Angel Wing Heart

15 March 2011

Pembebasan Nuklear di udara. Berhati-hati .



Jepun kini berhadapan krisis nuklear apabila reaktor 1 loji nuklear Daiichi Fukushima, yang terletak kira-kira 250 kilometer (km) di utara Tokyo, meletup sebelum reaktor tiga loji nuklear yang sama mengalami kegagalan pada sistem penyejukannya sehari kemudian, susulan gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang melanda negara itu. Keadaan itu menyebabkan operator loji nuklear, Tokyo Electric Powers Co's (TEPCO) terpaksa menggunakan air laut menyejukkan reaktor kerana kegagalan berbuat demikian menyebabkan kemungkinan teras nuklear itu melebur atau meletup yang boleh menyebabkan pencemaran debu radioaktif merebak ke negara lain seperti berlaku di Chernobyl, Ukraine. Dr Shahidan berkata, kemungkinan pencemaran radioaktif berlaku apabila letupan yang tercetus melebihi 800 meter ke atmosfera dan akan dibawa angin ke udara.

Kesan radioaktif daripada loji nuklear Daiichi Fukushima yang mengalami kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu akan turut merebak ke negara ini.


Jika tanda amaran kehadiran bahan radioaktif sudah dikeluarkan, orang ramai akan diminta berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar bagi tempoh masa tertentu. Bagaimanapun, katanya, agak mustahil kesan pencemaran radiasi di negara itu boleh merebak pada jarak yang jauh selain faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun, sekali gus menyukarkan pencemaran merebak.

Berbeza dengan Eropah, purata hujan yang sangat minimum menyebabkan pencemaran radiasi boleh merebak dengan cepat dan kita bernasib baik kerana dikurniakan hujan yang cukup banyak.

Selagi tidak ada letupan besar berlaku dan disebarkan ke atmosfera, peluang pencemaran merebak ke negara lain juga tipis dan kerajaan Jepun pasti mengambil tindakan susulan sewajarnya bagi memastikan keselamatan kawasan berdekatan.

Manakala , Kementerian Kesihatan akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemantauan rapi terhadap makanan dan produk berasaskan makanan yang diimport dari Jepun, berikutan letupan loji nuklear di negara itu.

Pada tahun 2010 Malaysia dilaporkan mengimport lebih 48,000 metrik tan makanan dan produk berasaskan makanan, seperti ikan, buah, bijirin dan daging dari Jepun.

P/S : Berharap semua penduduk Malaysia selamat daripada bahaya nuklear ini..amin...

Metro Online ; Usah Bimbang , Makanan import

6 comments :

  1. agak2 Malaysia ni dah cukup jaoh tak? nseb baik lately ni selalu hujan.. papepun, kite berdoa supaya tak ade benda buruk berlaku ;)

    ReplyDelete
  2. @Khumaera Ismail aka Habibi Hamidmudah-mudahan kita terselamat dr bahaya nuklear tu...amin..

    ReplyDelete
  3. @nadira shahid wallahualam....tak tau la..tapi melalui udara pun boleh sampai..takut kan?? bahaya nuklear ni..mintak dijauhkan..amin...

    ReplyDelete
  4. semoga kejadian ini memberi satu peringatan kepada kerajaan Malaysia untuk membatalkan hasrat membina loji nuklear di Malaysia..

    Gempa dan Tsunami Di Jepun : Khabar Angin Letusan Reaktor Nuklear

    ReplyDelete
  5. @eastbullet btl tu,,,,malaysia xperlu bina loji nuklear..amat bahaya,,lagi2 waktu skg ni..:(

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol