta keseluruhan dalam The Lost World of Tambun ini...



Banyak tempat boleh dituju. Kalau taknak jalan kaki, gunakan mini train yang ada....



Gajah Batu

Masuk dalam ni semua boleh main free. Kecuali bayaran tubes (pelampung), naik swan, aktiviti lasak , rumah hantu & juga makanan yang dijual dalam ni ;) Jom layan gambar-gambar dari sini... Biar gambar berbicara..huhuhu..


Kami kat sini dah terpacak pukul 10 pagi camtu la.... datang awal, confirm 1 hari dalam ni..hahahha... Nak dijadikan cerita, wani excited nak naik kapal terbang ni.. hahaha.. gasakla, nama benda ni pun tak tahu apa.. hahaha... Sebab apa nak naik sgt? sebab wani baca review blog orang lain, katanya kapal ni slow je... tak mencabar... Choiii. Wani naik nak gugur jantung... hahahah... Ya Allah terus insaf naik benda ni... Terasa nak melayang... Asyik sebut nama Allah je... & suruh stop kan benda ni... yang kelakarnya, ada mamat laki ni pun sama cam Wani... mintak tolong je... hahahaha... uwaaaa..... Mengigil 1 badan weyhhh... Tak tipu.. serius.. jangan naik! hahahaha... sampai staff Tambun tu tanya Wani ok ke tak? :') Friendly betul diorang ni... huhuhu...  seriuslah... tak akan naik lagi benda ni... hahahaha.... Terus wani trauma untuk beberapa jam hahaha... tak nak naik semua permainan dalam ni... nak naik kuda palsu comel2 bergerak pelahan tu.. tapi adik takmau..buang tebiat.. hahahahha... So, Wani perati kan aje lah adik wani main benda dalam ni... hahahaha...



Adik naik buaian terbang ni...katanya slow je.. cuma agak pening lepas naik.. hahaha


Pastu dia dgn ayah naik roller coastr mini ni... adik ajak banyak kali, Wani taknak!!!!! hahahahahha....

Yesss... Rumah hantu ni yang dinanti-nantikan... hahahaha.. nak masuk ni kena bayar RM10 seorang.. So, nasib baik adik nak join sekali.... Kami masuk sini bergroup... cukup 6orang masuk... Geram betul sebab hantu-hantu kat sini kejar orang.. tapi dia takkan cuit kita.. hahaha.. Dahlah Wani jalan belakang sekali... ada 2 pasangan kat depan adik.. jalan slow-slow.. punya nak mati jantung sebab kena kejar dgn mcm2 baka hantu dalam ni.. yang depan pulak jalan macam nak dating.. uwaaaa... semua dah jerit-jerit.. hahaha... Wani tolak je orang depan..sebab nak keluar cepat dari tempat ni.. hahahaha.. cuak wehhhh. semua gelak-gelak lepas keluar dari rumah hantu ni walaupun tak kenal.. hahahaha.. 



Takpelah hantu-hantu semua... kau tunggu nasib kau nanti... hari ni hari kau... hahahah


Dalam ni pulak, boleh tengok batu kapur semulajadi..




Nak kabor, air kelapa dalam Tambun ni mahal.. RM10 per cup.. Mee Kari RM8 per bowl.. huhuhu, tapi jangan risau ada minuman dalam tin & mineral juga.. senang nak dapat dalam ni..







Kucing kat sini gemok-gemok.. dah la gebu.. rasa nak bawak balik je..



Dalam gua ada cafe hipster.. kikiki




Tv lama masih elok... mungkin cuma gunakan video aje...



Misteri Tasik Boga....





Mini Zoo yang terdapat di sini... budak-budak dengan mak bapak budak pun suka tengok... hihihi






Pelbagai cendarahati ada di sini....

Macamana? Bestkan... Memang sesuai untuk keluarga datang bercuti ke sini... So, kalau nak harga murah sikit dari beli di sini, boleh beli di website Groupon.. Harga asal kat sini : Dewasa RM50.94 , Kanak-kanak dan Warga emas (orang tua) RM 45.00.. Kalau beli di Groupon, korang akan dapat harga RM43.50 Dewasa & Kanak-kanak RM38.25 sahaja.. berbaloi kan... Boleh beli di sini : https://www.groupon.my/deals/klang-valley-kuala-lumpur/sunway-lost-world-water-park-sdn-bhd-5/103591767



Tak perlu lah nak beratur panjang kat sana nanti, bawa voucher yang dah beli tu (print out), tunjuk je kat kaunter sini... cepat & mudah!


Oh ye, inilah Nasi Ganja yang Famous tu.. hehehe.. Wani cari kedai ni guna apps Foursquare je.. senang... Bagi wani so-so je.. sebab mungkin wani dah cuba Nasi Ganja paling best kat Malaysia ni.. iaitu Nasi Ganja Perlis... fuhhh.. best... Nasi Ganja ni, Nasi Kandar la gitu.. Digelar macam tu sebab orang kata akan ketagih makan ni... hehehe...

Nama kedai Yong Suan. Tapi yang buat Nasi ganja ni orang Islam, Mamak.. Tauke Cina.. Pernah dengar diorang sewa tapak kat kedai ni... Nak datang makan, terus cari tempat duduk.. tak perlu beratur.. Beratur tu nak bungkus je.. hehehe...


Ok, kali ni panjang lebar pulak akak bercerita kan.. hehehe... Sekian, Selamat Bercuti !



12 January 2016

The Tree Top Walk di Sungai Sedim Kedah, Malaysia


Assalammualaikum...


Hari ini baru berkesempatan nak menaip cerita masa Wani bercuti di Kedah. Backpackers lah kononnya. Hahaha. Dah lama tak naik bas express. Sejak 5 tahun dah tak naik bas express ni. Zaman belajar dulu je naik bas dari Shah Alam ke Perlis. Hahaha. Yang jakunnya bas Pancaran Matahari ada plug pulak. hahahaha. Power2..

Oklah, berbalik pada tajuk, Wani teringin sesangat nak cuba jalan jambatan tinggi di Sungai Sedim Kedah. Jambatan besi ni, dianggap tertinggi dunia. Berdekatan dengan Kulim Kedah atau lebih tepat kawasan Air Terjun Bukit Hijau. Wani dengan kawan guna Waze je nak ke sini. Alhamdullilah, selamat sampai... 
Di sini ada jambatan gantung besi sepanjang 950 meter dengan ketinggian 50 meter dari tanah dan dianggap Titian Canopy Terpanjang di Dunia.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu



Macam biasalah, kalau dah namanya blog, memang blog Wani penuh dengan gambar daripada isi lah... hahaha. Dah macam album kahwin :p Tu namanya nak korang cuci-cuci mata je bila masuk blog Wani.. Wani tahu korang ni liat nak baca... hahaha

Tiket masuk ke sini : Dewasa RM10 , Kanak-kanak RM6





Ada penerangan mengenai The Tree Top Walk Sungai Sedim Kedah ni.. Macamana dibina, dengan apa dibina, mesti fikir kukuh ke tak agaknya ye... seram... hehehe. Tak ramai yang tahu kewujudan tempat ni, so sempena tahun melawat Kedah 2016, apa kata kepada pecinta alam sekitar, moh ler datang sini.. Bukan setakat jambatan unik ni je ada, nak mandi-mandi pun boleh.. Air terjun sejuk macam ais !

















Setiap tempat atas jambatan ni ada checkpoint. Yang gambar ni checkpoint paling tinggi dari aras laut. hahaha. power, tak payah aku daki.


Pening bakal suami aku, kalau camnilah perangai aku. hahahahahahha..




Chalet pun ada kat sini tau! Memang tenang je suasana kat sini dengan bunyi burung hutan & deruan air terjun.. fuyohhh, bahasa aku. hahahaha


Cakkk !!


Kalau korang singgah ke Gunung Kerian Kedah, berdekatan dengan Shahab Alor Setar, Kedah... Bolehlah cuba makan tengahari kat sini.. Gulai 7 Kawah. Macam-macam makanan ada.... meleleh air liuq baq ang.. hahaha



Nak awet muda macam Wani takkkk... Nampak wani macam sweet 20 tahun kan...meh makan ulam meh... hihihi...

Wani kat Kedah selama 3 hari jer, ada masa tu , kitaorang jalan-jalan petang kawasan bandar alor setar ni, tak sempat nak naik menara alor setar, pukul 6 petang dah tutup... hahahaha. Tapi tak silap wani, malam pun buka je...  So, malam tu, kitaorang ronda-rondalah kat sini.... huhuhu...




Masjid Zahir Alor Setar, pembinaan seakan macam Masjid Aceh, Indonesia... Cantikkk!
Mee Bandung Tulang, ada di Jinggo Blues Cafe, berdekatan dengan stadium Alor Setar, Kedah . Arghhh... tiba-tiba lapar... :(



Oklah, rasanya sampai sinilah Wani update cerita di Kedah... huhuhu... InsyaAllah, kita jumpa lagi ye Bum... Jaga diri elok2 na..... Hang kahwin nanti, jangan lupa jemput chek.... hihihi.. Love you.

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol