Angel Wing Heart

01 July 2020

Tahun terakhir berusia 20-an.




Tahun ini, tahun terakhir umur 20-an.

Masa umur 20-an ini lah banyak mengajar aku erti kehidupan. Dapat habiskan pelajaran. Dapat pengalaman & ragam kerja dalam pelbagai bidang. Dapat kenal dunia luar. Pernah patah hati sebab cinta juga. Dan akhirnya Allah temukan jodoh yang baik² untuk aku, insyaAllah hingga akhir hayat ♥️ 


2010 vs 2020 kikikiki


Masa umur 20-an ini lah aku bergelar isteri, bergelar mummy anak satu. Masa umur inilah aku belajar jatuh bangun hidup, kerjaya, ekonomi, keluarga 🥰 Sekarang, tiada lagi nak dikejar untuk kepuasan hidup. Fokus hidup pada anak, suami, keluarga & agama.

Kek Rainbow beli dengan Nazeha 

Selangkah lagi nak ke 30-an. Semoga akan datang memberi lagi ketenangan, kebahagian, kesihatan, rezeki & keimanan yang baik².

Selamat Hari Lahir ke 29 tahun buat diriku 🌹

30 June 1991. 😍


Alhamdullilah.
Syazwani Mazlan.


P/S: Terima Kasih suami buat suprise & hadiah ni. Katanya aku tak pernah dapat bunga dari dia hehehe. Semoga murah rezeki sebab dah bunga² kan hati bini 🤭🤣😝 Mana tahu dapat jadi Manager FE. Aminnnn...hihihi.




Makan-makan dengan my little family. Semasa PKPP ni... SOP jangan lupa yaaa...
#kitapastimenang #covid19





No comments :

Post a Comment

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol