Angel Wing Heart

04 March 2011

Tips Untuk Bloggers dari aku sendiri :)

Assalammualaikum & Salam sejahtera :) .


Kali ni Wani nak bagi TIPS untuk semua blogger TUA BARU tak kira lah dah lama melebur mencebur diri dalam dunia blogging :)

  1. LETAKKAN CHATBOX @ SHOUTMIX

Shoutmix / Cbox amat penting untuk blogger. Dari situ blogger yang lawat ke blog anda boleh meninggalkan jejak (link) mereka di situ . Sini website utk chatbox : SHOUTMIX & CBOX








PILIH MANA yg berkenan ye :)




2. Paling penting , masa nak comment entri anda , mesti keluar verification kan ?








Walaupun fungsi Word Verification dapat menghalang spam bot dan spam comments , benda ni sangat menyusahkan blogger yang lain untuk komen entri anda . Ini boleh mematikan semangat blogger yang datang berasa malas untuk komen entri anda.

>> Cara mematikan Verification ini :





** Pergi ke SETTINGS > COMMENTs >


SHOW WORD VERIFICATION FOR COMMENTS? > TICK (NO)

Jangan close settings ni dulu , selain tu , ubah juga yang di bawah ini :

** Comment Form Placement > TICK (Pop-Up Window)


Fungsi - Keluar window comment tanpa lari dari blog anda


** Comment Medoration > TICK ( Always )


Fungsi - Setiap comment yang datang perlu di approve oleh anda dahulu
(untuk elak daripada SPAM)




Kemudian ; SAVE SETTINGS !



3. JANGAN letak terlalu banyak widgets di blog anda


Widgets seperti Jam , cartoon , gambar yang terlalu banyak & sebagainya . Ini sangat penting sebab , kalau anda letak juga widget ni , boleh menyebabkan blog anda semakin berat & loading terlalu lambat. Bloggers juga mesti tidak larat nak tunggu blog anda dibuka & tidak akan datang lagi ke blog anda . Ok , kalau nak tahu berat blog anda berapa , jom test !








** Jika Blog anda 100 KB ke atas , Blog anda dikategorikan BERAT! **




4. BERINTERAKSI DGN PARA BLOGGERS .


Selalu lah tegur menegur antara bloggers yang lain untuk memberitahu kpd umum , blog anda itu WUJUD ! Jgn terlalu sombong diri sampai comment tak terbalas & sebagainya. Kalau Busy sangat , boleh juga anda letakkan comment di situ seperti




" Maaf ye , saya agak sibuk minggu ni , nanti saya akan balas balik comment korang semua ^^ "



- Macam ni kan lebih elok & manis ? :)


Selain tu , kalau anda melawat ke blog bloggers yg lain (blogwalking), jangan lupa tinggalkan jejak link blog anda di Shoutmix @ ShoutBox @ comment sahaja di entri mereka kalau tiada Shout tersebut . Dengan cara ni , bloggers tersebut pasti datang menjenguk blog anda semula :)


- Kalau tak buat , susahlah anda nak dikenali kan? :)


5. Join Komuniti yang sedia ada .



Anda juga boleh join komuniti yang sedia ada di Facebook mahupun di website yang lain. Cara ini dapat promote kan diri anda & blog :)

Ini di antara komuniti yang Wani join :) Anda boleh join juga ok .








6. Jangan Paksa Blogger untuk FOLLOW anda .





" I FOLLOW U , U FOLLOW ME "




Ayat di atas ni dah tak sesuai lagi untuk dibuat ok ? Jangan Paksa blogger. Boleh buat blogger lain menyampah dengan anda ok ? Biar mereka sendiri yang nilaikan blog anda & follow anda.

Kalau nak juga blogger follow anda , apa kata anda buat ayat manis siket ? macam ni :




"Jenguk & follow blog awak . Kalau Sudi , follow lah blog saya :)"




Ayat macam ni kan lebih baik ? Sejuk hati si blogger yang membacanya . Mana tau dia nak follow blog anda ? :)



7. Letakkan IKLAN NUFFNANG , CHURP-CHURP , ATAU HEARTBEAT di blog anda.


Sambil menjadi hobi sebagai blogger , apa kata anda kaut keuntungan sedikit dalam dunia blogger ni ? Setiap kali ada bloggers yang sudi 'menderma' , mereka akan klik iklan tersebut . Senangkan?




Boleh daftar di sini >> NUFFNANG , CHURP-CHURP , HEARTBEAT



Di website tu ada cara-cara nak pasang iklan . Good Luck ! :)



8. Jangan letak MUSIC yang tiada button Pause/Stop .



Kepada bloggers baru , sila jangan letak music seperti di atas ye. Sebabnya , Kebanyakkan bloggers yang blogwalking blog orang lain , mesti diaorang nak buat new tab banyak-banyak kan? Cuba anda bayangkan kalau bloggers tersebut dah buka 2-5 tab blog , tengah bloggers tu sedap-sedap dengar lagu nasyid , tiba-tiba pulak keluar lagu versi mental metal . Tak ke sakit jantung budak tu dengar? Tak semestinya bloggers ni suka dengan lagu yang kita pasang.


Kalau nak juga letak , apa kata guna yang ni ? Music Dumper. Siap ada button PAUSE & STOP lagi :) Cari lagu anda di situ ok?






9. KEMASKAN BLOG anda .


Kalau boleh jangan letak terlalu kecil tulisan atau warna tulisan yang tidak boleh dibaca & tidak nampak tulisannya akibat warna yang tidak kontra. Sedih kalau nak baca pun susah. :( Kemas blog anda . Jangan terlalu serabut sangat. & kalau nak ubah template / layout boleh search kat google tak pun belajar dari sini :






10. RAJIN BUAT CONTEST & GIVEAWAY

Kalau anda ada duit lebih , apa kata anda buat contest dgn syarat-syarat contest yang tidak keterlaluan sangat ? Buat lah macam 'Blog tercantik , terkemas , header cantik , gambar comel dan lain-lain lagi' tapi... jangan lupa promot contest anda tu di komuniti atau Shoutbox bloggers.Tak pasal-pasal menyepi je contest kamu tu. hihihi :D Dengan cara ni , boleh naikkan trafik di blog anda . :)


Ini sahaja TIPS untuk bloggers kali ni :) Wani buat entri ni sebab ada kawan yang tanya .


GOOD LUCK !





P/S :

JANGAN COPY ENTRI WANI
NI YE ..


KALAU NAK JUGA , KREDITKAN NAMA WANI BERSAMA LINK BLOG WANI .


TQ ^^

26 comments :

  1. Ada salji siot blog ko.. camne buat tue ha ha ha..

    ReplyDelete
  2. tips hari jumaat yee...hu..hu...thnkss

    ReplyDelete
  3. @Ordertry tgk kat tutorial blog... kat situ ade satu blog.. yg ajar cara nak buat..hehehe ;p

    ReplyDelete
  4. Satu artikel yang bagus dan bermanfaat. Saya memang tak suka blog yang penoh dengan perkara-perkara yang tak begitu penting.

    ReplyDelete
  5. @annuarterima kasih..saya nak menaip untuk artikel yg boleh bg manfaat & ilmu kat semua bloggers...thks support..akan diperbaiki lagi penulisan..:)

    ReplyDelete
  6. oh ya. nak tanya akak. mcm mana nak buat butang follow tu ? adik nak buat gakk :))

    ReplyDelete
  7. tQ..
    good info, especially 4 newbie !

    ReplyDelete
  8. wani, mcm mana ya nk buat background xbergerak n yg still gerak post ja..mcm blog wani ni..plz teach me

    ReplyDelete
  9. 1 lagi, macam mana nak letak ikon facebook n twitter mcm blog wani ni..

    ReplyDelete
  10. @iedzuankalau nak buat button mcm FB , twitter & sbagainya tu , awk gi kat web ni > http://maribinablog.blogspot.com/ then kat atas ada ruang utk 'search' kan? taip button twitter . nanti ada caranya..:) pasal still gerak post je tu , wani xphm le...

    ReplyDelete
  11. wani, mcm mana ya nk buat ikon Facebook & Twitter supaya ada d luar..mcm wani punya ikon tersebut ada d sebelah kiri..wan nk letak di atas..tp bukan ikon LIKE ya..ikon utk Akuan FB & Tweeter..plz teach..

    ReplyDelete
  12. bagusnye entry nie..
    saya dah tinggalkan jejak, meh singgah belog Anis Adila Aris lak :)

    ReplyDelete
  13. @Anis Adila Aris hehehe..jgn le ckp cmtu...:p ok, wani blogwalking kamu eyh..thks dtg sini

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas informasi menarik

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol