Angel Wing Heart

24 December 2013

Jalan-jalan ke Bukit Melawati Kuala Selangor

Assalammualaikum.

Hari Isnin ni semua Monday Blues kan? Kan? hahahaha. Wani dapat elakkan Monday Blues tersebut sebab Wani replace cuti!! yeaaay! Kat mana? Jeng-jeng.......




Bukit Melawati , Kuala Selangor ! Okey, gambar atas ni, tempat nak lihat anak bulan.. Atas bukit ni la boleh tengok pemandangan ke bawah & ke arah lautan... Indah betul... hehehe . Wani pertama kali datang tempat ni, padahal anak jati sini pun tak pernah nak datang, balik kampung tahu lalu pergi balik jer. kihkihkih. Apaadaa..



Kalau hari minggu, wajib naik trem ni, tapi berbayarlah. Memang kereta tak dibenarkan naik atas masa hari minggu...  Kaunter ada kat bawah bukit.






Nak tahu sejarah Bukit Melawati ni? Wani bagi details sikit kat bawah ni yer..

Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia. Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.



Ini dia Rumah Api-Api Kuala Selangor


Kat sini ada beberapa tinggalan Sejarah. Disebabkan kami berdua ni debab-debab, tu malas nak pusing habis satu bukit ni.. ngeh-ngeh. Masuk Muzium je, muzium kat sini FREE. Ada tinggalan sejarah seperti telaga beracun , Batu Hambar iaitu tempat pancung pesalah/penderhaka.



Masuk Muzium ni FREE jer!



Ha.. sini banyak haiwan Lotong. Kategori sebagai monyetlah. Memang jinak. Bestlah atok ni, tak takut. hehehehe


Jangan risau, kat sini ada penjual makanan untuk Lotong - Lotong ni.. Murah jer antara RM1 , Kalau dah beli tu, cepat2 sorok dalam beg, jangan kasi tengok nanti dia mengikut je ke mana you all pergi. hahaha. macam we all kena lah.. kelam kabut.. sampai.....



sampai Lotong ni curikkkk makanan nak bagi kat haiwan-haiwan ni... grrrr... redha jela.. tamak haloba beteiii.








Cantik jejantas kat sini... seberang sana ada satu muzium lama, tapi tutup pulak
Kalau nak pergi sini, bolehlah rujuk ke website Majlis Daerah Kuala Selangor yer:

KLIK SINI





Bye!

18 December 2013

Borang Permohonan BR1M 3.0 2014 dibuka 23 Disember hingga 31 Januari 2014




Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Bagi pemohon baharu pula, mereka boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut.

SYARAT-SYARAT BRIM 3.0 2014 - KLIK SINI

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.



Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat pada Februari 2014.


Untuk pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716. Talian dibuka 23 Disember 2013 - 9 pagi hingga 5 petang (Isnin-Jumaat)




Artikel Penuh: KOSMO & LHDN  

11 December 2013

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

Assalammualaikum..
Hai uolss.. Hari ni tengah merajinkan  diri untuk update blog.. hehehehe. Disebabkan esok Wani cuti, so... gunakan masa terluang ni untuk tengok blog kejap. ngeh ngeh. Masa pun takde.. huuuu. Memang terasa kejap je masa. Life hanya kerja. Takpe, cari rejeki halal orang kata. Janji hati senang, hehehehe.

My boss, belanja we all makan malam di Restoran Mohd Chan, masakan Cina Muslim di Seksyen 15, Shah Alam. Pertama kali jugaklah Wani makan kat sini. Menu dia kebanyakannya untuk set hidangan besar, macam siakap masakan cina, sayur, udang, sotong dan lain-lain. Menu ringan macam goreng-goreng pun ada, jangan risau.





 Antara staf & big boss.
(Depan kiri, ex-staf , biru - Kak Adha, Wani , Kak Zha.)
(Depan kanan, Husaire, Suami boss & Kak Eika my boss)

 Oh ye, yang tengah-tengah tu Emma Maembong yer. Bukan Kembong. hahahaha :p


 Sebelah Wani ni, Kak Adha. Dia baik sangat, penyayang, ambil berat. Satu je yang Wani rasa kelakar sangat, dia kata "Wani ni antara 1 dalam sejuta" . Hahahaha. Orang yang rapat je tahu perangai 'gila' aku.
 Oke, Kak Adha yang panggil Wani Emma Maembong. Bhahahaha. tak habis-habis dia ni nak membahan.
 

Semua staf sporting sangat, 'gila' dan macam keluarga sendiri. Terima Kasih semua... :)

 Emma Maembong kuasa tiga. Bhahahahaha!

Bai!

09 November 2013

Borang Permohonan BR1M 3.0 & Syarat-Syarat BR1M 3.0 2014

br1m-3.0-2014

BORANG TELAH DIBUKA - KLIK SINI


Menerusi Bajet 2014, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan.
    1.Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650. 
    2.Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M pada kadar RM450.
    3.Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300.
Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014. Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online
Muat turun (download) Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman berikut:
Seperti yang diketahui umum, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah salah satu insentif kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”. Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun ini juga  lebih dikenali sebagai BR1M 3.0 yang merujuk kepada sudah tiga kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat yang berkelayakan.


Borang permohonan br1m 3.0 2014 borang permohonan br1m 3 0 pendaftaran pemohon baru 2014

Permohonan dan Pendaftaran BR1M 3.0

Jadi pada tahun ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Menariknya untuk BR1M 3.0 turut diperluaskan dan dinaikkan nilainya. Berikut adalah informasi mengenai syarat kelayakan BR1M 3.0 sepertimana yang ditetapkan:

Isi Rumah Syarat
Bantuan RM650
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Isi Rumah Syarat
Bantuan RM450
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)

Selain itu, caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun duda Syarat
Bantuan RM300
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Menurut maklumat awal, penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali ketiga. Mereka telah layak secara automatik. Selain itu, Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (kemaskini maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan.

Borang boleh di dapati secara percuma menerusi:
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya
  • Salinan kad pengenalan (MyKad) | Kad Polis | Kad Tentera (Jika memohon secara manual)
  • Pembayaran BR1M 3.0 akan dibayar 2 kali setahun bermula tahun 2014
  • Pembayaran BR1M 3.0 Malaysia akan dibayar terus ke akaun bank anda
  • Tujuannya, kerajaan mahu menggalakkan penerima menggunakan wang bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan.
  • Pengumuman BR1M 3.o Malaysia akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Oktober 2013 ini.

BORANG TELAH DIBUKA - KLIK SINI

SUMBER1 ,SUMBER2,
SUMBER3 

31 October 2013

Miracle Muslimah Refreshing Spray Review


Assalammualaikum....

Wani nak perkenalkan satu produk khas untuk wanita bertudung! Ada sesiapa yang mengalami kulit kepala gatal? Kelemumur? Keguguran rambut yang banyak? atau... sakit kepala/migrain yang berterusan? Stress di tempat kerja? Miracle Muslimah Refreshing Spray adalah terbaik untuk anda cuba!




Kepelbagaian saiz produk Miracle Muslimah Refreshing yang mampu dimiliki
Kebaikan produk Miracle Muslimah Refreshing Spray :
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut
  • Merawat kelemumur di kulit kepala yang menyebabkan kegatalan.
  •  Merawat sakit kepala dan migrain.
  •  Mengurangkan masalah rambut rosak.
  • Mengawal rambut daripada berbuah dan bercabang.
  • Memberikan kesegaran dan rasa sejuk terutama ketika berpeluh.
  •  Membantu melegakan rasa rimas, tidak selesa dan rasa pening kepala.
  • Membantu memberi kesegaran kepada fizikal dan mental dengan aroma yang mampu merehatkan minda dan mmembantu memulihkan ketegangan (stress).
  • Mempercepatkan proses pengeringan luka. Urutan bayi (mengelakkan bayi dari kembung perut).
  • Meredakan selesema/batuk. (sapu di bahagian leher dan tengkuk)
  • Meredakan sakit kulit sepeti bisul, kudis dan kayap.
  • Boleh bertindak sebagai pelindungan diri ketika keselamatan anda terancam. (protection spray)


Cara Penggunaan Miracle Refreshing Spray:


Untuk wanita bertudung atau tidak:
  1. Goncang sedikit Miracle Refreshing Spray.
  2. Semburkan pada kulit kepala (2-3 kali semburan).
  3. Ratakan cecair Miracle Refreshing Spray ke kulit kepala hinggan belakang leher.
  4. Urut perlahan-lahan kulit kepala sehingga meresap ke dalam kulit kepala.
  5. Biarkan seketika selama 1 minit.
  6. Pakai tudung/rapikan rambut seperti biasa.
P/S: Jangan risau tentang bau. Baunya seperti aroma lembut (bauan strawbery). Sejuk dan segar je rasa kepala ni bila pakai miracle muslimah ni. Alhamdulillah..

Penggunaan ketika perlu seperti rasa rimas, terlalu lama memakai tudung, pening kepala, stress atau migrain, boleh cuba langkah ini:


  1. Goncang sedikit Miracle Refreshing Spray.
  2. Semburkan pada tapak tangan (2-3kali semburan)
  3. Ratakan pada kedua tapak tangan.
  4. Sapukan pada belakang leher, belakang telinga, dahi dan kawasan dalam tudung (jika bertudung)
  5. Sekiranya mahukan stress hilang, sapukan cecair Miracle Refreshing Spray di hidung untuk lebih kesegaran.

Jangan risau tentang kandungan, kandungan yang terdapat dalam produk ini ialah Enrich Virgin Coconut Oil, Aromatheraphy Essential Oil dan Mint Oil. Miracle Refreshing Spray mendapat kelulusan daripada MARDI yang menyatakan bahawa produk ini bebas dari bahan kimia dan 100% organik. Produk ini bebas dari sebarang bahan-bahan kimia. Bestkan?


  • Harga Miracle Refreshing Spray
    •  60 ml-RM 79.90 (Large)
    •  30 ml-RM 39.90 (Medium)
    • 20 ml-RM 24.90 (Travel Kit)
    • 10 ml-RM 14.90 (Trial Pack)

Harga Promosi untuk trial pack! Hanya RM9.90 (harga sebenar RM14.90) Cepat beli sebelum promosi tamat!







Wani beri 4 setengah bintang per 5 bintang kerana produk Miracle Refreshing Spray sangat wangi, tenang bila memakainya dan menjadikan rambut Wani licin tak perlu guna conditioner syampoo lagi. Rasa stress pun kurang. Sesuai untuk yang selalu sakit kepala atau migrain sebab baunya sangat wangi tak macam minyak lain. Bahan yang terkandung dalam produk ini juga tiada bahan kimia lebih selamat untuk digunakan!


Berminat untuk memilikinya? Boleh hubungi sekarang!

Cik Noradilah

013-298 6238 (Call, SMS, Whatapps)
Facebook klik SINI


Produk yang sesuai digunakan untuk semua. Cubalah sekarang! Kebaikan harus dikongsi bersama... Hebahkan pada rakan-rakan jika bermanfaat.


27 October 2013

Selamat Hari Lahir yang pertama Muhamad Harits Irfan


Assalammualaikum...

Genap setahun sudah adik sepupu Wani... ops, anak buah takde lagi yer... Ahaks. Ni adik sepupu yang Wani rapat sekarang. Hehehe. Biasalah, budak-budak ni Wani suka buli sikit. Hahahaha. Tapi kalau buli Muhamad Harits Irfan ni, memang suka gelak jela. Nangis takde pun. Haih. Geram betul tengok dia gelak jer. Nak jer bagi dia nangis. Kahkahkah jahatnya aku. Ok, lets go to the pictures. Biarlah gambar yang berbicara.. Chewah!




"Mama, Papa.... Apakah di depan Harits ni? Kompius ar..." - Harits




"Ini kek pelangilah Harits" - Mama
"Ooooo... Ni tak sabar nak potong kek ni.."- Harits

'Eh,kamera la... kena cover perut ni...Ahaks" - Papa


"Sabar wahai anakku..." - Papa
"Eh, kamera... Posing jap.. Ahaks.." - Mama




"Watchaaaaaaaaaaaa!!" - Harits
"Ala-ala anak Mama ni nak berkungfu dengan kek ye, sampai patah pisau kek tu" - Mama



Tadaaaaaaa! Sangat sedap okey... Tak tipu. Rasa macam ice cream. Dah 3kali Wani order. hihihi
Boleh tempah kat Nazeha CakeHouse




Brownies almond salted
...Boleh order kat Muza's Homemade Dsrt


 Cheese Tart pelbagai perisa... Order kat Muza's Homemade Dsrt





"We all pun nak posing gak.... Sama tak muka we all? Memey laaa.. adik beradik ma.. wakaka"

(sepupu Harits sebelah Papa Harits)


Sorry la, we all tak boleh terkinja-kinja kat sini. So, posing ayuuu! Muahahaha!



"Ingat mak orang tak boleh buat perangai bebudak ke? HAHAHA"
(Bersama adik bongsuku)



 "Mama dan Papa doakan Muhamad Harith Irfan, anak pertama papa dengan mama menjadi anak yang soleh, kuat, bijak, murah rezeki, selamat dunia akhirat dan bila besar nanti boleh jaga mama & papa. Amin"


P/S: Ehem, bila Harits nak dapat adik perempuan pulak ni......... kihkihkih :p Selamat Hari Lahir Harits Irfan!! Muuuuuuuuuuuuuaaaaaaaahh! Sebenarnya, rumah ni penuh dengan keluarga belah pakcik ni, tapi tak bergambar ramai-ramai pulak..hehehe.. terlambat sikit.. :p
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol