Angel Wing Heart
Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

28 April 2011

Imej Kuntilanak di Jambatan runtuh.

HANTU kuntilanak (dalam bulatan) dirakamkan oleh Pego Guntoro dekat sebuah jambatan di Tanjong Anom, Indonesia pada Isnin lalu.



TANJUNG ANOM - Seorang lelaki, Pego Guntoro berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di celah sebatang pokok di sebuah jambatan yang runtuh di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan oleh Guntoro menerusi telefon bimbit berkamera pada petang Isnin lalu. 

Dalam imej tersebut, hantu kuntilanak itu memakai baju labuh berwarna putih, rambut panjang mengurai manakala tangannya tidak kelihatan.

"Jika diperhatikan, ia seperti kuntilanak," kata seorang rakan Guntoro yang hanya mahu dikenali sebagai Ratno.

Menurutnya, semasa gambar itu dirakamkan, Guntoro kelihatan ketakutan dan menghantar imej tersebut kepadanya.

Penduduk di sekitar lokasi jambatan itu mengaku kuntilanak pernah dilihat di kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Agus menyatakan bahawa dia pernah melihat kuntilanak dengan wajahnya yang cukup cantik semasa melintas di atas jambatan itu. 

Kuntilanak merupakan hantu yang dipercayai berasal dari ibu hamil yang mati. - Agensi

24 March 2011

Filem KARAK - Laluan Puaka (KRU) Trailer di sini :)


Assalammualaikum...
Wah..lepas KRU buat filem Merong Mahawangsa ,
sekali lagi satu filem hebat dari terbitan KRU akan ditayangkan di pawagam.
Diarahkan - Yusry Abdul Halim


Shahir AF pun berlakon jugak.. wah..ni first time ni... conpem kne tgk..huhahahaha..

Ingat tak cerita pasal kereta volkswagen kuning yang ada terjadi di KARAK ? perempuan lalu di lebuh situ ? Aku ingat lagi masa aku baca majalah MASTIKA..





Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Karak, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.





Seram......

Filem ni pulak berdasarkan pengalaman orang....
Memang aku nak tengok la filem ni....
Tak sure bila akan ditayang..
Tapi tahun ni juga...

:)

Barisan pelakon yang membintangi filem seram ini ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin. Berikut merupakan sedikit sedutan trailer dari filem Karak.



SUMBER : FEEL FREE TO FLY
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol