Angel Wing Heart

16 May 2011

Cikgu Karim , Kita pernah merajuk sama-sama. :') Cikgu Mazlan , Kaklong dah bolot semua Hadiah Hari Guru!



Assalammualaikum. Dah lama tak menaip berkaitan peribadi sendiri. Aku tahu korang nak tau sangat hal aku kaat dunia ni, kan, kan? Pasti teruja...Auuw.. HAHA. Ok, Kalau nak tengok entri best2 , Klik je kat atas yang Entri baru & List Entri aku ok. Pasti puas hati :)

Ehem , Dengan bertemakan hari guru ni , aku nak share dengan korang , yang aku pernah main merajuk-rajuk dgn guru lelaki. LELAKI ok . auuw.. Dalam fikiran korang , mesti korang rasa aku ni anak murid gatal . Bercintan dgn teacher sendiri. Bhahahaha. Oh, tak , tak. Aku anggap beliau macam ayah aku sendiri. Beliau sumber ilhamku ketika aku form 4 & 5. CIKGU KARIM , Tenaga Pengajar Unit MULTIMEDIA. Cikgu paling Superb ! Best ! Cikgu ni banyak beri tunjuk ajar kat aku . Terima Kasih Cikgu. :') 


 Cikgu karim & masa birthday party :p


Cikgu ,
Ingat tak lagi kita pernah bergaduh dan bermasam muka? Ala-ala merajuk gitu. HEHE
KIta bergaduh sebab apa ye? tak bersependapat ke apa tah .. Saya pun dah tak ingat.
Sampai cikgu taknak bawak saya pergi rombongan ke MSU ! 
Jahatnya cikgu !
Sedih saya tau... Sampai cikgu kat bilik kaunsling pelik..Kenapa lah tak bawak anak murid kesayangan ni..kekekkee..
Aku konon nya di anggap ANAK EMAS CIKGU KARIM . heee..SERONOK. 
Sampailah birthday aku , budak2 semua sambut birtday aku kat bilik multimedia. Izuwan suruh aku suapkan kek kat mulut cikgu.. (masa ni merajuk2 lagi , dua2 keras kepala) hihihi... 
Pastu , kitaorang dah berbaik semula.. Serius , aku tak ingat sebab apa kitaorang merajuk & bermasam muka. hehehe..
Best kalau cikgu LELAKI mengajar.. Bersemangat wooo... Dasar gatal.. Eh, Bukan gatal . Tapi kekuatan semangat yang berlainan jantina membuatkan aku lebih mesra gitu.. Bhahaha.. xD

Cikgu , aku dah tunaikan impianmu dan impianku.. untuk menjadi penyunting video/filem suatu hari nanti.. Tak sabar rasanya aku nak graduate cikgu !!!

Aku teringat lagi bila waktu hari guru ni, macam-macam hadiah aku bagi kat cikgu.. dari zaman sekolah rendah smpai sekolah menengah . Tapi..................... Aku tak pernah bagi AYAH aku hadiah hari Guru.. Ayah aku seorang guru sek. Rendah di batu 3 , Klang , Selangor. (KINI) macam2 sekolah dah mengajar... Serius , aku tak pernah bagi hadiah...hehehe.. teruk kan aku ni... KAHKAHKAH. 



aku dah kata , cikgu lelaki , murid perempuan suka... Bhahaha!

Ayah !!! Kaklong pun nak ucapkan Selamat hari Guru kat ayah !! sebab ajar anakmu ini di sek. Ren. Binjai Meru , Klang , Sel. Dahulu ! mesti ayah ingatkan?? hihihi.. Aku tak sangka aku dpt cikgu iaitu ayah aku sendiri ketika di sek . ren. dahulu.. dulu , ayah pernah ajar budak , maths , seni , komputer , kemahiran hidup . Ayah ajar aku kemahiran hidup dulu.. bengkel membengkel. kehkehkeh. Sekarang ayah dah naik pangkat ! Tak payah mengajar! :p



Korang tahu , aku tak pernah nak ngaku , aku anak cikgu Mazlan masa aku kecik2 dulu..HAHAHA.. aku ni malas nak beritahu orang yang aku anak cikgu.. taknak jadi pembuli..WAKAKKAA..

Best jugak dapat jadi anak cikgu , tiap2 tahun aku balun hadiah hari guru dari ayah aku...kehkehkeh... :p


Sebelum ayah aku kahwin , ayah aku dapat pendidikan di maktab dan mengajar di SARAWAK ! Pendalaman. (KRUSEN , Tebedu ) 80-an .Aku rasa , ayah aku hebat ! Sebab sanggup pergi sana dan ajar anak-anak pendalaman. Sampai ayah aku balik Selangor, ayah aku still cakap orang sarawak... Kehkehkeh... Mak aku pun tak faham. ;D... Then , lama-lama , dah hilanglah longhat sarawak tu... 






 
KINI
Ayah , and Cikgu karim , Kau sangat HEBAT di mata ku.. TERIMA KASIH CIKGU .....:))


P/S : Aku pernah kena lempang dengan cikgu sek ren. .. Nakal tak aku ? Bhahahahahha... Sampai sekarang ingat wooo....Sadis. :(

No comments :

Post a Comment

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol