Angel Wing Heart

11 January 2012

Sudah ada lesen memandu kereta automatik?

Assalammualaikum. Hye readers! Negara kita akan bakal membuat satu latihan hanya untuk mereka yang ingin mengambil lesen kereta automatik! Dilancarkan pada bulan Mei 2012 ini. Jika korang mengambil lesen manual, secara automatik boleh memandu kereta manual dan automatik. Kalau korang yang ambil lesen kereta automatik sahaja, bermakna manual, korang tidak dibenarkan memandu. Faham sudah? Huhu. Better naik kereta manual. sebab senang je.Kereta Auto, aku tak reti bawak. kalau motor auto, aku reti bawak, motor manual pulak tak boleh. sangat pelik aku ni. hahaha! ;p



WALAUPUN opsyen transmisi automatik bakal memudahkan calon lulus ujian memandu, lesen mereka kelak hanya terhad untuk memandu kenderaan transmisi yang sama sahaja. 

Baca lanjut di bawah :
IPOH - Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.

Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.

"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.

Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.

"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual. 

"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya. - KOSMO

P/S : Nak ambil lesen kereta tu, fikir masak2 ye..aku dah lega...3 kali renew lesen kereta&motor.hikhikhik..byebyeyumm! :)

2 comments :

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol