Angel Wing Heart

08 April 2013

Blog masuk majalah Remaja keluaran 1 April 2013





Assalammualaikum


Pertama sekali, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada team Majalah Remaja kerana blog aku terpilih dalam ruangan blogspot di Majalah Remaja keluaran 1 April 2013 .  Tak sangka boleh masuk majalah sampai satu 'page'. Selalu aku tengok ruangan tersebut tersangatlah kecil. Tapi ruangan blogspot sekarang, buat rasa puas hati nak membaca. hehehehe.. Aku baru menghidu keluaran blog aku pada 4 April 2013 yang lalu. Sangat terlewat kan? Takpe, kejutan itu sangat baik. hehehehe



Gadis lincah berblog sebenarnya. I ni ayu tauuu... ahaks!

Alhamdullilah, rezeki blog aku masuk majalah. Aku mula berblog masa tahun 2006. Dulu aku kecil lagi.. baru tingkatan 2 . HAHAHA. Sekarang dah besar dah.. aiceh.. sebenarnya umur aku bukan 23 tahun tau! Alaa... janganlah 23 tahun... umur muda lagi baru 22 tahun sekarang... hehehehe..

Sejak menjak ni, aku selalu berblog ikut kepala aku.. Tu pun kalau aku rasa informasi tu berguna untuk korang. Eh, apa salahnya kongsi ilmu kan? Kalau kongsi, makin bertambahlah ilmu aku nanti. InsyaAllah. Sebelum aku kerja dulu, aku lagi rajin update blog. Tu pun berkaitan kos aku masa di Politeknik dulu, dalam jurusan Diploma Pengajian Filem Dan Video. Kalau rajin, bolehlah baca.. :)


Kejayaan berblog bukanlah setakat ini.. Aku akan cuba mantapkan blog dari semasa ke semasa. Mungkin aku masih baru lagi dalam berblog. Tidaklah sepopular blogger yang ada tapi aku cuba sampaikan apa yang menarik di blog aku. Bukan sekadar menulis hal peribadi sahaja :)

Terima kasih pada semua pembaca yang setia atau yang masih baru di blog aku. Sama ada mengikuti atau menjejaki. Berblog ni satu hobi aku. Aku suka berkongsi apa-apa yang menarik untuk aku, pada pembaca aku. hehehehe. Terima kasih jugak pada Cik Bulat kerana merekabentuk blog aku jadi lebih 'meriah' dan senang untuk dibaca. Cik Bulat sangatlah profesional. Kalau korang nak menukar template blog, bolehlah berurusan dengan Cik Bulat ..

Satu lagi, aku suka kalau orang kritik blog aku. Seriously. Dengan kritikan ini, membuatkan aku berkobar-kobar nak aktif lagi berblog.. ekekekke.. Dulu, aku pernah masuk ruangan kritikan blog secara online di sini, Siapa yang kritik tu? Lain tak bukan adalah Mamat. Sekarang dia blogger yang dah top. Terbaik. Dulu dia boleh dikatakan orang barulah jugak dalam berblog. Rezeki dia kan, penulisan dia pun sangat bernas!

Aku jugak pernah mengikuti contest online semasa aktif berblog dahulu. Bukan aku kata, sekarang dah tak aktif, aktif je... cuma aku buat entri, yang betul-betul tak bazir masa untuk korang baca. hehehhee. Balik kepada asal, aku sertai contest: Blog paling cantik 2011 . Masa tu design blog yang lama. Bukan yang sekarang ini. Tak tahulah blog yang cantik ke, atau aku yang cantik. Muahahahaha! Gila angkat bakul sendiri! hahahaha melawak je. Korang bolehlah throwback balik entri tersebut di sini

Dalam majalah Remaja 1 April 2013 ini, aku sangat terharu dengan ulasan team remaja terhadap blog aku.


Salah satu ulasan yang aku suka sangat ialah :

"Walaupun masih berusia awal 20-an, Syazwani ibarat sudah mampu berfikir di luar kotak pemikirannya"

Betul jugak ulasan tu, kadang-kadang aku terasa macam aku ni berfikir seperti orang tua. hehehehe. Kalau nak bersembang, aku suka sembang dengan ayah aku. Lagi-lagi bab politik. opss. Kat sini aku amat menghormati semua pembaca aku, so aku tidak akan buat ulasan mengenai politik kat sini, hehehehe.

Untuk informasi terkini yang perlu anda baca, sila klik di bahagian entri blog. Terima Kasih!

P/S : Dapatkan majalah Remaja keluaran 1 April 2013 berdekatan anda sebelum 15 April 2013 kerana majalah ini terbitan 2 kali sebulan.. :)

11 comments :

  1. As-Salam. Blog siapa lagi yang masuk ehh? Leh kongsikan dengan HH tak?

    ReplyDelete
  2. wsalam.. HH, blog saya sahaja yang masuk untuk isu bulan April ini.. Saya rasa, team remaja dah buat fokus satu blog sahaja utk disiarkan..tidak macam dulu lg.. Kali ni, saya suka sebab team remaja, betul-betul menilai blog

    ReplyDelete
  3. Tahniah sebab masuk Remaja :-)
    Nice n sweet design blog ni + full of information. U deserved it. Keep it up :-)

    ReplyDelete
  4. hebatnya dpt masuk majalah..cam artis gitu hehehe

    ReplyDelete
  5. baru first time singgah sini..seriously luqman dah suke..lagi pon blog nih menarik. cara Syazwani tulis entry pon best dan x membosankan..blog nih kemas.fuh..jadi nak ucap salam perkenalan dari saya. follower baru nih..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol