Angel Wing Heart

27 December 2012

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G Secara Online

Assalammualaikum
Rebat smartphone (Rebate RM200) boleh dimohon pada tahun hadapan 2013. Tetapi ada syarat. Hanya smartphone bernilai RM500 (maksimum) ke bawah sahaja boleh tebus. Kemudian, kena langgan pelan jalur lebar (broadband-mobile) pada siapa yang tiada. Berbaloi ke? Apa2 pun , syukur alhamdullilah :)
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan iklan khas bagi pemberian rebat RM200 telefon pintar (smartphone) ini di mana 1.5 juta golongan belia di Malaysia.  
Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

Program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia. Adakah anda antara yang kalangan yang termasuk dalam golongan tersebut?



Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia
  1. Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
  2. Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  3. Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500
  4. Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka
  5. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. Penyedia talian seperti Maxis, Umobile, YES YTL, Celcom, Digi & Tune Talk sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ
SENARAI TELEFON REBAT
Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon rebat telefon pintar 3G ini (smartphone), anda boleh memohon secara online (atas talian) di SKMM. Iaitu Suruhanjaya Komunikasi Malaysia. Permohonan boleh dibuat bermula 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013.

Mohon online dibawah ini :


TERKINI : 

Tadaaaaaa! Samsung galaxy S 3 Mini yang telah aku tebus menggunakan rebat smartphone.



Kredit : Beritasemasa.com

17 December 2012

Pakej Pulau di Malaysia 2013 ( Help me please? )

Assalammualaikum....


Alhamdullilah sudah sampai penghujung 2012. Macamana dengan azam tahun 2012 ni? Ada yang dah terlaksana ke belum? Kalau belum, haruslah azam tersebut bawa naik ke tahun 2013 pulak... bagi terlaksana okeyy... hihihihi


Azam untuk tahun 2013, aku takde nak impi benda aneh-aneh sangat. Cuma aku nak pergi holiday dengan kawan-kawan aku. Kira luang masa gitu dengan kawan-kawan. Eh.....masa bujang ni lah kena pandai urus masa nak beronok-ronok...eh? :P Kalau dah kahwin, apa pun tak boleh... hehehe

       Dengan ini, aku dah plan dengan kawan-kawan aku nak pergi holiday mana-mana pulau yang the best sekali di Malaysia. Di Malaysia sahaja okey. Luar negara tu nanti-nanti dulu.. cewahhh.. Penginapan kalau boleh 2D1N atau 3D2N. Kalau penginapan lagi advance pun boleh.. Sekarang ni aku dah mula hantar emel untuk tanya quotations pakej pulau untuk tahun 2013. Ada jugak survey pulau lain. Tapi tak banyak dalam internet ni.

      So, aku nak minta bantuan para bloggers semua tak kiralah yang baca blog aku sesenyap ke... yang takde akaun blog ke... korang boleh bagi comment kat bawah entri ni as annoymous atau akaun blog korang. Aku perlukan sangat-sangat review mana-mana pulau dari korang. Beserta pakej-pakej yang sesuai dan bulan apa yang sesuai untuk melancong di sini.. Tak kisahlah pulau apa.. :)

Jangan lupa bagi emel untuk senang aku tanya pasal quotations pulau.. Kalau nak bagi quotations dalam comment blog pun okey saja bahhh... hiks.

P/S: Aku ucapkan terima kasih pada yang bagi feedback ^^,

12 November 2012

Annual Cat Show Competition

Assalammualaikum.


Pagi-pagi aku on facebook kat hp. Biasalah, bangun pagi je mesti capai hp dulu. Godek-godek, ada pertandingan kucing dan kucing free untuk di adopt. Masa tu, hari last pameran di Harbour Place Mall, Klang. Aishh. Kira last minit aku pergi catshow tu. Nasib sempat kan. hihihi. Terus pickup kawan aku , pergi sana. Meriah betul. Ada lah jugak aku berangan nak membela kucing mahal-mahal ni. aherherher. Tapi nantilah, sebab dah ada 2 ekor kucing kat rumah. Mau gaduh nanti. hukhuk.






Kucing ni baka bengals . Paling rare lah. winner pulak tu. Kucing mahal gila ni sebab tu sombong tak pandang kamera. cis.



Kucing ni memang aktif. Kalau dapat kat aku, mau bercalar tangan. hiks


Kucing muka penyek. walaupun badanmu gebu tetap ku tak minat. :(




Sekitar catshow. keliling sangkar. Semua kucing ni, ada pemilik masing-masing.




Ha... kucing oren ni, paling besar antara kucing-kucing lain kat pameran ni. Obesiti betul. Kalau aku dukung dia, mau aku plak ya dihempapnya. kuikuikui






Kalau dah nama pun kucing bandar, kerjanya tidur jela yekk. geram betul tengok semua kucing-kucing ni. nak je pelok kuat-kuat sampai lemas. kahkahkah.


Manja betul perangai kucing ni. Nak je picit-picit perut dia. geram! hehehe


Tak leh tahan tengok bulu kucing ni. Tebal macam hutan daaaa. Gebuuuuu.


Sukaaaaaaaaaaaa warna kucing ni. gray white gituuu.



Yang ni, memang pandai posing maut depan kamera. Tak kekok langsung. Sambil tunjuk kemegahan yang dia ada. Cubit pipi tu kangg, baru tau. hahahaha



Kucing aku pulak apa cerita?

.
.
.
.
.


Ni la kerja kucing aku. Tidur je.. sampai boncit perut tu. Anak jantan betul. Kalau masuk tanding ni, confirm menang tang perut tuuu. menang punya lah. muahahaha. Tapi aku tetap sayang dia. Balik je rumah mak ayah, nampak aku terus nak gesel-gesel. siap bagi kiss lagi.



Muuuuuuuuuuuuuaaah untuk tuan saya yang comel plus baik hati sampai boncit perut tiger. ahaks. *tiger memang prihatin & pandai sikit. Suka kiss2* . Nampak je kereta aku, laju datang. padahal, kereta banyak gila kat kawasan rumah aku. Bagus, pandai hidu kereta tuan sendiri. hehehe.

Balik dari catshow, kitaorang terus pergi jusco bukit tinggi pulak. Lepak-lepak makan , terbeli pulak buku motivasi ni............... atas dorongan kawan aku sebenarnya. muahahaha. Eh, apa salahnya merancang kewangan dari sekarang. ye dak? :)




Penulisan tak rumit. Senang nak faham, jelas dan ringkas. Likeeee!

P/S: Bagi peminat kucing semalaysia, bolehlah like facebook Kelab Kucing Malaysia (KKM) di SINI atau website SINI. Boleh dapat info catshow serata Malaysia.Dan juga untuk daftarkan haiwan kesayangan korang di SINI (kalau hilang,boleh cari)

02 November 2012

Borang Permohonan BRIM 2.0 (bujang) Secara Online Dibuka


Assalammualaikum
Sedia maklum, borang permohonan BRIM 2.0 untuk semua warga bujang. Bujang bermaksud belum berkahwin atau duda atau janda yang tiada pasangan hidup. Gituuu.  Boleh je mohon dan tak kiralah dah berkerja atau tidak, make sure purata duit kewangan korang 2K ke bawah. Kalau tak, tak dapat nak tolong. hehehe. 




BRIM 2.0 boleh isi secara online atau menggunakan borang yang disediakan di Lembaga Hasil Dalam Negeri/Pejabat Daerah/Jabatan Pembangunan Persekutuan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Penerangan di tempat kediaman masing-masing atau boleh download borang tersebut di website yang disediakan. Kalau malas nak guna borang, isi je secara online. Kalau isi menggunakan borang, borang tersebut mestilah dihantar ke LHDN/Pejabat Daerah/Jabatan Pembangunan Persekutuan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Penerangan.  Permohonan ini dibuka pada 1 November 2012 dan tarikh tutup belum lagi ditetapkan. So, cepat-cepatlah isi ye. 


Yang masih belajar, tidak dapat bantuan BRIM 2.0 sebab dah dapat baucer buku RM250 tu. kikiki. Duit kerajaan bagi ni, bolehlah simpan . Jangan membazir. hihihi. Baucer smartphone pulak akan dibuka pada Januari 2013.

Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon melalui pos. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.Pemohon juga boleh buat semakan status keputusan permohonan BR1M di talian berikut:-
TALIAN HOTLINE SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)
Talian Hotline:- 1-800-222-500/1-300-88-3010EMEL :- br1m2@treasury.gov.my (beri nama penuh & no ic anda)
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my (KLIK SINI)


TERKINI : TARIKH TUTUP PERMOHONAN 15 MAC 2013 (LANJUT) HARAP MAKLUM

KREDIT

21 October 2012

Kad Diskaun Komuter (KTMB) 1 Malaysia


Assalammualaikum.

Sedia maklum kad diskaun ktm 50% akan diberikan pada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Surirumah pun boleh mohon tau! hikhik. Alhamdullilah , boleh ringankan beban mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah. 50% tu. bukannya sikit. Nak mohon jugaklah walaupun bukan pengguna tegar KTM. mihmihmih.


Boleh mohon di kaunter khas mulai 22 Oktober 2012 sehingga 21 November 2012 dari pukul 11.00 pagi - 8.00 malam. Tetapi selepas 21 November 2012 , kaunter khas akan ditutup dan hanya boleh mohon di KL Sentral sahaja.


Cara mendaftar kad diskaun ni, hanya mengisi borang , salinan IC , dan RM1 untuk pendaftaran selama setahun. Hanya dibuka di stesen khas terpilih sahaja. Stesen KL Sentral, Tg.Malim, Kepong Sentral, Bangi,Sg. Gadut, Sentul dan Subang Jaya.

Mohon Sekarang! : SINI



14 October 2012

Daiso Japan : Charcoal Mask



Assalammualaikum

Entri ni, aku nak review mengenai produk dari Korea. Tapi di pack untuk Daiso Japan. Rasanya ramai yang dah tahu pasal produk ni. Memang terbaik. Harga kat pasaran, memang murah. Tapi kalau online, mahal. memang penjual online ni kaut untung lebih. Aku beli Charcoal Mask ni di Daiso Japan. Sebuah kedai barang-barang jepun. Everything is RM5 only. Termasuklah produk aku beli ni. Produk ni dibuat dari alam semulajadi iaitu arang. So, memang halal. Takde ragu-ragu. hihihihi. Bila pakai produk ni, memang cool je rasa. Ni khas untuk korang nak hilangkan blackhead or whitehead. Kulit berminyak pun lagi sesuai guna mask ni..Memang sental habislah. Dah tak payah nak guna produk kat market tu, yang ni dah best sangat.


Kalau kat klang, kedai Daiso ada di jusco bukit tinggi dan harbour place. Siapa yang duk area sini boleh la pegi. Kedai jepun ni pun , bff aku yang bagitahu . Macam-macam barang jepun ada jual. Ala-ala mcm kedai RM2 gitu... hikhik. Tapi memang berbaloi dan berkesanlah produk ni. whitehead aku semua keluar. memang best. Cara nak guna produk ni, senang je. Meh, aku bagitahu cara nak guna.


1) Beli produk Charcoal Mask ni dulu der... Kalau takde acane nak mulakan step? hehehehe
2) Cuci muka korang dulu sebelum guna Charcoal Mask ni. Ala, pencuci muka yang selalu korang guna...
3) Lepas cuci muka tu, dah bilas semua muka, bilas pulak muka dengan air suam... untuk bukak liang roma kulit muka korang ler... senang nak sentap blackhead or whitehead yang degil tuuuu.
4) Sapu Charcoal Mask ni seluruh muka. Bagi tebal sikit.....senang nak tarik bila dah kering krim tu.... Jangan terkena mata, kening dan mulut okey....
5) Biarkan kering krim korang, automatik akan jadi tegang gila kulit... best je rasa... krim pun sejuk jerrr...
6) Lepas dah kering, tarik mask korang buat tu dari bawah dagu ke atas ok.. (masa menarik ni memang best..macam tarik soletap) hihihihi
7) Lastly, lap muka korang dengan toner (penyegar) yang selalu korang guna lepas cuci muka tu.. ni bagi liang roma tutup balik.. xdela masuk habuk2 or bendasing dlm liang roma tu...

P/S :guna mask ni dua kali seminggu.... tapi aku syorkan guna seminggu sekali je dah memadai...

Dah rasa macam orang minyak pulak. ngehngeh
Tadaaaaa! Nampak tak putih-putih tu... tu la whitehead dari muka aku... Nasib x banyak sangat...hehehe

Cuba la.... tak rugi beli pun.... Beli bukan sebab murah... sebab produk ni, effect nya awesome beteiiii. Kulit jadi lembut je...tak percaya, beli lew.. Agak-agak kedai Daiso Japan takde tempat korang, bolehlah beli online.. yang aku bagi ni, price online berpatutanlah setakat ni. KLIK SINI Kalau tak, beli kat kedai sendiri la yerr. hehehe.

P/S : Dah daftar pengundi pilihan raya belum? Sekarang boleh daftar lagi. Sebelum tahun depan. Pilihan di tangan anda. hihihi .

11 October 2012

Siswa Kini boleh beli kereta?

Kuantan: Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berpeluang membeli kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan.




Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan.

Katanya, tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013.

Tunjuk kad pelajar

Beliau berkata, pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.
“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.

“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Expoconvo 2012 Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, dekat sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz.

Perlindungan insurans kemalangan

Selain pembelian kereta, Aminar Rashid berkata, kumpulan pelajar itu juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di samping diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara.

Dalam pada itu, Aminar Rashid yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMP berkata, penganjuran program Expoconvo itu penting untuk mempromosikan pesta konvokesyen yang menjadi acara tahunan universiti berkenaan.

P/S : Makin terbeban lah dengan hutanggggg... untunglah... PTPTN pun tak bayar2 lagi.

Kredit : BH

07 October 2012

Hello, kerja!

Assalammualaikum.

Phewwww! Dah lama tak update blog. ngehngeh. Tengok entri blog, mesti setiap bulan ada 2-3 entri je. tu pun kalau rajin...kalau rajinlah kan? hehehehe. Diri dah makin sibuk... Tak macam dulu, masa belajar bolehlah nak update seminggu 2-3entri. Sebulan puluh2 entri post. ngehngeh. Dah kerja ni, xde masa pulak. :)

Alhamdullilah, akhirnya dapat jugak jobs yang aku idam-idamkan.. berkait dengan kos aku belajar dulu. Sekarang tengah jinak-jinak dengan grafik. Sebab dulu belajar editing & produksi je banyak :( So, skill tu nak kena mantapkan jugak walaupun rasa cam nervous, takut-takut. Yela, aku langsung takde pengalaman kerja bidang ni, Ni lah rezeki aku walaupun kontrak lagi..Kenalah cuba dulu kan..Alhamdullilah, betul sesetengah kawan aku cakap, rezeki manusia, lain-lain. Ada yang cepat, ada yang lambat....Kalau yang lambat tu, kenalah sabar...InsyaAllah, ada rezeki paling tak diduga akan dapat.. ye dak?

Sekarang ni, officemates aku semuanya best-best. Mesra alam betul. Tak macam tempat aku kerja partime dulu-dulu (masa tu kerja kerani je) , memasing buat hal sendiri. Aishhh, memang mati kutu aku kat situ dulu. Bila tegur, sepatah jawab... adei.. susah lak nak masuk.. Alhamdullilah, sekarang kerja ni, masuk-masuk je terus tegur, ajak lunch, kenal-kenalkan ke unit-unit lain.. bestlah.. Takdelah aku nak komplen sangat kan. hehehhe.




Yang tak bestnya, aku jauh dengan family.....wuwuwuwuwuw. So, kena berdikari, duk rumah sewa & drive sendiri. Ada yang kerja parents hantar, memang beruntunglah. Tapi kalau aku, cam malulah pulak.. hihihi. takde maknanya nak hantar-hantar ni, tapi masa interview jobs ni, parents aku la yang teman..memang seganlah.. sebab selalunya aku yang buat sendiri,pergi sendiri...Dah tempat pun jauh, tak familiar pulak tu, so, parents memang wajib temankanlah. hehehe. Hasil berkat mak ayah, aku dapat jobs ni.. Alhamdullilah. Masa ni la, aku nak kumpul duit, bagi parents & adik-adik. InsyaAllah, aku ingat nak bawak adik aku kelas IT. Yang tengah sek.men ni.. Biar dia tahu semua. Senang life dia nanti. Sebab aku dulu, darjah 2 ke 3 ntah, dah terdedah dengan IT. Taknaklah adik aku tak dapat ilmu basic macam tu..Kalau nak aku ajar, memang takde masa lah...kena hantar dia pergi kelas lah jawabnye.. Dah tanggungjawab aku sebagai anak sulung ni.. Nak jugak berbakti pada adik-adik.. Bila lagi nak tolong diaorang kan?

Dalam masa aku bekerja ni, kena pandai jaga duit la.. Taknaklah bazir tak tentu tempat.. Haishh. Aku lagi suka menyimpan. untuk masa depan (ehem) hehehehe. InsyaAllah, harap semua pekerjaan aku berjalan dengan lancar dan kekal lama. Bila dah pro nanti, Ketua unit aku cakap, boleh jual diri. erk. jual diri untuk cari kerja lagi better ye... bukan jual diri teeeettt tu. hahaha. Boleh kerja bahagian TV pulak ye? Buat masa ni, sangat takut nak masuk bahagian sana. Al maklumlah, ada diploma je, pengalaman pun takde lagi..Masa ni la nak cari..InsyaAllah, tapi aku nak kerja lama kat sini. Sebab selesa. Masuk pukul 9pagi, balik 5.30. Kalau tugasan lewat, selalunya balik 6.30 camtu. (buat sampai kerja siap ok). Kalau kerja malam, esoknya masuk tengah hari buta.. Kira rolling baliklah masa. Oklah, masa muda2 ni kena kerja keras. Tua-tua nanti, xlarat dah..hehehe.

Rasanya setakat ni story mory aku untuk bulan oct ni. ngehngeh. InsyaAllah, rasa terpanggil nak menaip, aku buat entri baru okehhh. Cuti raya haji, gue tak ambik cuti pun. Malas, lagi pun nak kerja je sekarang ni. Malam raya baru balik. hehehehe. Rindu nak jumpa atok, nenek! :( Terima Kasih pada semua yang tak putus-putus mendoakan aku suksess. Yang doakan buruk-buruk tu, tak baik tau.. Takut berbalik pada awak pulak.... :) Byeeeeeeeeee!

P/S: Hello KL!



19 September 2012

Turunkan harga hantaran kahwin!

Bakal mertua : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Bakal menantu :
"Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan
, biar jauh dari maksiat "..

Bakal mertua : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

Bakal menantu: "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan.

Bakal mertua : @$%@#@#$%^#@#$^&&%#@

*perkahwinan tu bukan perniagaan ~HAHAHAHA! Sekarang tengah hangat pasal kempen turunkan harga hantaran. Kesian kat bakal-bakal pengantin nak kahwin ni. Nak kahwin, tapi mahal sangat... Cer kurangkan sikit... Senang nak kahwin ^^

 

15 September 2012

Hello, Penang!



Assalammualaikum.

Last bulan lepas aku holiday dengan family aku. Yeay, Penang! Padahal takde istimewa apa sangat pun. Maybe kalau family aku tempah hotel area pantai, mesti syok! ehehehe.. Yela, dah tinggal kat bandar, buat apa nak holiday kat bandar lagi? -,- Percutian Gagal. Teeeetttttt!


Santapan pagi untuk pewut aku yang kecil ini. ayenyenyenyenye (gelak alaf baru)

Pagi tu, lepas breakfast, terus pergi bukit bendera. Oh ye, kalau nak tahu train ke bukit tu dah baru. Baru biru lagi tuuuu. Kelasssss kau train! ayenyenyenye... Sampai sana around 10-11am camtu. Masa tu, tak ramai pun orang lagi.


Pehal lah , aku posing nerd gila ni? HUDUH beteiii.


Tiket  Bukit Bendera


Sesak!

Pandangan bawah ketika train tengah naik. yehaaaa!

  Pemandangan dari bukit bendera. Akhirnya.


Teropong pemandangan Penang


 Kena bayar okek. RM0.50 sen 2x sajo.


Ni la kerja mengintai teruna-teruna Penang. Ayenyenyenye.


 Bangunan ni paling lawa aku tengok. Suka warna birunya tu!

Last kat penang ni, aku pergi ke Batu feringhi pulak. Hoh. Cantik! Siap ada servis payung terjun lagi tu...awesomeeee! Paling best, ada jual jagung bakar spesel. Siap tambah madu dengan susu! Sedakkkk nyerrrr. HAHAHA.

  Batu feringhi beach.






















Kebetulan kat sini, aku jumpa satu tempat ni penuh dengan banners agama. Unik! Memang penuh dengan inspirasi. Kagum aku. Tak pernah jumpa tempat camni :')




Jangan terasa............ ayenyenyenye :P


Jagung bakar spesel paling sedakkkk! :))

Oh ye, berita baik untuk aku , family dan kawan2 aku, ditawarkan sambung degree 'Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (Filem)' . Alhamdullilah. 1 batch aku dapat tawaran ni. Good Luck semua! All the best! :)


P/S: Tak banyak nak menaip pulak. Banyak gambar takpe kan?kan? hiks. *pemalas*
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol