Angel Wing Heart

27 September 2011

Shooting Short Film ( Nawaitu ) Part 1


Assalammualaikum. Hye, hye peeps! :D lama tak update blog. Penat shooting pun tak habis lagi. Shooting kena tunda ke hari yg lain sebab cuaca yg tak mengizinkan. Takpelah. Buat jangan kabut2.Betul tak? :) Esok ni, aku ada rehearsal event managament. Huwaaaa... penat tak hilang lagi ni... :( Nak buat camne dah final project kan. Nak last sem dah nieee..berlambak asgmnt aku..huhuhu ... Pengurus produksi mmg goyang kaki je kat tmpt shooting. heh. Bagi krew2 makan semua... kebajikan kne jaga... kerja aku sebelum shooting. urus hal2 shooting. jmp polis,mpk & org2 besar. Yela. nak shooting tmpt org kn. Mestilah kne mtk kbenaran semua.








Selain tu, aku uruskan bajet2 produksi aku. Mane duit keluar, mane yg masuk. Hmm.. kerja kt tmpt shooting, paling sakit, bdk teknikal la..Dowg la kne set up semua. Aku pun tlg2 gak. tlg tgk pn ade. HAHAHA. Alang2 jadi krew, trs jd extra pelakon lak. muahahaha. tgklah kwn aku makeupkan. jadi lain lak...bdk xpenah makeup cmtu la...adoi..meyh, kita tgk di sebalik tabir duluu...part 1 oke.. byk lagi gmbr yg best2 sebenarnyee..:)






Skandal baru. muahahahahha :P







Ok , nantikan part 2 yang seterusnya ok.. sangat busy la..seriously..sampai tak cukup tidur. tak dapa nak taip banyak2...Byeee! :)

16 September 2011

Terpilih untuk sertai program SENYAP , tapi..

Assalammulaikum. Hari ini 1 Malaysia kan ? Mesti ramai yang pergi sambutan tu. Aku tak dapat lah nak join sebab jauh di perantauan ni..xbalik rumah..huhuhu.. Ok, aku nak cerita siket mengenai program SENYAP iaitu Social Enforcement For National Youth Awareness Programme. Di anjurkan pada AHAD ini 18 sept 2011 . Salah seorang penganjur program ni , telah pilih blog aku secara rawak. Memang happy sebab boleh join. Jumpa dengan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Best kalau dapat join aktiviti menarik mcm ni. Tapi memandangkan aku di perantauan ni , tak dapat nak join. Busy dengan final project aku. Haiyaaa.... Ok , bawah ni adalah keterangan mengenai program SENYAP.


Program ini adalah pertama kali dianjurkan oleh Gerakan Belia Teknologi Informasi. Gerakan Belia Teknologi Informasi atau lebih dikenali sebagai Information Technology Youth Movement adalah sebuah pertubuhan Belia berdaftar dibawah Akta Pendaftaran Pertubuhan Belia 2007 dibawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
Pengenalan Program :
SENYAP : Social Enforcement For National Youth Awareness Program.
Program Kesedaran Pembangunan Sosial Belia Peringkat Kebangsaan.


Kumpulan Sasaran : 100 Orang Blogger yang mempunyai Kriteria Seperti Berikut.
a. Mempunyai Sekurang-kurangnya 50 Follower didalam Blog Masing2.
b. Bukan Penulis Blog Politik.
c. Dipilih secara rawak oleh Gerakan Belia Teknologi Informasi.

Maklumat Program adalah seperti Berikut.
Program : SENYAP
Tempat : Bilik Redang PWTC
Tarikh : 18 SEPTEMBER 2011
Masa Jam : 09:00-18:30
Pakaian : Formal

Sila emailkan kepada saya Maklumat seperti berikut untuk tujuan Surat Menyurat:
1 Nama Penuh
2.Nama Blog
3.No Kad Pengenalan
4.Alamat Email (Sebarang Surat Menyurat akan melalui E-MAIL)
5.Nombor Telefon (Sekiranya ada perubahan akhir anda akan dimaklumkan melalui telefon.
6. 1 Slide Powerpoint ringkas mengenai BLOG anda untuk dipersembahkan pada sesi pengenalan bersama-sama Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
EMAIL : itym2007@yahoo.com

Sebarang Pertanyaan boleh diajukan didalam wall group ini, sekian terima kasih.

Khaireel Azlee Bin Abdul Aziz
President
Gerakan Belia Teknologi Informasi
Information Technology Youth Movement
Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (Lantikan Menteri)
Ahli Makmal Transformasi Pembangunan Belia."


makluman sini

Kepada bloggers yang terpilih tu , cepat2 lah hantar detail korang. Memang rugi kalau tak dapat join kan ? :'( Good Luck korang !!! :) Salam 1 Malaysia - 16 Sept 2011 . . Bye!

12 September 2011

Sugar Glider , binatang comel yang manja

Assalammualaikum . Teringin nak bela sugar glider tak? atau singkatannya SG? binatang ni sgt comel.. Sebelum masuk dalam majalah 3 dulu, aku dah memang berminat nak bela SG ni, tapi memang sakit siket lah sebab SG suka makan makanan yang mahal-mahal jer. Mcm yogurt, buah , sayur , telur , madu , susu , betik ...


Sugar glider ni merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua New Guinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni. Di dalam hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. SG ni bukan adik beradik tupai tapi, SG adalah adik beradik kangaroo, sebab ada kantung kat perut dia mcm kangaroo. Mereka juga merupakan haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga di waktu malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi. Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lama2 dia boleh adapt dgn environment tu.

Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik di kebanyakan negara sekarang. Mereka sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka mempunyai personaliti tersendiri, mood, sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa dan bijak dalam saiz yang kecil. Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar glider boleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda mengenainya. Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia. Bayangkan kerenah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memerlukan banyak perhatian serta kadang-kadang manja dan kadang-kadang menjengkilkan, begitulah hampirnya persamaan penjagaan sugar glider yang sebenarnya.


Oleh kerana sugar glider haiwan berkoloni, mereka biasa hidup berkawan. Jika dipelihara secara individu dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, mereka boleh mati kesunyian. Sekurang-kurangnya korang kena beli sepasang la.. kalau beli seekor, korang kena jadi sahabat paling baik dgn SG la ;) tapi dengan penjagaan yang betul dari segi diet, interaksi dan keseluruhan, mereka boleh hidup sehingga 10-15 tahun lamanya. Memang disuggest utk pelihara sepasang, tapi kalau nak pelihara seekor pon boleh. Janji korg kena luang mase dgn dia. Dia ni juga dikenali sbg pocket pet, sbb korg leh simpan dia dlm pocket korg sambli bwk jalan2. biarkan dia tidur dlm poket korg pon dikira sbg luang mase dgn diorg.


Dia makan buah dan ulat yg boleh dibeli kat kedai ikan tu. ala, ulat kecik2 tu. Maintenance dia aku rase tak semahal hamster atau guinea pig sbb korg cuma perlu beli ulat dan buah.


SG ni mmg manja sebab suka duk dekat bahu , tapak tangan .. boleh masuk dalam poket lagi...bawak gi jalan-jalan..hehehe.. Harga SG ni sekitar RM250 seekor .. Mahal kan ? tapi seronok sebab sentiasa ada dgn kita.. hehe..Teringin betul nak bela ni..haisshhhh!..

Kalau korang nak cari SG , boleh tgk kat  MUDAH . MY takpun boleh usha kat FB jugak....sini atau info lain di blog INI .Sekarang ni , banyak fan page / club untuk peminat2 SG & sesiapa yang bela SG , boleh berkumpul & bertukar2 pendapat ttg SG masing2 ...best kan ? ;)



Ni bukan SG , patung je..hihihi ;P

Ada sesiapa yg penah bela? share jom ? ;)


P/S : DAH ADA RABBIT , HAMSTER, KUCING , nak pulak bela SG ye..hehehehe... :)

sedikit info dr : http://shorttext.com/8pxs64jyf0

10 September 2011

Tecik la baby ni :)

Assalammualaikum. Hey, dah lama aku tak membebel dalam blog usang nie kan. HAHA. Dah lama jgk lah korang tak muntah2 tgk entry blog aku. huish. Alhamdullilah , dah 70% settel tugasan aku sebagai pengurus produksi team ATAP RUMBIA PRODUCTION . Harap masa shooting set nanti , semua berjalan dengan lancar. AMIN. Dalam bulan 10 ni , maybe aku tak lah busy sangat. ye kot? :D lepas shooting , siap kan proposal & final untuk presentation nanti. Then , fokus dgn EVENT MANAGAMENT. Group kami akan buat satu forum perfileman. Apsiriasi Filem . Masa tu akan ditayangkan sebuah filem and akan didebatkan. Nampak menarik kan?

Ok , assignment pun dah berlambak menunggu , so takde masa sgt nak update blog usang ni.. Harap brsabar lah kalau nak intai2 my life . . :) Dah, skg nak cerita pasal si tecik. tecik bukan baby (human) tau.. tapi baby rabbit. Yes! aku punya rabbit dah lahirkan 5 ekor rabbit tapi hanya 2 ekor rabbit yang dapat hidup..

Gambar kat bawah ni, rabbit nya dah ada bulu dah. Kalau u guys nak tau, baby masa lahir, mmg merah menyala , takde bulu dan seakan-akan macam tikus!




COMEL KAN BABY NI TIDUR? :)


kalau nak tau , seekor baby ni telinganya pendek ! comel,comel  :)  Tak tau lagi jantan @ betina , tunggu umur baby2 ni 2bulan. Sekarang baru sebulan. So, takdapat bagi nama lagi . Sian dia kan. . Kalau korang nak bela rabbit , and ibu rabbit lahirkan anak, korang kena asingkan ayah rabbit tersebut. Ayah rabbit ni makan anaknya sendiri macam ayah kucing. Disebabkan itu lah seekor drpada 5 baby telah mati dimakan ayah rabbit. Tak sempat nak asingkan. 2 ekor lagi , umur tak panjang. kerana kekurusan (kurang susu) & obesiti (terlalu gemokkkk sgt) tak sempat tgk baby tu.. :(

Paling best main dgn baby rabbit. sebab manja . selalu aku letak baby rabbit kat bahu sambil pegang takut jatuh. Mula la baby tu main2 kat leher.. geli. .. HAHA (abaikan) . Korang yang minat dengan hewan peliharaan ni, jaga diaorang betul2 macam nyawa kita sendiri. Jangan abaikan mereka. Ok? Jom tengok baby rabbit aku ni , meh2....




Ok, sangat pandai !


P/S : Lepas ni teringin nak bela SUGAR GLIDER pulak. tapi rumah aku ade kucing yg hyperactive! semua nak makan . grrrr ..



Sayang korang , bubu, lulu , 2 anak arnab..:)

09 September 2011

Kami 1 family !





Detik-detik melepaskan tension di kepala ! HAHAHA . Banyak lagi gambar, tapi yang ni jela post ye..hee... Semoga persahabatan kita berkekalan.. Amin :)
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol