Angel Wing Heart

27 July 2016

Cara pengeluaran KWSP untuk pembayaran PTPTN


Assalammualaikum....


Hari ni nak cerita pasal pengeluaran KWSP melalui Akaun 2 untuk Pendidikan. Bukan untuk Enjoy ok. hahaha. Sekarang lagi mudah nak keluarkan berbanding tahun-tahun sebelum ni... Tak perlu dah nak dokumen perjanjian semua tu lagi... Tak perlu dah  bayar RM90 kalau dokumen tu takde.... FREE JE... Bayar Hutang je TAK FREE.. HAHAHA!
Kali ni servis tiptop... terbaiklah PTPTN Shah Alam. hahahaha.

Wani ceritakan step mudah untuk bayar :

  1. Pastikan Akaun 2 KWSP korang ada duit la ye. hehehe. (boleh semak dengan KWSP / i-akaun KWSP)
  2. Ini Penting : WAJIB ada i-akaun KWSP okay. Kalau tak, macamana nak buat sistem online. Untuk aktifkan i-akaun KWSP ni, boleh pergi cawangan KWSP ataupun call : 03-8922 6000. Wani call je. Lagi mudahkan. Apa tu i-akaun ? Boleh baca sini : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/faq/i-akaun 
  3. Pergi Kaunter PTPTN terdekat. Ambil borang Pembiayaan melalui KWSP & ambil No.giliran. (Pastikan bawa salinan & sijil asal belajar , transkrip & IC)
  4. Lepas no dipanggil tu, Pegawai akan uruskan. Dia akan tanya, berapa jumlah yang korang nak keluarkan dari KWSP. 
  5. Dah settel bahagian PTPTN, tunggu pulak dalam seminggu panggilan dari KWSP pulak. Korang akan dapat SMS ini :



    (Dokumen wajib bawa salinan & sijil asal belajar , transkrip & IC)

    6) Alhamdullilah, selesai dah kan.... huhuhu



    Borang Penamaan atas tu, Wani ambil sendiri... Nak letak penama waris Wani... huhuhu.. Boleh 6 orang jadi penama... Ikut kita nak letak berapa % penama tu dapat...

    Ok, semoga bermanfaat! Bye2....



20 July 2016

Pemenang Bertuah GiveAway by Syazwani Mazlan 2016

Assalammualaikum....

Maaf lambat update berkenaan pemenang giveaway ini... Minggu yang busy. Banyak tender nak kena siapkan  pulak.. Masa pun takde sangat.. hahahaha... Ni barula curi-curi masa sikit update blog... Preparation hal kahwin pun belum lagi settel.. hahaha... ingatkan lama la lagi masa... pejam celik dah tinggal berapa bulan je.. huhuhu.. moga dimudahkan nanti...Korang pun doakan untuk Wani ok? =)

Wani dah pilih 3 Pemenang Bertuah Giveaway ni... Tahniah!! Minta emelkan pada Wani details korang seperti Nama Penuh, No.tel & Alamat ke emel : syazwanimazlan@yahoo.com.my  

Pemenang mestilah berikan details tersebut sebelum 1 Ogos 2016. Jika tidak, hadiah akan diberikan kepada pemenang baru.

Tahniah!
1) http://sotskirt.blogspot.com/2016/06/giveaway-by-syazwani-mazlan-2016.html
2) http://theathra.blogspot.my/2016/06/giveaway-by-syazwani-mazlan-2016.html
3) http://littlesnorlax.blogspot.my/2016/07/giveaway-by-syazwani-mazlan-2016.html


 

13 July 2016

Pengalaman Cuci Gigi : Scaling and Polishing

Assalammualaikum

Wani masih dalam mood cuti raya, tapi esok dah kena masuk kerja dah.. hehehe. So, masa cuti ni kenalah manfaatkan sepenuhnya supaya tak jadi cuti yang sia-sia. ha, gitu... Pagi-pagi lagi Wani dah pergi PTPTN cawangan Shah Alam bersebelah dengan Plaza Alam Sentral. Cadangnya nak bayar hutang PTPTN melalui akaun KWSP Akaun 2. Sekarang Wani tengok dah makin mudah. Tak perlu dah kena bayar RM90 untuk dokumen perjanjian PTPTN semua tu.. FREE je.. sistem online sekarang. Next entri, Wani akan cerita pasal ni ok... 

Berbalik pada tajuk, cewahhh. Nak cerita pengalaman cuci gigi atau orang putih cakap scaling. hahaha. Saje jer lepas raya nak cuci gigi. Hari tu nak buat dah tapi tertangguh. Al maklumlah busy sangat.. Kononnyerrr.. hihihi...

Cuci gigi tu macamana? Perlu ke? Sakit ke?
Ha....
Cuci gigi ni untuk cuci saki baki sisa-sisa taik gigi korang yang dah keras tu.. berwarna putih kekuningan atau hitam. Bahasa mudahnya, Karang Gigi. hehehe. Sangatlah perlu buat paling kurang 6 bulan sekali, sebab kalau berkerak je, nanti gusi gigi bengkak, gosok gigi je berdarah. Pastu boleh jadi mulut berbau... Ha, tak elok tu.... dan boleh menyebabkan gigi jadi rosak. Sanggup ke nak cabut gigi kekal? huhuhu. Buat scaling ni tak sakit pun. Rasa ngilu je.


Gambar ihsan Google


Wani buat di Klinik Pergigian Siti Fauzian , seksyen 7 Shah Alam. Servis dan layanan di sini sangat bagus. Kalau korang nak buat, kena call dulu ye, set appointment. Kalau tak, jenuhlah nak menunggu. Boleh je kalau nak walk in... Kalau bernasib baik, dapatlah masuk cepat. hehehe.



Jalan Plumbum S7 S, 40000 Shah Alam, Selangor 
(sederet Jakel Shah Alam, atau bersebelahan Petronas)

Suasana bahagian ruang menunggu giliran...
Ruang bilik gigi.. Comel kan... budak-budak mesti excited. Mak budak pun sama. Hahaha!
(gambar ihsan dari page Facebook Klinik)


Selepas scaling, doktor akan polish gigi korang kasi kilat. hahahaha! Caj untuk cuci gigi ni antara RM60-RM120 sahaja, bergantung dengan keadaan gigi korang tu. Wani rasa kalau kat klinik lain, paling mahal RM150.

Polish Gigi selepas scaling (gambar ihsan google)

Tel : 03-5511 8897
Facebook : Klinik Pergigian Siti Fauzian


P/S: Ada doktor hensem! =P


Jangan lupa, hari ni hari akhir untuk segmen Giveaway dari Wani yer! Hadiah sudah dibeli, siapakah yang bertuah tu yeeee? Jeng-jeng... Pemenang akan dimaklumkan kemudian. Rajin-rajinlah jenguk blog Wani tau. hehehe. Tata!

09 July 2016

Salam Aidilfitri 2016

Assalammualaikum....

Alhamdullilah diberi nafas untuk sambut hari raya tahun 2016 ini =) Kampung atok & nenek tak jauh pun macam kawan-kawan yang lain, dalam Selangor jugak... hehehe.. Dua-dua belah mak ayah orang sana jugak... Beraya di Simpang 5, Sg.Besar Selangor. Korang Raya mana pulak? 1st Day Raya, tak makan rendang lemang.. al kisahnya, malam raya Wani dah makan dulu.. hahaha... lepas tu mcm biasala, mesti sakit perut... hahahaha . Perut tak tahan sebab rempah kuat sgt ni... So stop kasi rehat dulu... Yela, maybe perut pun terkejut sebab tiba-tiba dah start makan kan... Ok, nak jugak share gambar raya dengan korang..hihihi

Ni kat Paket 60, Selangor... Ziarah moyang  wani... masih ada moyang perempuan seorang...

 Pagi Raya, rutin bersalam salaman dengan atok & nenek... sebelah mak...

M. Harits Irfan nak kutip duit raya dari Atok dia...

 Ada lagi dua keluarga lagi tak dapat beraya sama tahun ni...
 Bersama makcik makcik DIVA


Alang-alang dah update blog ni, wani nak mohon ampun & maaf untuk semua bloggers , silent readers, saudara mara & kawan-kawan semua atas setiap kesilapan, tutur bahasa, perbuatan yang menyinggung hati... Semoga tahun ini dan tahun-tahun akan datang lebih baik dan bermakna untuk semua... hehehehe =P

Raya ketiga pulak, sebelum balik rumah, nak singgah rumah bakal mertua kat Kuala Selangor... hehehe...Ni baby Ahmad Raziq pun masham2 nak ikot kakak Wani beraya jugak... hehehe... Tunang Wani orang Selangor je, dekat jela...Dah kahwin nanti, tak yah gaduh-gaduh nak balik beraya...  =P Beraya rumah bakal mertua tu, sekali dengan mak ayah & adik Wani la... Kalau sorang-sorang, segan.... kikiki..


Tahun depan inshaAllah beraya sama-sama, baju warna pun sama-sama , so sawitttt sangat.... Macam biasa la, adik Wani kata, Wani gedik.. Siapa tak sayang tunang oiii...hahahaha... Selamat Hari Raya! Jangan lupa join GA wani tau! Tataaa....

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol