Angel Wing Heart

20 May 2011

Tengkorak Mona Lisa ditemui ????!!


TENGKORAK wanita yang dipercayai Mona Lisa ditemui di kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence baru-baru ini.




FLORENCE, Itali - Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa, lapor sebuah akhbar semalam.
Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa.



Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi.
Kubur itu dipercayai milik Lisa Gherardini Del Giocondo.

Wanita itu yang merupakan isteri seorang saudagar sutera yang kaya mati pada 1542.
Di Itali, Mona Lisa dikenali sebagai La Gioconda.
Beberapa pegawai berkata, tengkorak itu ditemui 1.52 meter di bawah lantai sebuah biara bersama tulang rusuk dan tulang belakang selepas kerja-kerja menggali dilakukan.

KUMPULAN wartawan dibawa melawat ke kawasan penggalian kubur seorang wanita

dipercayai Mona Lisa di biara St. Ursula, Florence, Itali kelmarin.
 
 
Kini para saintis akan menguji asid deosirikbonukleik (DNA) tulang itu dengan tulang dua kanak-kanak yang ditanam dekat kubur tersebut.

Jika saintis dapat mengesahkan tengkorak itu milik model tersebut, artis forensik akan cuba membina semula muka wanita berkenaan untuk dibandingkan dengan lukisan berusia 500 tahun yang dilukis oleh da Vinci.
Penemuan itu diharap dapat menyelesaikan misteri identiti wanita yang menjadi model untuk da Vinci melukis potret Mona Lisa. - Agensi

17 comments :

  1. kalau betul memang berjuta la harga die..

    ReplyDelete
  2. huish..memang superb. kaya habis la..hehehe

    ReplyDelete
  3. agak2 tengkorang tu senyum tk bile para arkeologi pandang ?
    kalau senyum tu , betul lahh gamaknye ;)

    jemput ke blog bayiberiman..

    http://bayiberiman.blogspot.com/2011/05/jangan-pakai-skirt-pendek-sbb-dosa.html

    ;)

    ReplyDelete
  4. Nanti jangan lupa entry terkini betul ke tengkorak itu milik Mona Lisa???

    ReplyDelete
  5. blogwalking!;)
    singgah baca n3!;)

    meh singgah blog fae :

    http://fzhjmldn.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. bayi beriman; hahaha..lawak tol.. xtau la tengkorak tu stay senyum mcm mona lisa ke x..ekeke ;p

    ReplyDelete
  7. zmah : owh..dah buat ke entry terbaru mengnai tgkorak mona lisa tu btl ke x?? masyuk.. mau tgk la ;)

    ReplyDelete
  8. mis fae ; ok2.. nanti wani singah balik..tq bw :)

    ReplyDelete
  9. mmg letak kt museum laa ni..

    jeles jgk kdg2..
    tengkorak pun leyh jadi femes sgt2..hahaha

    ReplyDelete
  10. eh? tengkorak mona lisa...kenapa mona lisa ni popular sangat ya?

    SyafzMagz.com

    ReplyDelete
  11. tak sabor nak tggu betol ke tu tengkorak mona Lisa - nanti buat entry yer ;)

    ReplyDelete
  12. ain ; jgn kata letak kat museum , ltak kat umah ain j blh.....sonang...hahhaha

    ReplyDelete
  13. syafzMagz: heheh...tau xpe..kerana potret dye yg misterius tu la...tgk je, senym2..tgk side lain , senyum2 lagi.ekekke

    ReplyDelete
  14. cik kacak : tau xpe..nanti ade berita pasal ni , wani post balik ok..tq singgah ^^

    ReplyDelete
  15. suka bace hal2 sejarah camni , noltagia. huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol