Angel Wing Heart

31 March 2011

Twiends ! Cara dapatkan trafik dan followers lebih mudah!

Assalammualaikum. Hari ni aku nak kongsi dengan korang macamana nak dapat trafik dan followers yang ramai dalam blog . Ok , Perkenalkan TWIENDS , bagi yang belum tahu , inilah cara nya !! :) FREE saja ok ! KAHKAHKAH , nak free je aku ni .. hihihi :p

Twiends ni mudah dan senang, korang boleh pilih samaada sign in terus melalui twitter ataupun register bagi yang tiada twitter. TIDAK PERLU ADA TWITTER TAKPE -. Tapi HARUSLAH ADA :) So , cepat2 lah sign up ok. 

 

SIGN IN MELALUI TWITTER ATAU REGISTER 

Klik ALLOW untuk membenarkan aplikasi ini bersambung terus dengan twitter anda jika mendaftar melalui twitter.



 Bila dah masuk , korang boleh terus follow siapa-siapa yang ada dalam twiends ni. Dalam Malaysia pun ada tapi , ubahlah setting korang ok . baru lah jumpa Malaysia. Hehehe. 
Kadang-kadang ada ayat Get seed tu kan ? seed tu sebenarnya macam kredit kita lah. ala..macam main game kat Facebook tu . Lebih kurang macam tu , tapi takde lah menjejaskan apa-apa pun. Kira macam bonus . Boleh up. miahahaha. Jangan korang Buy seed sudahlah. Banyak jugak duit PAL korang. :p

 

Sebelum tu , siapa ada PAGE FACEBOOK , korang boleh connect terus , secara tak langsung , makin ramai yang follow korang . Tak percaya ? korang cuba la :)

Pastikan korang dah letak url blog korang siap-siap dalam PAGE FB mahupun TWITTER . Setiap post yang korang letak , secara automatik mereka akan klik untuk mengikuti blog anda. :)

 

Mudah kan ? Senang nak dapat trafik yang korang idamkan . :) aku dah try , mmg banyak follower dalam twitter . hihihi... so , bila aku post je entri ni , mesti mereka dapat informasi  dan terus ringankan jari untuk klik url aku ... :)  PAGE FACEBOOK ? Maaf leee.... aku tak ada pulak page dalam FB khas untuk blog aku.. Belum masanya lagi.... hihihi . dah REGISTER tu , godek-godek lah dalam twiends tu sikit !

KEBANYAKKAN DALAM TWIENDS INI ADALAH GOLONGAN BLOGGERS SEPERTI KITA :)

P/S : Promot blog untuk dapatkan trafik . Usaha itu penting  :)

30 March 2011

Dapat BE ! Sangat terharu dengan nuffnang :)

NUFFNANG

 Assalammualaikum.... Wah.. hari ni aku check nuffnang , yela dah lama tak tengok.. sebenarnya malas nak tengok , sebab mesti dapat ciput je.. hehee... ;p tapi lepas aku tengok , aku dapat BE baru rupanya !! dari bulan feb - mac 2011 .. Macam tak percaya . dah tu banyak pulak dapat. Alhamdullilah dapat 4 BE.. thks nuffnang. Ni yang bertambah sayang sangat kat kamu. hehehe.. Walaupun siket je jumlah yang aku dapat untuk bulan ni , tapi aku rasa berterima kasih sangat-sangat sebab dah menaikkan api semangat untuk aku terus berblog. hehehe...

Bertambah-tambah bersemangat nak hidup semati dengan dunia belog ni..hehhee.. Tengok visitors yang jenguk blog ni pun rasa bersemangat jugak ... Thks kepada semua readers yang tak jemu-jemu nak membaca entri aku ni ye.... :) Banyak tips yang aku bagi dulu boleh jadikan satu tips untuk berblog bagi yang masih baru tak pun yang dah lama ... > KLIK SINI <




Selain tips yang aku bagi tu , ada cara lain untuk kenal kan blog korang .. Yang penting kena rajin blogwalking ye !! Bila dah jenguk blog orang tu , kena lah tempek kan sikit muka korang dalam blog dia. contohnya , bagi komen kat entri atau tinggalkan pesanan di shoutbox @ shoutmix mereka . Jangan tak letak link website korang tu (url blog sndiri) then , bagi ayat power siket , ' Awak comellah . kau memang Da bomb ! ' takpun , " Eh , apa ni ?" mesti blogger tu tertanya-tanya dan sekali gus klik nick name korang tu kan ? 

Kalau nak dapat BE banyak-banyak , kenalah selalu update blog . Biar pakcik nuffnang datang mengintip sebelum nak masuk meminang. kehkehkeh .

CHURP-CHURP

Kalau nak earning lebih , korang boleh jugak join Churp-churp ni.. Adik beradik kpd Nuffnang jugak . Senang je ..tanpa ada blog pun boleh dapat earning tau ! Hanya klik button share FB , terus mashyukk!! Nak join ? mudah dan senang . FREE je. > KLIK SINI <


HEARTBEAT
Selain Churp-churp ni , boleh jugak join HEARTBEAT ! konsepnya sama je macam nuffnang . Hanya tempekkan code iklan mereka dalam blog , terus dapat earning ! Dengan setiap klik lah kan ? Pandai-pandailah promot iklan sendiri. ye tak ? :) Nak join benda ni ? FREE jugak ! sebelum tu , baca cara nak signup ye ... > KLIK SINI <

Siapa yang belum buat , cepat-cepatlah daftar. Blog juga boleh jadi pendapatan sampingan walaupun agak lama untuk menunggu earning . Tapi... kepuasan berblog itu tetap ada sampai tak kisah dengan earning :)  . Silap-silap blog ni boleh jadi kerjaya kita kan ? hihihi :p


Nak iphone free ? > KLIK SINI <
Kesihatan juga penting untuk anda! > KLIK SINI <

Ok , siapa yang tak tahu , nuffnang , churp-churp dan heartbeat adalah satu website untuk mempromosikan segala iklan di blog anda . Makin byk trafik dalam blog anda , makin byk dapat BE (nuff) , sebenarnya banyak lagi website yang seakan seperti ini.. cuma kita perlu bijak memilih je... :)

P/S : Siapa yang join contest aku , terima kasih banyak-banyak . berbaloi kalau join ok . hehehe.. yang belum join , cepat-cepatlah join ye... ada banner di side kanan tu :) tarikh tutup 31 mac 2011 tepat pukul 12 malam. Sekarang tengah nak usha blog-blog yang join contest aku ni. harap-harap gelagat pets korang mencuit hati aku. hehehe.. good luck ! :)

29 March 2011

Ketam makan Kelapa?


Assalammualaikum...
Terima Kasih sebab jenguk belog wani ni.. hehe..

Hari ni aku nak cerita mengenai ketam yang makan kelapa.




Wah , 'kau biar betul ketam makan kelapa?'



Tak caya ? sila close blog ini. HAHAHA.. :p

Gurau lah , ok , info ini memang betul .



Ketam Kelapa iaitu ketam gergasi daratan terdapat di Pulau Sipadan , Semporna Sabah dan juga di luar negara yang lain. Ketam unik ini mampu memanjat pokok kelapa , memetik buah kelapa , mengupasnya dan memakan isi kelapa.


Sekarang dah percaya ? Kan ? unik tak ketam ni? :)


Oleh kerana haiwan ni suka mengambil buah kelapa , ia digelar Robber Crab , dalam bahasa jerman pula : Palmendieb bermaksud ' pencuri kelapa' atau ' ketam perompak' .

Nama saintifiknya Birgus Latro . Banyak ditemui di lautan hindi dan kepulauan sulawesi Indonesia. Berat haiwan ini mampu mencapai 5kg dan hidup 30 tahun .

Tabiat hidup ketam ini amat pelik kerana ketam ini akan mati lemas jika terjatuh ke dalam air. Haiwan berinsang ini bukan tidak boleh bernafas di dalam air , tetapi tidak tahu berenang !

Ketam ini selalunya akan keluar pada waktu malam untuk mencari makanan. Jika ketam jantan bertemu dengan ketam betina , akan berlaku pergaduhan dan diakhiri dengan proses mengawan.

Jika ketam betina bertelur , telurnya akan disimpan dibawah abdomennya. kemudian , akan dilepaskan dilautan . Telur ini akan terapung selama 28hari sebelum menetas. Selepas menetas , anak ketam ini akan mencari cangkerang siput , tempurung kelapa atau bekas terbuang untuk berlindung. Keadaan ini berlaku kerana ia tidak ada cengkerang sendiri . (macam umang-umang ...tapi ni ketam kelapa ) Namun selepas 2 tahun di dalam laut , ketam ini akan naik ke darat untuk selamanya....



Agak-agak , ada tak orang bela pets ketam kelapa ni ?? hehehee...

P/S :

Contest Gambar pets paling Comel masih terbuka sehingga
31 Mac 2011.. Cepat2 join ok !!
Keputusan pemenang pada 3 April 2011... Good Luck ! :)

28 March 2011

Misteri Deja Vu . Perasaan apabila anda terasa pernah ke tempat ini atau kejadian ini pernah berlaku..


Assalammualaikum.

Korang pernah dengar mengenai Deja Vu ?

Tak pernah ? atau pernah ?
Meh , aku terang kan.

Aku rasa kebanyakan manusia pernah alami perasaan ini termasuklah aku.
Kadang-kadang aku terfikir ,



"Eh , Aku rasa aku pernah pergi tempat ni semalam! betul tak tipu. aku pernah nampak dan alami sama macam sekarang ni !


hahahaha!

agak2 korang pernah tak jadi camtu ? Aku pernah. :)
Inilah yang dinamakan DEJA VU .

Deja Vu dikenali sebagai 'paramnesia' atau 'memori khayalan'. Dalam bahasa Perancis, bermaksud 'pernah melihat'.

Adakah memori itu petanda bahawa kita telah kembali ke masa lampau atau ia cuma kebetulan?

Misteri ini terbongkar , menurut teori sensasi optik. Walaupun perhatian mata kita tertumpu di hadapan, tanpa disedari pandangan sisi mata sebenarnya telah merakam peristiwa dan suasana sekeliling . Rakaman itu kemudiannya di simpan dlm memori sehingga menimbulkan perasaan 'familiar'. Orang buta juga boleh merasai perasaan Deja Vu ini melalui deria bau , pendengaran dan sentuhan.

Otak menyimpan informasi tentang segala kondisi di sekeliling kita. Sebagai cth , jika kita berjalan di tepi pantai sambil bercakap dgn seseorang , perhatian kita pada masa itu tidak tertumpu pada suasana sekeliling. Padahal otak kita merakamkan suasana itu secara tidak sedar....

Dah faham ? ok ini sekadar teori sahaja... Mungkin sekadar ilusi atau lain-lain. ..Tapi aku rasa aku nak alami Deja Vu ini.... macam...........



" Aku rasa aku pernah kahwin ! betul tak tipu ! baru semalam kahwin !! "

*PENGSAn!*

Kahkahkah . Kompem kena pelemPang ! heeeee~~~

27 March 2011

Kucing bantu kawal tekanan darah tinggi?


Assalammualaikum.

Seekor kucing mampu mengawal tekanan drh tinggi ?
Yup , sudah semestinya.

Menurut penyelidikan Prof Karen Allen , London ;
Seseorang yg membela kucing kurang berpotensi mendapat penyakit drh tinggi dan stress.
Malah seseorang yg membela seekor kucing dapat mengawal penyakit seperti ini.



Haiwan ini memberikan pengaruh psikologi yang menenangkan tekanan dan dengupan jantung. Kucing adalah haiwan yg terbaik memberikan psikologi terhadap manusia.

namun begitu , haiwan ini juga boleh membawa penyakit kepada pemiliknya sendiri seperti Asma , Tokso , dan Rabies . Oleh itu , setiap pemilik mestilah sentiasa peka dgn kebersihan kucing tersebut dan dijaga sebaik mungkin supaya terhindaar dgn penyakit ini.


Mitos juga ada menyebut , kucing adalah haiwan yg mempunyai 9 nyawa. Gelaran ini diberi kerana kucing masih mampu hidup walaupun terjatuh dari tempat yg tinggi .



Fakta Kucing :

  • Rekod kucing terberat dipegang oleh Himmy. Pemiliknya bernama Thomas Vyse dari Queensland , Australia. Beratnya mencapai 20 Kg.
  • Seekor kucing betina bernama Dusty dari Bonham, Texas adalh kucing paling produktif. Telah melahirkan 420 ekor kucing !!
  • Rekod kucing jatuh dari tempat tinggi adalah bernama Andy dari Florida. Pada tahun 1970 kucing tersebut jatuh dari tingkat 16 dan ia masih hidup !
  • Kucing tertua lahir pada tahun 1939 ( berumur 36 thn ) yg bernama Puss.



Menarik bukan ? OK , tarikh tutup contest gambar pets paling comel akan
close 31 April 2011 ini...

Belum terlambat untuk join ok!! :)

Rambang mata nak pilih mana yg terbaik !! kesemua nya sangat comel !! :)

Pemenang akan di umumkan 3 April 2011 ..... Gud Luck semua!!

Nak join contest ni ? Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut......:)




24 March 2011

Filem KARAK - Laluan Puaka (KRU) Trailer di sini :)


Assalammualaikum...
Wah..lepas KRU buat filem Merong Mahawangsa ,
sekali lagi satu filem hebat dari terbitan KRU akan ditayangkan di pawagam.
Diarahkan - Yusry Abdul Halim


Shahir AF pun berlakon jugak.. wah..ni first time ni... conpem kne tgk..huhahahaha..

Ingat tak cerita pasal kereta volkswagen kuning yang ada terjadi di KARAK ? perempuan lalu di lebuh situ ? Aku ingat lagi masa aku baca majalah MASTIKA..





Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Karak, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.





Seram......

Filem ni pulak berdasarkan pengalaman orang....
Memang aku nak tengok la filem ni....
Tak sure bila akan ditayang..
Tapi tahun ni juga...

:)

Barisan pelakon yang membintangi filem seram ini ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin. Berikut merupakan sedikit sedutan trailer dari filem Karak.



SUMBER : FEEL FREE TO FLY

Contest Doodle :)





Assalammualaikum....

NI aku di tag oleh kwn aku sendiri - ika :)

Ni first time aku lukis doodle tau !! mmg comel2 doodle diaorang...
Wahhh...amat geram gitu..hihi...

Jom Join contest ni...cincai-cincai pun xpe ...:)

Syarat-syarat penyertaan


1. Follow blog amirah dan blog Tengku Nizam
2. Letak gambar doodle dari YM, or letak gamba kartun dari paint ke, dari adobe photoshop ke, apa ke. Asalkan kartun yang di buat sendiri dan bukan di copy dari mane2. bercolour lah of course.
3. Lepas tu tag ke 2 orang kawan dan make sure diaorang tahu.
4. Letak banner di atas ye..:)





HADIAH:

TEmpat pertama :Domain untuk setahun
TEmpat ke 2: Topap Rm20
Tempat ke 3: Topap Rm10

TARIKH TUTUP: 10hb 4.2011 :)

Ini lah hasil doodle dari aku..menggunakan PS CS3
:)

Mentang2 hari sabtu ni ada kempen EARTH HOUR , terus buat doodle ni...hehhehee....
JGn tak padam lampuuuuu......


:
:
:
:
:
:
:
:



Tadaaaaa!!! :)

TAG :

Nabiyha
memo

Earth Hour 2011

jangan lupa tutup lampu rumah anda 26 march 2011 ini ok...
pukul 8.30 malam bersempena dgn kempen ni..

tutup lampu , trus je tidoo...ZZzzzzZZ....

eh , sweet tak doodles aku?? kahkahkah...aku buat sendiri tuh...adoi..saje hilangkan bosan..:p

P/S : ADA SIAPA2 NAK COPY DOODLES AKU ?? hihihiih :P

22 March 2011

Tengok video Baby ni , lucu sangat .....comel..boleh pulak terkejut .



Play video ni...confirm korang gelak...sweet sgt.... :)

P/S : bILA nak dapat baby yekk?? hahahhaaa :P

21 March 2011

Semalam pergi Hot Air Balloons Fiesta 2011




Assalammualaikum...
Rasa sunyi kalau tak update belog ini kan?? hihihi
Mntang2 duk dalam opis tak buat apa-apa, kerja aku online je taunya...hehehe

Sempat lak aku tukar Header n shoutbox baru....wahahhahaa....
Naik juling edit gambar...hehehehe...

Ok, balik dari topik sebenar....semalam dalam pukul 11 pagi kitaorg dah gerak ke putrajaya..
Konon-konon nak tngok Hot Air Balloons... tapiiiii.....


Naik belon tuh pukul 6ptg-9mlm....waaaaaaaaa.. nak ngis aku!
So, tak dapatlah kitaorg lama-lama kat situ..:(

Memang ramai...suasana pun meriah sgt,sgt,sgt :)
hihhihii
Mcm2 ada jual...ala2 mcm expo gitu...

Apa lagi , shopping sakan laaa....


hahahhaa..
Sempat beli shawls trend baru n tak penah org pakai lagi...Sukeenyeee! ^^
kehkehkeh (poyos ni) =_=

Jom2 , kita cuci mata tengok picture kami ni okeh !
So sweet...dah lama tak hangout ramai2 cam gini ..hihihhi..


I like this picture....ohhh yeah! ;p


KAMI DATIN MALAYSIA YG SUDAH PENAT... :P





Model -model Malaysia... Ada siapa-siapa Nak ambil kami tak ? :p




P/S : TAK SABAR NAK KELUAR RAMAI-RAMAI MACAMNI LAGI.....thks korang...:)

18 March 2011

Weekend ni , jom pergi Hot Air Ballons Fiesta 2011 di Putrajaya!

Assalammualaikum...
Dapat info ni pagi tadi...wuhuu...T_T
Walaupun terlambat tapi aku xnak lepaskan peluang ni untuk tengok jgk pesta ni...
Nak sangat-sangat....Hishhh!!

Pesta ni kali ke - 3 dianjurkan setiap tahun ...

3rd International Hot Air Ballons Fiesta 2011



Pesta ni bermula dari pukul 7 pagi - 9 malam


Bermula dari 17-20 Mac 2011

Di mana ?

MONUMEN ALAF BARU , PRECINT 2 , PUTRAJAYA




Jom pergi ramai-ramai..
Kat sana , banyak aktiviti dan pertandingan yang dijalankan...So ...apa lagi..moh le geraakk...

Website : HOT AIR BALLONS




P/S : INSYAALLAH AKU DGN KWN2 LAIN NAK PERGI SANA AHAD NI....HARI LAST WOOO...harap tak hujan la...AMIN =_=

Kubur Pencakar Langit !





TANAH perkuburan Islam, Hindu dan Kristian di satu tempat? Ia mungkin tidak terjangkau dengan akal fikiran tetapi dengan wujudnya Menara Moksha di tengah bandar raya Mumbai, India, membuktikan apa saja boleh dibuat atas nama ‘keperluan semasa’ biarpun pasti mengundang kontroversi.

Lebih pelik, kawasan perkuburan yang lazimnya dibina secara melebar, sebaliknya menjadi menegak atau vertikal menerusi idea pembinaan konsep Menara Moksha ini. Biarpun diulit kontroversi, rancangan mewujudkan Menara Moksha yang turut digelar Pusara Menegak ini dibuat atas alasan masalah kesesakan penduduk yang amat ketara di bandar raya itu yang menyebabkan tiada lagi ruang untuk yang hidup, apatah lagi yang sudah mati. Jika dilihat, projek itu bukanlah yang pertama di dunia kerana bangunan setinggi 13 tingkat di atas bukit di Santos, Brazil, sudah pun mempunyai penghuni kakunya manakala seorang arkitek Korea Selatan turut melontarkan idea sama bagi mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan berikutan harga tanah yang tinggi di kawasan bandar utama.

Bagi kebanyakan kita, idea pembangunan seperti Menara Moksha itu mungkin tidak masuk akal, tetapi disifatkan praktikal bagi perancangnya. Alasannya – masalah kesesakan penduduk dan kekurangan tanah memaksa kerajaan India perlu memikirkan strategi bagi mengatasi masalah kronik kekurangan kawasan tanah perkuburan. Mumbai, kota kewangan India adalah yang terpadat di negara itu dengan jumlah penduduknya mencecah 20.5 juta orang. Malah, Mumbai atau sebelum ini dikenali sebagai Bombay, turut tersenarai 10 bandar raya paling padat di dunia.
Semakin padat penduduk, kian ramai pula yang meninggal dunia. Tidak hairanlah, idea mewujudkan Menara Maut ini menarik perhatian ramai walaupun pembinaannya belum dapat dipastikan kerana ia membabitkan banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan.
Namun idea serta konsep kubur mega itu sudah mendapat perhatian ramai. Apatah lagi projek Menara Moksha itu dikemukakan pihak Council on Tall Buildings and Urban Habitat – satu pertubuhan antarabangsa berpejabat di Amerika Syarikat yang juga pihak berkuasa bagi pembangunan bangunan tinggi, termasuk mengeluarkan senarai bangunan tertinggi dunia.




Biarpun mengenengahkan konsep kubur metropolitan, ia tidak meminggirkan kaedah pengebumian tradisi empat agama utama di Mumbai iaitu Islam, Hindu, Buddha dan Parsi. Secara statistik, penganut Hindu paling ramai di sini iaitu 67 peratus, Islam (18 peratus), Buddha (5.2 peratus) dan Kristian (4.2 peratus).


Bagi mereka yang beragama Islam, tingkat bawah diperuntukkan berikutan syarat bahawa jenazah dikebumikan. Bagi penganut Hindu dan Kristian di tingkat atas berikutan pengurusan mayat mereka secara dibakar.

Penganut Parsi yang membiarkan mayat untuk dijamah burung nasar, ditempatkan di bumbung.



Tidak ketinggalan ruang ibadat, meditasi dan tempat letak kereta, turut disediakan

Konsep Menara Moksha dibangunkan sebagai tema mesra alam dengan perekanya, Yalin Fu dan Ihsuan Lin memastikan terdapat ruang hijau yang mencukupi merangkumi ketinggian menara itu.
Selain kehijauan di seluruh bangunan, rekaannya juga dilengkapi dengan tumbuhan-tumbuhan, lapisan pelbagai mengandungi lapisan luar, tumbuhan, material tenunan dan bingkai besi yang melapik bangunan berkenaan, berfungsi sebagai menyerap haba dan pencemaran.
Ia juga mensasarkan untuk mengguna pakai teknologi baru yang mengelakkan pembakaran terbuka dalam usaha mengurangkan pencemaran yang semakin meruncing di bandar raya berkenaan.
Menara berkenaan digambarkan sebagai menegak untuk menguruskan mayat yang menyediakan tempat untuk tempoh waktu lima hingga 10 tahun bagi memastikan kemampuan bangunan berkenaan digunakan untuk tempoh panjang.
Walau apapun, perancangan meletakkan tanah perkuburan pelbagai penganut agama mungkin relevan pada sesetengah pihak tetapi masih ada baik buruknya di sisi agama itu sendiri. Mungkin bagi sesetengah golongan, ia melambangkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kepercayaan tetapi agama sendiri sudah pun menetapkan sempadan sejauh mana untuk kita saling bercampur.
Apa yang pasti menempatkan mayat pelbagai agama di satu tempat walaupun terasing dengan lingkungan tembok dan sebagainya bukanlah sesuatu yang boleh dikaitkan sebagai konsep toleransi bagi satu-satu pegangan.
Buat masa ini, konsep pembinaan Menara Moksha tinggal di atas kertas, tetapi tidak mustahil ideanya pasti diangkat mereka yang beranggapan ia penyelesaian masalah kekurangan tanah perkuburan di kota metroplitan.
Oleh Hazirah Che Sab – Berita Harian


P/S : ADAKAH MALAYSIA AKAN BUAT PERANCANGAN SEPERTI KUBUR PENCAKAR LANGIT INI JIKA PENDUDUK SUDAH PADAT?


 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol