Angel Wing Heart

29 October 2019

Pengalaman bersalin anak pertama

Assalammualaikum...

Hai,lama tak menjenguk & menaip entri kat sini heheh..ini pun curi-curi masa anak tengah tidur. Kalau tak, nak berkepit la dia hehehe. Alhamdullilah, rezeki aku & suami aku selepas 6 bulan perkahwinan kami, disahkan mengandung & dikurniakan cahaya mata si puteri pada 19 Mac 2018 (Isnin) jam 11.37 pagi.. tahun lalu. Ni kali pertama nak bercerita tentang anak sulung kami... Diberi nama Imanina Humaira... Panggil Nina pun sweet. hehehe.. Maksud Keimanan Kami, Pipi Merah.




Sepanjang mengandungkan Nina, aku akan mengalami alahan on off tak kira pagi/malam. Biasanya aku akan muntah banyak masa waktu lewat petang. Evening sickness gitu.. Selalu pening kepala & mual. Suami aku dah ready belikan balm Helang Hijau tu untuk standby bagi aku guna. Memang sapu balm tu, banyak jugaklah angin badan keluar. Hilang sikitlah mual/pening tu. Huhuhu.


Masa sebelum mengandung, berat badan aku adalah 53kg. akhir kelahiran anak aku tu, naik mendadak sehingga 69kg!!! OMG. Aku masa mengandung, nafsu makan tu kuat sangat. Asyik nak mengunyah & lapar sentiasa. Suami aku terkejut tengok aku tengah makan kat meja tengah2 malam. hahaha. kadang-kadang 2-3pagi aku bangun makan sebab aku lapar. serius.hahaha... Sampai nurse KK bising sebab berat badan aku over naik kihkih..Aku kena check BP (tekanan darah) setiap minggu & minum air gula.. huuuu... Alhamdullilah, sepanjang mengandung aku takde sakit apa-apa & baby dalam perut pun sihat.

Sebelum mengandung

Masa mengandung..hahahaha...Masa ni 7 bulan weiii...Kembang semangkuk!


Kami sentiasa follow up KK atau klinik swasta luar.Al-maklumlah, anak pertama ni excitednya lebih sikit! hehehe. Nak dipendekkan cerita, saat-saat akhir bersalin tu, aku terover due bersalin. dah lebih 9 bulan.. Maknanya aku kena serah diri kalau aku tak bersalin 19 Mac 2018 tu. Aku mulalah resah, menangis takut sebab overdue & kena induce tu. Macam-macam cerita pasal induce. Aku cuaklah kan.. Sebab tu kelahiran paksa. Masa tu aku takde sebarang tanda nak beranak..huahahaha.. seronok baby duduk dalam rahim lagi ye sebab dapat makan best-best hahaha.




Satu hari tu, ada turun tanda merah (darah sikit) so suami aku ajak pergi check di Hospital Shah Alam. Lama juga aku tunggu kat situ. Then,doktor perempuan seluk nak tahu berapa bukaan aku masa tu. Perit weh seluk ni.. ngilu hahaha. Rupa nya bukaan aku baru 1cm. Tak boleh admit wad lagi. Biasanya 6cm keatas baru dapat admit. So doktor minta aku balik rumah & pantau. Dia suruh aku datang hospital balik pukul 10pagi. Sebabnya dia nak induce aku. tu adalah hari terakhir & aku kena serah diri.. aku dah gelisah...sedihhhh...huhuhu.. Masa ni aku dah rasa sakit construction sikit-sikit. aku pulun ajak suami aku pergi jalan padang & icity Shah Alam. hehehe. Jenuhlah aku dgn suami aku pusing jalan-jalan situ. Lepas tu aku naik turun tangga rumah pulak.. hahaha.

Malam tu, aku tak boleh tidur. Sakit contruction aku makin lama makin kuat. 5minit sekali datang sakit tu. Bagi aku sakit ni mcm kena segugut tapi lebih dari segugut.. Gitu.. Aku boleh tahan sakit tu sampai ke subuh aku tak tidur weh. Suami aku la teman aku.Dia pun tidur ayam je.. sebab risaukan aku masa tu. Aku ke ruang tamu,duduk kat sofa,kejap baring.. kejap duduk...Macam ayam kena berak kapur. berkerut-kerut dah muka aku tahan sakit. Subuh tu, aku solat semua..Aku masak telur ayam tiga suku. Sempat lah makan kat rumah. Cadang nak makan kat kedai hahaha. tapi dah terasa lain pulak perut aku ni memulas bersungguh-sungguh. Nak berak bukan...Ha,gitu...


Aku cakap kat suami aku, jomlah kita pergi hospital terus. Sebab dah rasa tak tahan sangat la pulak. Tak payahlah tunggu pukul 10 pagi tu..hahahaa,, Tergesa-gesa lah kami ke hospital, Masa ni pagi.. dalam pukul 7-8 camtu. Orang tak ramai nak beranak lagi. Tapi aku menahan sakit tu, slow-slow je jalan menuju ruang untuk seluk tu. Doktor perempuan seluk aku, 6cm! Tak jadi induce. Aku terus kena tolak masuk Labor Room! Nurse semua pasang alat-alat tu, ada yang alat sedut kurangkan sakit tu pun aku cuba pakai. Ntahlah macam takde rasa apa pulak. hahaha. Dalam masa sejam tu, bukaan aku dah nak ke 9cm. Nurse tanya,"Puan nak suami teman tak?" lepas tu aku cakap nak, suami kena tunggu kat ruang kecemasan, senang guard nak cari. Aku dah pesan kat laki aku , tunggu situ jangan pergi mana-mana.Alhamdullilah suami dapat teman & tengok aku beranak..huhuhu...





Masa ni aku berzikir je.. zikir Nabi Yunus tu. Tak henti-henti. Rasalah kurang sikit sakit tu kan.. Lepas tu aku cakap kat nurse. Nurse, saya rasa mcm nak berak lah.. serius rasa nk terkeluar something. Nurse kelam kabut nak sambut. Aku teran sekali,tarik nafas.. macam tips yang selalu aku baca tu, aku buat... Suami aku pegang kaki aku supaya tak terangkat tapi aku ni pendek, mesti nak terangkat jugak huhhuhu... alhamdullilah tak banyak teran pun, akhirnya lahirlah puteri kami Imanina Humaira. Nurse pun puji aku beranak senang, Aku tak menjerit. itu tips weh..ko tahan jelah sambil berzikir... kalau menjerit lagi banyak hilang tenaga.. Nurse terus letak anak aku atas dada aku. Masa ni suami aku takut nak pegang. Yela,1st time kan. hehehe... Paling aku ngilu bab jahit tu.. aduh.. trauma aku nak beranak lagi..hahaha.. Nurse bagi aku minum air koko suam lepas meneran tu (rasa bukan Milo). Aku dapat katil wad pun lama tunggu kt LR dekat pukul 3 ptg baru aku dapat wad...So kami laki bini menunggu kt LR tu sampai aku dapat wad hehehe...Aku keluar dari labor room tu, badan aku menggigil..Aku tanya suami aku, kenapa aku menggigil ni? huhuhu... mungkin aku terlampau sejuk atau penat meneran..Itulah pengorbanan weh... Aku tengok kat ruang menunggu ramai pesakit nak beranak tengah tunggu turn. Hospital Shah Alam memang ramai orang..Kalau rezeki tu, dapatlah masuk awal...


Berat anak aku 3.60 kg! hahahaa... si debab... semangat.. dan aku beranak normal.. syukur..
Now, anak aku dah umur setahun lapan bulan. Alhamdullilah. Terima Kasih Allah atas nikmat yang diberi... Semoga anak aku sentiasa sihat & dilindungi Allah. Amin. InsyaAllah aku plan nak anak kedua pulak, tunggu Nina dah 3 tahun + insyaAllah kalau ada rezeki. Aku masih dalam family planning tapi guna kaedah sendiri je.. hehehe... Yang penting tolak ansur suami isteri ok..


Oh ye, muka anak aku ni selalu berubah.. biasalah dari baby ke besar, lain pulak rupanya.. hehehe... tak tahulah dia mengikut siapa muka ni... daddy ke mummy? heehehe... Anyway, Thanks baca! InsyaAllah next entri cerita lain pulak ye..Bye!!

 

5 comments :

  1. Bagi yg belum kahwin nie rasa seram pula nak baca haha..
    apapun alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. anak pun comel..
    semoga diberikan kesihatan yg baik selalu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..jangan takut...dulu pun mcm tu jgk rasa..dah lalui,baru tahu...lain org, lain pengalamannya... :)

      Delete
  2. comelnya baby!!!
    mcm sy la nk branakkan si kecik sy tu..
    overdue nsb baik xsempat kene induce..
    doc dh ckp kalo xbranak jgk nk induce tp sehari sblom kene induce tu dh turun tnda..
    risau jgk kene induce..
    nsb baik baby tlg.. dia kuar sblom mommy kene induce.. haha
    part kene jahit tu mmg ngiluuuu..
    serik nk branak lg.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha,kan...kita pun risau kenapa taknak keluar lagi...sehari sebelum induce tu dah bagi tanda..doc pun seluk bagi buka bukaan lebih lagi...huhuhu...mmg serik bab jahit tu..adoi...

      Delete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol