Angel Wing Heart

04 April 2013

Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.Com

Assalammualaikum

Siapa pernah dengar laman web 'JOMLAH CUTI' ? Kalau anda dikalangan tegar bercuti , mesti pernah dengar laman web ini. Dengan permulaan bismillah, aku nak 'review' mengenai laman web ini...


Di sini anda boleh dapatkan tip-tip percutian dan promosi pakej percutian terkini daripada Zaufan Travel & Tours Sdn Bhd . Setiap tahun mereka akan membuat promosi secara online dengan harga runtuh dan hilang akal! Zaufan travel & tours sdn.bhd adalah satu agensi pelancongan yang akan memberikan anda trip & pakej-pakej menarik! Menyediakan pelbagai pakej seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Korea, Kemboja, Universal Studio Singapore dan China serta pakej bulan madu yang menarik! Jangan kata luar negara, dalam negara pun ada! Terutama kawasan kepulauan Malaysia. Zaufan travel & tours sdn.bhd terletak di 7-1-1 Suria Avanue, Jln Dawai 16/2, 40200 Shah Alam, Malaysia. Waktu operasi pula pada hari Isnin hingga Jumaat 8.30pagi-5.00petang. Manakala hari sabtu dibuka pada pukul 9.00pagi-1.00petang.

Anda tidak perlu risau, kerana jika anda berminat dengan pakej pelancongan yang disediakan oleh pihak 'jomlah cuti' , anda boleh membuat tempahan terus melalui borang yang disediakan di setiap pakej-pakej yang anda berminat di bahagian bawah entri tersebut. Mudahkan? Percutian bersama 'group' mahupun 'persendirian' boleh dibuat di sini.




Di web 'Jomlah cuti' anda boleh membaca pelbagai artikel/berita yang disediakan oleh pihak mereka. Di sini, tarikh percutian telah disediakan. Sangat memudahkan anda. Tak perlu pening kepala nak fikir tarikh sesuai. Kadang-kadang terlampau sibuk dengan urusan kerja, anak-anak atau keluarga, sampai tak tahu nak set tarikh yang sesuai untuk bercuti. So, jangan risau... JOMLAH CUTI jawapannya! yay!


Di bawah ini saya buat satu video ringkas mengenai laman web 'jomlah cuti'. Sedikit sebanyak, dapat memudahkan pengguna baru untuk melayari web ini :)





Slogan:

Saya ingin bercuti bersama jomlahcuti.com kerana
"hari-hari makan maggie , siapa taknak cuti free!"


Salah satu percutian paling unik saya di Eangle Ranch Resort , Negeri Sembilan!

Percutian yang menyeronokkan adalah bersama krew 'jomlah cuti' ! :) Jika terdapat pertanyaan berhubung pakej yang disediakan ini, anda boleh menghubungi pihak 'jomlah cuti'  di talian : 03-5510 8266 atau emel sales@jomlahcuti.com / info@jomlahcuti.com .

6 comments :

  1. sgt bagus ne.. kalau nak jalan2 akan terja situ dulu.. follow sini sb tgok awak dalam majalah remaja

    ReplyDelete
  2. hye, dysha!
    blog saya masuk majalah remaja ke? tak tahu pulak saya..kena beli ni.. keluaran bulan ni ke? tq beritahu saya :) tq jgk dtg melawat blog sy..hehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah juga yer! Tahniah sebab dapat tempat pertama, hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... terima kasih.. rezeki bulan ni... ;)

      Delete
    2. nak tanya sikit, cik Syazwani dah terima ke hadiah voucher menang tempoh hari..??

      Delete
    3. belum lagi terima.. tapi minggu lepas dia ada call saya untuk pengesahan tarikh & tambahan bilik (berbayar). Encik dah dapat voucher ke?

      Delete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol