Angel Wing Heart

02 January 2012

Selesai present proposal Video Media Project

Assalammualaikum. Hye readers & bloggers :) thank you sebab sentiasa follow entri baru dalam blog aku ni. Malam tadi aku dengan kawan aku dah siap buat proposal guna power point untuk pembentangan pagi esok (hari ini). 'Hardcopy' memang aku tak standby la. HAHA. Proposal ni sekadar idea untuk dibentangkan kepada pensyarah. Sama ada 'approve' atau tak, kena buat jugak proposal ni. Aku dah discuss dengan group aku sendiri iaitu ada 4orang termasuk aku. Cuma nama production je belum kami tentukan. Hehehe . Ok, dari sem 2 sampai sem 5 dah belajar tentang dokumentari, filem pendek & iklan . So, untuk projek akhir sem 6 ni, kami diberi kebebasan sedikit untuk memilih sendiri projek yang mana bersesuaian dengan idea setiap group.

Group aku plan nak buat program TV. Program TV ni sama macam dalam TV yang ada tu. Contoh, Ewah-ewah, 360, 999. Durasi program ni 20-30minit. Wow. setengah jam! mula-mula rasa macam...arghhh! yela , projek ni kiranya durasi paling lama dari filem pendek, iklan, doku.. Tapi takpe. Ambil sebagai cabaran untuk last sem ni. InsyaAllah..




imej dari Google

Masa tengah present, memang half je nervous tak nervous tu sebab dah biasa present sejak masuk study kan.. hehe... Alhamdullilah. ada 4 orang pensyarah yang akan beri pendapat/reject/idea/support/kritik kepada semua group. dalam kelas aku ada 6 group semuanya. Minima 4orang, maksima 5orang. Ada yang buat iklan, filem pendek & TV program. Belum kesemuanya yang dah present. 3group termasuk group aku yang sempat present. Pensyarah bagi feedback yang baik. Aku dengan ahli group aku present betul2, untuk yakinkan proposal kami. Alhamdullilah. pensyarah banyak bagi idea lagi & APPROVED! Apa  PROGRAM TV yang kami buat tu? Tunggu projek ni berjalan dulu. InsyaAllah. Doakan kami . Terima Kasih kepada lecturers sebab bagi idea lain kat group aku. InsyaAllah semoga final project ini berjalan dengan lancar. . :) AMIN.

P/S : ADA SUBJECT BROADCAST STUDIES LA....ADA IDEA TAK NAK BUAT PROGRAM REALITI/LANGSUNG ? CTH : RANCANGAN EWAH-EWAH.. KALAU ADA , BERITAHU DI RUANGAN 'COMMENT' ya. Thanks ^_______________^

No comments :

Post a Comment

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol