Angel Wing Heart

29 January 2012

Rumah Sewa aku ada penjaga baru!


Assalammualaikum. Hari tu aku balik cuti raya cina kan? Lepas tu kena balik ke perlis sambung stdy balik.. hee.. subuh2 sampai canglon. biasa lah selangor-perlis 8jam . Kalau bas bawak cermat , dalam 9-10jam. Tak gitu? Sampai je rumah sewa, ready nak masuk rumah, tiba-tiba ada seekor anak kucing comot ni depan mata aku.. ishh.. ingatkan terbiar ke apa. Rupanya housemate aku jumpa kucing ni depan rumah pagar sana, so bawak balik bagi makan terus melekat kat sini :P Manjaaaa kucing ni tapi comot. and aktif betul. Aku lagi suka kucing gigit-gigit orang, pandai ajak kita main sekali dengan dia.. baling je kertas ke , apa2 yang boleh guling2 tu ,pantas & gelojoh je  nak kejarrr..HAHA!


Aku sempat lagi mandikan dia untuk kali ke 2 (kali pertama housemate aku mandikan)... tp mmg comot laa kucing tuu..even dah mandi siap bg sabun shukotbutsuuu (ntah cmne eja :P) wangii kau. tapi kuceng ni degil betul, suka santai atas lantai kat luar. Kan dah comot balik. bulu awak tu putihhh tau tak? ...hishhh..



Satu lagi, kucing ni mmg bijakk..bila mandikan , senyap je..tapi bantai lama2 , mau lari jugek... u know, aku lap badan dia guna towel, thenn... dia sendiri pergi berjemur tgh panass kat dpn rumah. veryy clver ini kuceng! Aku siap letak box kasut depan umah, tempat dia tidur. Kadang2 cakap dgn kuceng tu...macam faham je..tgk2 dia tidur dlm box tu! hehehhe... Aku pulak suka bagi makan kat kucing ni sampai perlu boncit. Nak lawan perut aku lew tuuu..hehehhee





kesian, kaki kuceng ni bengkak. tak tau pasal apa.. maybe aktif sgt...ntah terkehel ke apa...


meyh tgk kuceng comot kitaorang ni. Pasni tak tau la sapa nak jaga kau kuceng...T_T Nama xde sapa bagi lagi. panggil jela comot, atau tompokk..  =P



record guna samsung galaxy W..Ok kan?

Pedulik apa perangai aku macam budak-budak janji tak kacau orang ! heh. Oh ye, next update aku akan cerita pasal final project aku lebih detail kay. tunggu ..... =) and jangan lupa follow twitter aku , boleh tweet2.. k bai ! TWITTER

24 January 2012

Watsons Card

Assalammualaikum. Semalam last keluar jalan & soping siket-siket before balik perth'lis . Cari jugak cover bentuk rabbit kat plaza alam sentral tp apakan daya sebab ramai owner cina dah cuti beraya..hehehe.. So, lain kali pulak aku beli.. Owh, ye ni aku nak cerita member card watsons. yeaay aku tau benda ni dah lama keluar.. Masa mula2 keluar (OCT2011) memang aku tak pandang member card apa-apa pun termasuk watsons. Sebabnya aku tak suka kalau tempoh hayat kad tu utk setahun sahaja & kena renew balik....Malas okey!


Nasib baik cashier watsons ni memang pandai explain kat aku, member kad untuk sepanjang hayat! OH, aku berminat (ni kes malas nak renew2 HAHA) . . Tapiii... kalau mudah sekali pun, setiap hujung tahun bln 12 , point yang korang kumpul akan ke 0 balik okehh...So..... Kenalah redeem cepat-cepat point tu :) Kad ni RM12 sahaja (standrt lah kan) , Lepas isi borang, belek-belek siket isi dalam sampul tu...So..dapatlah baucar macam kat bawah ni :


Banyak! 200 keping :)

Nilai barang yang korang beli RM1 dapat 1 point. Mudah je kan? Lepas jadi member, aku terus login website watsons ni untuk isi detail aku lebih clear & aktifkan.. Banyak cara nak aktifkan. Kena baca la info-info tu...kalau rajinnnn...hehe.. Bila korang sign in jeww, dapat 200 point ke debukk camtu je...hehehe


So...kalau rajin nak aktifkan dirimu macam aku ni, sila-sila la daftar..sebab....akhir mac ni, maybe tiada lagi pendaftaran. Sekian..


P/S : Bagi aku Watsons banyak sales & murah bebanding kedai/market lain. Seriusss! aku dah bandingkan harga :)

22 January 2012

Aktiviti bila ada kat rumah sendiri :D

Assalammualaikum. macam biasa, alhamdullilah aku selamat sampai kt negeri tercinta hr jumaat lepas. Seronok cuti raya cina nampak? kehkehkeh. Bila aku kt sini, mmg tak hentilah kaki aku nk keluar berjalan ^^, malam tu terus aku pergi tgk wayang dgn kwn aku kt space U8 shah alam. saje nak test tgk cinema baru kat sini. Tapi MBO punyelah...kelass gitu MBO nya...cinema je baru bukak. kedai-kedai lain xbukak lg pun..sebab masih baru...memang tak ramai org pun..bestlah...sebab org tak tau ada cinema kt sini.hahaha. kalau x, slalu aku tgk wayang kat jusco bt raja@bt tgi klang je. owh ye. pandamaran rupanya ade cinema jgk.. MBO punye.. & centrepoint klg mmg aku tak jejaklah sebab byk indon. dh jadi tmpt oversea aku tgk. huukk...

Siapa tak tahu kewujudan Space U8 mall ni, boleh klik sini =)

kat situ, aku tgk movie BUJANG TERLAJAK . meh , baca info siket pasal movie ni :


Sinopsis :

Bujang Telajak merupakan sebuah filem komedi arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen, mengisahkan tentang tiga orang rakan karib yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis. Saiful, Nabil dan Johan merupakan tiga orang ahli silap mata professional. Ketika sedang membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka telah terpesona dengan keayuan dan kecantikan model di dalam iklan tersebut iaitu Puteri (Fazura). Tiga sekawan itu mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui bahawa Puteri merupakan seorang guru tadika dan juga model sambilan.



Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim. Dia diberitahu bahawa Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu, Saiful mula menyamar sebagai seorang yang buta untuk menambat hati Puteri. Menyedari bahawa Saiful mengetahui rahsia bagi memenangi hati Puteri, Nabil dan Johan pula menyamar sebagai seorang yang pekak dan bisu untuk memikat Puteri. Sepanjang tempoh penyamaran itu, mereka menggunakan pelbagai helah untuk meraih kasih Puteri termasuk cuba menggagalkan rancangan antara satu sama lain.

part paling klakar masa diaorang ni menyamar & masa johan jadi bisu. alahai. mmg tak tahan nak gelak jela..hehehe...ending jgn risau....xde sedih2 punyeee...hahaha...layan trailer bujang terlajak ni :




Then, esok petang pulak aku bawak jalan-jalan dengan makcik & adik bongsu aku pergi jusco bt.tggi klg..belanja makan mc'd , tgk wayang , redeem baucar buku...puhh..penattt....org ramai betul......lagi-lagi musim raya cina, memang padat laaa....


Order family dinner box punyeee..set for 3person...terbaikkkk... hehehe...gara-gara nak belanja diaorang..sekali sekalaa..pe salahnyee...pasni mkn besauu dgn fmly aku pulak..tapi syg la..adik ke-2 aku tak dpt join..kerja..:(

Pas makan je.. terus gi cinema..dah beli tiket awal-awal lg tuu....tgk movie seram lak... keramat... boleh tahanlah citer ni...mengejut2....ape yg tak bestnye?? best je movie ni.....makcik& adik aku punyela takut smpai tutup mateee...yg aku steady je pandang depan....movie horor kan? pebret akuu bebehhh...layaannn jeeeee.... ^^ hihihi


Cite keramat ni, korang jgn miss tgk la...dr awal smpai hbs...takut ade yg tak paham sekerat jalan pulak kan? ni kira dendam zmn silam...effect & sound effect mmg bestlah....cume ade yg time yg xsesuai letak sound tu...pape pun , movie malay terbaikk...even tak dpt tandingi movie luar.. Klik SINI utk info filem KERAMAT

and thennnnn....kitaorang soping bukuuuu...ahakss....aku kan dpt baucerr buku kan...so.....alang-alang menyeluk pekasam,terusla redeem baucer tu...mmg terbaikkk... bersepahhh & ramai btl org kt bookstore tu...beg2,cd,alat2 pc/lptp semua boleh redeem ape yg ade kat bookstore tuu.... kecuali topup sahaja okey....sgt besttt lah bookstore niii.....syg sama luuu...hahahhaa... daannnn...hasilnyee...tadaaaaaa!

Magazine,memasak,novel,fail, tafsiran al-quran aku dah rembat...utk mkck,pkck,ayah,mak,aku,adik,syg&adik ipar....fuuuuu~~~ tebus kasi habis :D jgn terkezutt pulak sebab byk majalah kereta nih...agagaggaga....:p tapi kann... ada org yg tebus tu sgtlah rugi okehh...dia ada balance lagi 20hinggit kalau tak silap aku, thenn dia burn kan mcm tu jeee....adoiii... knplah awk ni taknak ambik buku pape lg?? haishh...ruginyeee.... biar jela buku byk , nti tmbh la sket duit kann... pe slhnyee.iskk.. maybe sebab org terlampau ramai sgt, agaknye dia jadi kelam kabut smpai xnak fikir pape....xpela awkk...




20 January 2012

Gelagat keluarga aku



Kunun nya aku gadis comel abad ini..wahahaha! :p


 Mencari sesuatu yang hilang.....




P/S : Anda  tahu mana satu aku? =) Entri pendek. bye !

11 January 2012

Sudah ada lesen memandu kereta automatik?

Assalammualaikum. Hye readers! Negara kita akan bakal membuat satu latihan hanya untuk mereka yang ingin mengambil lesen kereta automatik! Dilancarkan pada bulan Mei 2012 ini. Jika korang mengambil lesen manual, secara automatik boleh memandu kereta manual dan automatik. Kalau korang yang ambil lesen kereta automatik sahaja, bermakna manual, korang tidak dibenarkan memandu. Faham sudah? Huhu. Better naik kereta manual. sebab senang je.Kereta Auto, aku tak reti bawak. kalau motor auto, aku reti bawak, motor manual pulak tak boleh. sangat pelik aku ni. hahaha! ;p



WALAUPUN opsyen transmisi automatik bakal memudahkan calon lulus ujian memandu, lesen mereka kelak hanya terhad untuk memandu kenderaan transmisi yang sama sahaja. 

Baca lanjut di bawah :
IPOH - Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.

Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.

"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.

Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.

"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual. 

"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya. - KOSMO

P/S : Nak ambil lesen kereta tu, fikir masak2 ye..aku dah lega...3 kali renew lesen kereta&motor.hikhikhik..byebyeyumm! :)
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol