Angel Wing Heart
Showing posts with label Sugar Glider. Show all posts
Showing posts with label Sugar Glider. Show all posts

12 September 2011

Sugar Glider , binatang comel yang manja

Assalammualaikum . Teringin nak bela sugar glider tak? atau singkatannya SG? binatang ni sgt comel.. Sebelum masuk dalam majalah 3 dulu, aku dah memang berminat nak bela SG ni, tapi memang sakit siket lah sebab SG suka makan makanan yang mahal-mahal jer. Mcm yogurt, buah , sayur , telur , madu , susu , betik ...


Sugar glider ni merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua New Guinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni. Di dalam hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. SG ni bukan adik beradik tupai tapi, SG adalah adik beradik kangaroo, sebab ada kantung kat perut dia mcm kangaroo. Mereka juga merupakan haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga di waktu malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi. Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lama2 dia boleh adapt dgn environment tu.

Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik di kebanyakan negara sekarang. Mereka sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka mempunyai personaliti tersendiri, mood, sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa dan bijak dalam saiz yang kecil. Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar glider boleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda mengenainya. Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia. Bayangkan kerenah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memerlukan banyak perhatian serta kadang-kadang manja dan kadang-kadang menjengkilkan, begitulah hampirnya persamaan penjagaan sugar glider yang sebenarnya.


Oleh kerana sugar glider haiwan berkoloni, mereka biasa hidup berkawan. Jika dipelihara secara individu dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, mereka boleh mati kesunyian. Sekurang-kurangnya korang kena beli sepasang la.. kalau beli seekor, korang kena jadi sahabat paling baik dgn SG la ;) tapi dengan penjagaan yang betul dari segi diet, interaksi dan keseluruhan, mereka boleh hidup sehingga 10-15 tahun lamanya. Memang disuggest utk pelihara sepasang, tapi kalau nak pelihara seekor pon boleh. Janji korg kena luang mase dgn dia. Dia ni juga dikenali sbg pocket pet, sbb korg leh simpan dia dlm pocket korg sambli bwk jalan2. biarkan dia tidur dlm poket korg pon dikira sbg luang mase dgn diorg.


Dia makan buah dan ulat yg boleh dibeli kat kedai ikan tu. ala, ulat kecik2 tu. Maintenance dia aku rase tak semahal hamster atau guinea pig sbb korg cuma perlu beli ulat dan buah.


SG ni mmg manja sebab suka duk dekat bahu , tapak tangan .. boleh masuk dalam poket lagi...bawak gi jalan-jalan..hehehe.. Harga SG ni sekitar RM250 seekor .. Mahal kan ? tapi seronok sebab sentiasa ada dgn kita.. hehe..Teringin betul nak bela ni..haisshhhh!..

Kalau korang nak cari SG , boleh tgk kat  MUDAH . MY takpun boleh usha kat FB jugak....sini atau info lain di blog INI .Sekarang ni , banyak fan page / club untuk peminat2 SG & sesiapa yang bela SG , boleh berkumpul & bertukar2 pendapat ttg SG masing2 ...best kan ? ;)



Ni bukan SG , patung je..hihihi ;P

Ada sesiapa yg penah bela? share jom ? ;)


P/S : DAH ADA RABBIT , HAMSTER, KUCING , nak pulak bela SG ye..hehehehe... :)

sedikit info dr : http://shorttext.com/8pxs64jyf0
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol