Angel Wing Heart

19 October 2011

Sejarah Mimaland. Sebuah taman rekreasi di Gombak suatu ketika dahulu. Pernahkah korang mendengarnya?


MIMALAND kolam renang yang terbesar di ASIA TENGGARA suatu ketika dahulu

Assalammualaikum.. Hari ni aku nak berkongsi dengan korang tentang Mimaland yang wujud di gombak,selangor... baru aku tahu ada 'sunway lagoon' pada era tahun 70-an-90-an.. mungkin kalau aku tanya ayah aku, dia mesti tahu tempat ni dulu... tempat orang bercintan-cintun...hehehehe..

Meh, aku ceritakan serba sedikit mengenai sejarah MIMALAND di Malaysia.... wahh bangga kot... :)


Pintu hadapan MIMALAND




PINTU HADAPAN - KINI


Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.






Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah’ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.


Gelongsor yang terpanjang di ASIA TENGGARA

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.


Van pengangkutan di MIMALAND yang ditinggalkan

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.






Nota tambahan:
 

1980 – Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja enam tahun kemudian.

1983 – Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak)

1986 – Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: “Esok jangan lupa, Mimaland!” yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.

1987 – Filem Tempo ’88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama.

Fakta2 lain mengenai Mimaland (utk tmbahan)
* dibuka pada tahun 1975
* ditutup pada 1994 akibat tanah runtuh dan budak mati lemas
* terletak di batu 11 gombak, jalan lama ke bentong
* pernah menjadi destinasi popular penduduk lembah klang
* menjadi lokasi pengambaraan filem filem melayu....
* mengikut temubual terbaru(2008) dengan penduduk...ada mendakwa pernah nampak harimau disitu
* tempat ni juga menjadi kawasan popular utk mereka yang suka kepada dunia misteri dan mencari hantu.




Jalan ke MIMALAND - KINI
 




VIDEO dalam Gila-gila remaja.. LOkasi di MIMALAND

P/S : ada sesiapa yang sempat pergi tak?? hishhh..balik rumah kena tanya parents pasal sejarah ni...kot-kot aku pernah pergi time babyyyyy...muahahahhahaa. KBAI.

14 comments :

  1. wow,,
    sejarah yg berguna ni,,
    kalo ikut map tu,, kira hebat jugalah kan,,
    :D

    ReplyDelete
  2. sayang sbb x di bangunkan n dsbbkn kemalangan tu, kene tutup

    ReplyDelete
  3. Yup.. sayang je sebab xdibangunkan.. rupenye ade jgk sejarah camtu kt malaysia :D

    ReplyDelete
  4. Dekat dengan rumah...dulu selalu pergi

    ReplyDelete
  5. ya allah saya duduk dekat dengan MIMALAND pun tak tahu ada taman tema ...Ya lack of knowledge betul la saya ni....

    ReplyDelete
  6. hehehe. sy lg la xtau.. org2 lama je yg tau dulu.. sayangkan?

    ReplyDelete
  7. yezza thanks info pasal ni.next project :D

    ReplyDelete
  8. pernah pegi masa kecik2 dulu main taman maze yg sesat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. bestnye!! saya rasa, saya tak lahir lagi masa ni. haha

      Delete
  9. tringin nkg la..
    agak2 dinosaur kolam renang tu sme ape jadi la ea??? ada lagi ke??? taman maze sme glgsor pnjg ape jadi la??? pnah ada org mati of course la kras tmpat ni dkt hutan plak tu??? ada rimau plak tkot plak nkg jengah tmpat ni! tp trgn la.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. saya pun tak tahu... yang pastinya dah semak samun kawasan tu :)

      Delete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol