Angel Wing Heart

27 July 2016

Cara pengeluaran KWSP untuk pembayaran PTPTN


Assalammualaikum....


Hari ni nak cerita pasal pengeluaran KWSP melalui Akaun 2 untuk Pendidikan. Bukan untuk Enjoy ok. hahaha. Sekarang lagi mudah nak keluarkan berbanding tahun-tahun sebelum ni... Tak perlu dah nak dokumen perjanjian semua tu lagi... Tak perlu dah  bayar RM90 kalau dokumen tu takde.... FREE JE... Bayar Hutang je TAK FREE.. HAHAHA!
Kali ni servis tiptop... terbaiklah PTPTN Shah Alam. hahahaha.

Wani ceritakan step mudah untuk bayar :

  1. Pastikan Akaun 2 KWSP korang ada duit la ye. hehehe. (boleh semak dengan KWSP / i-akaun KWSP)
  2. Ini Penting : WAJIB ada i-akaun KWSP okay. Kalau tak, macamana nak buat sistem online. Untuk aktifkan i-akaun KWSP ni, boleh pergi cawangan KWSP ataupun call : 03-8922 6000. Wani call je. Lagi mudahkan. Apa tu i-akaun ? Boleh baca sini : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/faq/i-akaun 
  3. Pergi Kaunter PTPTN terdekat. Ambil borang Pembiayaan melalui KWSP & ambil No.giliran. (Pastikan bawa salinan & sijil asal belajar , transkrip & IC)
  4. Lepas no dipanggil tu, Pegawai akan uruskan. Dia akan tanya, berapa jumlah yang korang nak keluarkan dari KWSP. 
  5. Dah settel bahagian PTPTN, tunggu pulak dalam seminggu panggilan dari KWSP pulak. Korang akan dapat SMS ini :



    (Dokumen wajib bawa salinan & sijil asal belajar , transkrip & IC)

    6) Alhamdullilah, selesai dah kan.... huhuhu



    Borang Penamaan atas tu, Wani ambil sendiri... Nak letak penama waris Wani... huhuhu.. Boleh 6 orang jadi penama... Ikut kita nak letak berapa % penama tu dapat...

    Ok, semoga bermanfaat! Bye2....



12 comments :

  1. saye bayar ptptn melalui potongan gaji..
    awl thn aritu buat penstrukturan semula..
    tu pon lps dpt surat ugutan dr ptptn.. haha.,.
    ms tu xtau lg blh gne duit kwsp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun nak buat penstrukturan tu, tp pegawai tak bagi..nasihat lebih baik guna jadual pembayaran yang sekarang je.. hehehehe...tp mmg wani tiap2 bulan byr...cuma tak tahu berapa kena byr sebulan tu.. so alang2, byr guna kwsp, biar cpt hbs je...

      Delete
  2. Salam...kalau da setel kt kwsp pengeluaran tu..dah cop jari semua...kwsp ade bagi resit atau apa2 surat pengesahan ptptn dah terima bayaran kita??atau perlu dapatkan surat terima bayaran ni dari ptptn saje??tq.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, pihak KWSP akan bagi slip bayaran tersebut. Tak perlu dah ambil slip PTPTN, sebab kita buat bayaran dgn KWSP.. dlm tempoh 10hari bekerja, baru dia potong. :)

      Delete
  3. Salam, kalau transkrip /skrol sbb kolej yg saya study tu dh muflis. masih boleh buat pengeluaran KWSP?

    ReplyDelete
  4. Hai Wani.

    Info yang bermanfaat.

    Sha tengah pening fikir mana letak skrol dan transkrip. huhu.

    ReplyDelete
  5. Hi Morning,

    If I plan to settle all my PTPTN using KWSP akaun. Dalam amount itu, saya isi Jumlah keseluruhan atau jumlah penyelesaian baki lepas 15% diskaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, kalau nak keluar dari kwsp, first step pergi kaunter PTPTN terlebih dahulu.. ada borang disediakan.. & boleh rujuk pada staff PTPTN :)

      Delete
  6. salam awak...masa pergi kaunter ptptn utk urusan byran dari akaun kwsp. ada dikenakan bayaran apa2 ta dia mintak ?

    ReplyDelete
  7. Kalau baca kt KWSP kena ada salinan Dokumen Perjanjian PTPTN, mana nk dapatkan doc tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu pun..nti pihak PTPTN settelkan ..jgn risau :)

      Delete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol