Angel Wing Heart

12 January 2016

The Tree Top Walk di Sungai Sedim Kedah, Malaysia


Assalammualaikum...


Hari ini baru berkesempatan nak menaip cerita masa Wani bercuti di Kedah. Backpackers lah kononnya. Hahaha. Dah lama tak naik bas express. Sejak 5 tahun dah tak naik bas express ni. Zaman belajar dulu je naik bas dari Shah Alam ke Perlis. Hahaha. Yang jakunnya bas Pancaran Matahari ada plug pulak. hahahaha. Power2..

Oklah, berbalik pada tajuk, Wani teringin sesangat nak cuba jalan jambatan tinggi di Sungai Sedim Kedah. Jambatan besi ni, dianggap tertinggi dunia. Berdekatan dengan Kulim Kedah atau lebih tepat kawasan Air Terjun Bukit Hijau. Wani dengan kawan guna Waze je nak ke sini. Alhamdullilah, selamat sampai... 
Di sini ada jambatan gantung besi sepanjang 950 meter dengan ketinggian 50 meter dari tanah dan dianggap Titian Canopy Terpanjang di Dunia.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu



Macam biasalah, kalau dah namanya blog, memang blog Wani penuh dengan gambar daripada isi lah... hahaha. Dah macam album kahwin :p Tu namanya nak korang cuci-cuci mata je bila masuk blog Wani.. Wani tahu korang ni liat nak baca... hahaha

Tiket masuk ke sini : Dewasa RM10 , Kanak-kanak RM6





Ada penerangan mengenai The Tree Top Walk Sungai Sedim Kedah ni.. Macamana dibina, dengan apa dibina, mesti fikir kukuh ke tak agaknya ye... seram... hehehe. Tak ramai yang tahu kewujudan tempat ni, so sempena tahun melawat Kedah 2016, apa kata kepada pecinta alam sekitar, moh ler datang sini.. Bukan setakat jambatan unik ni je ada, nak mandi-mandi pun boleh.. Air terjun sejuk macam ais !

















Setiap tempat atas jambatan ni ada checkpoint. Yang gambar ni checkpoint paling tinggi dari aras laut. hahaha. power, tak payah aku daki.


Pening bakal suami aku, kalau camnilah perangai aku. hahahahahahha..




Chalet pun ada kat sini tau! Memang tenang je suasana kat sini dengan bunyi burung hutan & deruan air terjun.. fuyohhh, bahasa aku. hahahaha


Cakkk !!


Kalau korang singgah ke Gunung Kerian Kedah, berdekatan dengan Shahab Alor Setar, Kedah... Bolehlah cuba makan tengahari kat sini.. Gulai 7 Kawah. Macam-macam makanan ada.... meleleh air liuq baq ang.. hahaha



Nak awet muda macam Wani takkkk... Nampak wani macam sweet 20 tahun kan...meh makan ulam meh... hihihi...

Wani kat Kedah selama 3 hari jer, ada masa tu , kitaorang jalan-jalan petang kawasan bandar alor setar ni, tak sempat nak naik menara alor setar, pukul 6 petang dah tutup... hahahaha. Tapi tak silap wani, malam pun buka je...  So, malam tu, kitaorang ronda-rondalah kat sini.... huhuhu...




Masjid Zahir Alor Setar, pembinaan seakan macam Masjid Aceh, Indonesia... Cantikkk!
Mee Bandung Tulang, ada di Jinggo Blues Cafe, berdekatan dengan stadium Alor Setar, Kedah . Arghhh... tiba-tiba lapar... :(



Oklah, rasanya sampai sinilah Wani update cerita di Kedah... huhuhu... InsyaAllah, kita jumpa lagi ye Bum... Jaga diri elok2 na..... Hang kahwin nanti, jangan lupa jemput chek.... hihihi.. Love you.

2 comments :

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol