Angel Wing Heart

04 September 2014

Percutian ke Pulau Perhentian Besar (SIRI 1)

Assalammualaikum...

Haiiiii uolsssss! I'm back nak menaip cerita baru di blog usang ni haaaa.... Mesti rindu ceritaku kan......ahaks! Wani dan sahabat baik Wani masa belajar dulu pergi bercuti di Pulau Perhentian Besar, Terengganu. Sebenarnya kami dah lama rancang bercuti sesama pada awal tahun 2014 lagi.. hehehe. So, Wani sendiri yang arrange kan semua plan nak ke sini termasuk booking chalet, tiket penerbangan dan lain-lain. Wani ni kalau nak pergi cuti ke sesuatu tempat, suka sangat google dulu pengalaman bercuti dari blog orang lain. hahahaa. Dah jadi tabiat. Lepas tu, baru dapat buat kira-kira nak ke sana. huhuhu. Sikit sebanyak dapat jugak ilmu baru bila nak cuti tempat orang. Takdelah rasa kekok nanti.  Tapi apa-apa pun, kalau di tempat orang , "jangan malu bertanya , nanti sesat jalan" ah, gituuuu...
Pramugari dengan penduduk pulau kata kami ni adik beradik ke? Mentang-mentang Wani pendek. hahaaha 
Masa yang sesuai untuk pergi ke pulau adalah pada bulan Februari hingga Oktober sahaja. Kalau bulan lain tengah monsoon , chalet pun tak dibuka untuk menginap.


Wani beli tiket flight Malindo Air secara online je. Kalau beli dari kaunter terus, harga jadi mahal lah. So kena bijak sikit.. haahaha.. Dah booking tu, jangan lupa print e-ticket. Nanti kat sana pergi kaunter check in je, tunjuk e-ticket & ic masing-masing. Sekarang semua dah mudah. Nak buat apa-apa online je. Senang. Wani bercuti di sini selama 3 hari 2 malam sahaja. Nak tengok sangat air yang jernih macam maldives tu ha... hehehe. Malaysia pun ada jugak... Malaysia boleh okkk...
Beli tiket penerbangan Malindo : WEB
Untuk pergi ke Pulau Perhentian melalui penerbangan, kena beli tiket turun ke Airport Kota Bahru ye semua... Sebabnya Kota Bharu dengan Pulau Perhentian lebih dekat berbanding dari Airport Kuala Terengganu. Sampai Airport Kota Bharu, ada kaunter untuk sewa teksi & tiket bot laju ke Pulau Perhentian. Sila turun ke Jeti Kuala Besut ye. Beli siap-siap dari kaunter sebelum keluar airport di pintu utama keluar tu. Kalau korang bernasib baik, boleh la tong-tong (share) dengan orang lain yang nak ke Jeti Kuala Besut. Beli tiket bot laju dua hala ok.. lebih senang. Untuk kiraan kewangan ke sini, nanti wani beritahu di siri percutian lain.. banyak ni nak cerita.. hahahaha.. so, banyaklah part nanti.. Sabar yeeeee...

Cantik sangat kan... Jernih je airnya...

Melalui teksi dari Airport Kota Bahru ke Jeti Kuala Besut mengambil masa 1 jam sampai. Bolehlah korang cuci mata tengok pemandangan kampung kan... Sampai kat agent bot laju ni, dia akan bawa korang ke Jeti Kuala Besut. Jalan kaki jer, tak jauh mana pun... Kat situ, kena bayar RM5.00 untuk masuk ke Taman Laut ni sebelum naik bot laju. Best naik bot laju.... Melambung-lambung kauuuuu! hahahaa... Jangan takut, pakai life jacket bagi yang tak tahu berenang macam Wani ni ha... hahahaa. Kalau mat saleh ni, rilek je tak pakai life jacket pun... Diaorang memang hebat la berenang ni... Majoriti tahu berenang.. hehehe... Nak sampai Pulau Perhentian Besar ni ambil masa 1 jam jugak....


Ok, kat sini baru Wani faham, takde beza mana pun Perhentian Besar dengan Perhentian Kecil ni... Perhentian kecil ni kalau nak pergi sana boleh jeeee... Naik jela Water Taxi yang disediakan kat pulau yang korang menginap ni.. Air laut sama biru jugak... hahaha.. Cuma yang membezakan , suasana jela.. Perhentian Besar lebih kepada family.. Perhentian Kecil lebih kepada kehidupan sosial sikit.. Itu jerrr... Kalau nak seronok sangat, malam tu pergi jela perhentian kecil iaitu Long Beach... Situ malam memang 'hidup'... Ada pertunjukan api...


Pulau yang wani menginap ni ada pelbagai chalet lain jugak.. Ok sini berhadapan dengan pulau kg.nelayan. So, line internet Maxis sini laju gilaaaaa! hahaha. Line lain ok jugak.. cuma line internet Digi tak ok.. boleh call,sms jela.. hehehe. Sini ada 4 chalet , Watercolors , Mama's Chalet, The Reef Chalet & Coral View . Kalau nak chalet paling mahal, Wani cadangkan pilih Coral View.. hehehe. Memang Cantik wooo..

Dah sampai sini, korang jangan ingat ada jeti siap-siap terpacak kat pulau ni.. hahahaha. Sini kena transfer ke sampan ok... bukan bot.. tapi sampan yang berenjin la.. Sekarang kan dah maju... Kerlas! hahaha. Wani memang dah siap-siap tukar kasut ke selipar.. kang lecun kasutkuuuu... ha, yang perempuan, jangan nak melancong sini bawa beg roda pulak!! hahahaha. Klakar ok kalau bawa beg roda.. basah nanti.. Pakai beg galas/camping. Wani belajar pakai beg ni sebab, last year wani bercuti ramai-ramai ke pulau langkawi, kena gelak dengan buah hati sebab bawa beg roda dah macam nak pindah terus! hahahaa. Pergi pulau ni, siap kena perli jugak, "aik? satu beg je?" hahahahaha. Masa pergi langkawi berbeg-beg Wani bawak..hahhaa Lawak ok.


Meh, nak cerita tempat penginapan we all pulak... Sini wani dah bayar terus melalui online je. Tapi call dululah tanya tarikh yang korang pilih tu available lagi ke tak.. Kang sia-sia je.. Kami menginap di The Reef Chalet . Nama lama chalet ni ialah Tropical Reef tapi dah tukar ke nama baru The Reef Chalet. Chalet ni basic tapi semua ok. Selesa sangat. Dalam pun cantik. Tak menghampakan. Kami pilih bilik standard yang ada air-cond sekali. hehehe. Kipas angin pun ada, Jangan risau kalau korang panas sangat. hahahaha. Air-cond chalet ni pun dah sejuk ok.. Sini elektrik bukan selalu ada ye... Biasalah pulau kan.. Ada jadualnya.. Tapi masa kami pergi hari tu, sentiasa ada sebab public holiday..hehehehe.... Rasanya chalet lain je yang ikut jadual tapi The Reef ni sentiasa ada elektrik.

Bawah ni Wani beritahu harga untuk chalet ye... Wani menginap di "Seaview Deluxe" . Kat sini takde Tv tapi ada di sediakan library untuk korang yang bosan tak pergi mana-mana, boleh la baca. heehehe. free jer.


CHALET RATES 2014

5x Seaview Deluxe – fan RM120/night
1 Queen Bed; Cold water

3x Seaview Deluxe – a/c RM180/night
1 Queen Bed; Hot shower

1x Seaview Family – fan RM 140/night
1 QB & 1 Single Bed; Cold water

3x Seaview Family – a/c RM 210/night
1 QB & 1 SB/Bunk Bed; Hot shower

1x Beach Family Suite – a/c RM 350/night
2 rooms; 2 QB; Hot shower

8x Garden Room - a/c RM130/nt (double)
1 QB; 1 bunk bed; Cold water RM190/nt (quad share)

* All with en suite bathroom, mosquito net, spacious veranda


FACILITIES & SERVICES

Boat Transfer – Kuala Besut & Redang Island
Snorkelling – Tours & Equipment Hire
Scuba Diving – PADI Courses & Equipment Hire (next door)
Kayak – Day Trips & Life Jacket Hire
Water Taxi – Around Perhentian Islands
Travel Transfer – Bus & Train Tickets
Electricity – 24 hrs Daily for High Season
Water supply – Ground Water, Clean & Safe
Refreshments – Mineral Water, Can Drinks & Snacks
Restaurant(s) – Western and Local Cuisine (next door)
Internet – Broadband & Wi-fi access

 
Ni chalet yang kami menginap


Ada kelambu.. Jangan risau.. Masa menginap sini, takde seekor nyamuk pun kacau..hehehe. mungkin sebab chalet kami di hadapan..

Kami rehat-rehat dulu sebelum buat aktiviti... Petang tu, kami jalan-jalan sekeliling pulau yang kami menginap ni.. Tengok tempat dulu.... hehehehe... Kat sini jangan terkejut, makanan sini 2 kali ganda mahal daripada yang biasa ye... Jangan terkejut air sirap pun harga RM5 segelas.

Barang keperluan yang dibawa ke pulau ni... Sebab tu harga sini mahal.... kos..

 

Kuewteaw Goreng RM7.00 tapi puas hati sebab sedap sangat! (Restoran - Mama's Chalet)











Yang ni kedai untuk menyewa underwater camera, equipment untuk snorkling pun ada, public phone pun ada. hahahaha. Nak baca buku/novel pun disediakan. Untuk sewa kamera ni RM100 sehari. Nanti siap burnkan dalam cd. Kalau nak guna memory card sendiri pun boleh.. (kedai ni sebelah restoran mama's chalet)


Cantikkan pemandangan sini....


Malam tu cadangnya nak ke Long beach. tengok pertunjukan orang main api dengan bunga api sambut Merdeka. Tapi sampai sana kaki kawan wani terseliuh sebab jatuh masa nak turun dari bot. Kesian dia. So kami berpatah balik ke chalet.. Sambung aktiviti esok je.. Nak ke long beach guna Water Taxi RM30 dua hala seorang. Harga mengikut jauh tempat pulau tu. Esoknya pulak kami buat aktiviti snorkling tapi wani buat next entri ok... sekarang , kita cuci mata tengok gambar dulu untuk entri SIRI 1 ini yeeee....




Tangga ni menuju ke pantai sebelah.. Kena rajin sikit jalan-jalan sekeliling pulau ye..


Rasa teruja takkkk? Ha, ni baru sesi panas badan je ni.. hahaha. Next entri Wani nak cerita aktiviti snorkling kami di sini... Best! Bertuah dapat tengok penyu,baby shark & ikan2 dalam laut.. hehehhee... Perbelanjaan kewangan ke sini, nanti Wani cerita dalam entri blog akan datang.. Ada sambungan ok... hehe.. panjang sangat nanti takde siapa nak baca pulak. hahhahaha..

Kalau berminat dengan chalet yang kami menginap ni, bolehlah berurusan dengan staf sana ye...

 e Bookings - thereefpp@hotmail.com
Phone +60 (9) 691 1762
Mobile +60 (13) 981 6762




Perghhh!! Jernih betul laut kat sini kannnnnn... Ha, ni gambar masa wani snorkling.... Kalau nak tengok gambar & baca cerita masa snorkling ni, kena tunggu next entri la pulak..hehehehe.. Wani banyak ambil gambar dalam dasar laut.. cantik sangat okkkk... Tak sia-sia snorkling tauuuuuu! hehehe.


ENTRI KEDUA PERCUTIAN DI PULAU PERHENTIAN BESAR : SINI


10 comments :

  1. Salam perkenalan :)

    tq atas entry ni especially review and gambar coral reef chalet and gambar menu tu...sangat2 membantu i yang tgh survey2 chalet and harga makanan kat sana.

    I ada soalan nak tanya pendapat u:

    1) Coral reef chalet tu sesuai tak untuk family of 2 adult, 2 kanak2 dan 1baby?
    2) Pantai nye OK tak untuk kanak2 snorkeling ?
    3) U rasa, better amik pekej chalet + food ke ataupun ambil asing2? chalet lain dan makanan lain?

    tak sabar nak tunggu your part2. definitely will frequent your blog untuk info2 pasal pulau perhentian ni.
    tq :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. maaf lambat balas.. :)

      1) saya tak duduk di Coral... Yang saya menginap ni adalah THE REEF CHALET. sangat sesuai untuk family juga.. Coral View tu taraf chalet mcm 5 bintang, sesuai juga untuk family menginap.. :)

      2) Pantai berhadapan chalet saya duduk ni tak sesuai untuk main air/mandi.. kalau nak mandi, kena berjalan sikit guna tangga yang kami jalan tu, kena pergi belakang pulau.. Atau awak boleh menginap di chalet ini Perhentian Island Chalet...

      3) Bagi saya, sendiri pun ok juga.. tapi kalau tak tahu nak manage aktiviti, better ambil pakej sahaja..

      hehehe... insyaAllah saya akan update entri kedua pulak ye... tq sebab baca ;)

      Delete
  2. waa...saya pun baru pergi. best kan? tapi saya duduk di perhentian kecil. Happening. Betul2x coral depan chalet.
    jemput dtang ke blog saya.

    http://isabellaidura.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiii isabella... hehehhe.. mmg best kan pergi pulau... terima kasih jengah blog saya.. salam perkenalan =)

      Delete
  3. Cantiknye tempat,...jernih air die...bestnyeeee

    ReplyDelete
  4. Terima kasih adik wani review, besttt tau cara adik revie wmcm ni lah akak bg thumbsup...mmg nak pi cadangnya perhentian bulan 2 tahun 2016...nasib baca sini feb valid pi perhentian yeahhh harap lah impian akak dpt pi dengan family sis...Malindo kalau book awal jadi mahal eh...AA murah plak

    ReplyDelete
  5. salam.
    tumpang tanya.
    berapa ya tambang teksi dari airport nak ke jetty.?

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej cuti bajet ke Pulau Perhentian serendah RM310, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk maklumat lanjut. Terima kasih!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol