Assalammualaikum
Haaaaaiiiiiiiiiiiii...... wah lama dah wani tak update blog ni.. Mesti ternanti-nanti entri wani yang seterusnya kalau lain tak bukan bab bercuti.. Kalau bukan bab bercuti, mesti entri mengenai makan je yang you all nak baca sangat kan kan? hehehee. Ok, wani takkan menghampakan korang semua sebab bulan ni wani ada cerita best nak kongsi dengan korang... satu tempat bercuti yang wajib pergi untuk tahun 2015 ini! Terutama sekali yang dah berkeluarga serta ada anak-anak kecil. Confirm! anak-anak korang suka dan have fun sangat kat tempat ni tau!

Yeayyyyyyyyyy!! tengok gerbang Bukit Gambang Resort City ni pun dah teruja sangat kan... Macam duduk kat alam fantasi pulak... Ala-ala Istana gituuuu... Bestnyaaaaaa! Wani bergerak dari rumah ke sini mengambil masa selama 4 jam! Ala.... wani pergi sini naik kereta je... kalau naik jet 1 minit dah sampai.. hahaha, nampak sangat menipunya yeee...

Kat sini, wani sekeluarga memilih hotel Arabian Bay Resort. Di sini terdapat dua jenis hotel iaitu Arabian dan juga Caribbean Bay Suites.
Ini lobi Hotel Arabian Bay. Masa ni sunyi sebab wani pergi waktu tidak pack. Sampai lobi, jangan lupa tanya aktiviti show apa yang menarik untuk hari ini dan seterusnya. Jom cuci-cuci mata pemandangan sekitar Hotel Arabian ni..


Kolam renang berkonsepkan pantai... rasa nak terjun sekarang kan?

kedai serbaneka

Ruang pengiklanan aktiviti lasak di sini.. Selain waterpark dan safari park, yang tak suka tempat macam tu, korang boleh join aktiviti lasak seperti ini. so, kat sana korang tak akan bosan. hehehe


Kedai Cenderahati


Jom kita tengok gambar sekitar dalam bilik hotel.. Wani sekeluarga memilih bilik family deluxe untuk 4 orang. Maknanya ada dua bilik tersedia dengan katil yang besar. hehehe. setiap bilik ada tv dan bilik air. Ada ruang tamu dan juga pantry.







Petang itu juga, wani sekeluarga pergi ke Safari Park Bukit Gambang... Pertama kali mencuba untuk naik guna trem yang disediakan. Tiada bayaran dikenakan. Trem ini akan bawa kita ke lokasi Safari Park dan Waterpark. So, kami masuk Safari Park dululah. hehehe

ok, masuk dan beli tiket dulu di kuanter ye.. masa ni tak ramai orang sebab bukan musim cuti sekolah.. walaupun tak ramai, tapi aktiviti/show di dalam ini tetap berjalan dengan lancar.. cuma takde lah nak bersesak-sesak. hehehe

ok, masuk dan beli tiket dulu di kuanter ye.. masa ni tak ramai orang sebab bukan musim cuti sekolah.. walaupun tak ramai, tapi aktiviti/show di dalam ini tetap berjalan dengan lancar.. cuma takde lah nak bersesak-sesak. hehehe

antara aktiviti dan show yang menarik di Safari Park ini..



mana satu nak pergi dulu ni.... confuse kejap.. hehehe.. ok, safari park dibuka sampai 9.30 malam.. kalau nak balik hotel dulu lepas tu malam nak masuk balik pun boleh, janji gelang yang korang pakai kat tangan tu, jangan ditanggalkan ye... Macam-macam ada dalam safari park ni.. rumah kampung pun ada tau... dapat la merasa suasana kampung macamana ye tak... hehehe






kat sini pulak tempat petunjukan burung. memang best sangat dan teruja tengok aksi-aksi burung dalam safari ni.. cerdik macam tak percaya. hahahaa

adik wani sukarela jadi model burung ni. hahaha.. jinak je.. dari pentas sampai ke tangan adik wani ni... kagum kejap. hehehe

lepas tu, kami ronda-ronda tengok binatang liar secara live dari dalam trem ni.. dah macam dalam filem jurrasic park pulak. hehehe. nampak tak ada singa kat luar tu.. seram mak!

sebelah malam pulak, kami pergi masuk semula ke safari park ni... nak tengok teater tarzan... best tauuuu...


sempat bagi anak gajah makan, rasa nak bawak balik seekor. heheheh
keesokan paginya, kami sekeluarga jalan-jalan dulu di bandar kuantan. Sempat la singgah pantai Teluk Cempedak ni... tapi sini rasanya tak boleh mandi sebab ombak besar dan menarik ke laut...



Petangnya, kami terus ke waterpark!! hahahaha. memang best main air, meluncur sana sini.. paling ngeri naik gelongsor air tu... menjerit makkk.... hehehe
ok, balik mandi, muka pun dah jadi macam mak jemah. tapi memang best woiiii. rugilah tak cuba datang sini...
Wani menginap kat sini selama 3 hari 2 malam. kalau 2 hari je mana cukup... tak puas nanti.. takut tak sempat hehehe.. kalau korang berminat, korang boleh hubungi pihak hotel untuk menginap dan bertanya harga.... hehehehe...
WEBSITE : BUKIT GAMBANG RESORT CITY - SINI
HUBUNGI : +609-548 8000
ALAMAT :
Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang
Pahang Darul Makmur
Balik daripada hotel, kami singgah gerai durian tepi jalan menghala ke perhentian sempah. sedapnya makan durian.... baru nak naik musim. hehehe. ok, semoga entri ini bermanfaat untuk semua. dan.... selamat bercuti ye!
seronoknya.. baru plan nk pg
ReplyDeletemasuk dalam list cuti2 :D
Deletemenarik,dah masuk list utk holiday nti
ReplyDeleteyeay! jgn tak sampai sini.. pusing satu malaysia ok.. hehehe
Deletenak tanya, klu masuk ada entry fee ke... pastu nk masuk ke dlm jauh ke bole bwk kreta?
ReplyDeletemasuk mmg ke dalam sikit, blh bawa kereta... masa nk ke safari tu pun blh naik mini train @ kereta.. park disediakan... masa nk masuk ke safari@mandi tu, kena bayar ye..kat kaunter situ..hehehe
DeleteTq wani for sharing.. excited nak bawa anak2. Tp ada anak kecil yang dok dlm stroller lagi. Sng ke nak kesana sini naik trem bagai? Tq ye
ReplyDeletesenang je kak.. sbb mmg ada trem... tp kalau bawa anak guna stroller, mungkin penat sikit la kot..heehe...
Delete