FILEM KERAMAT DI PAWAGAM 12 JAN 2012 
‘Apabila Keramat dibuka…Nyawa galang gantinya…’
PENGARAH : AZHARI MOHD ZAIN
Sinopsis
Di tahun  1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan  Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang  kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang  merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama  ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu  peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek  cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.
Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?

No comments :
Post a Comment
Terima Kasih sudi membaca entri ini =)