Assalammualaikum..
Perasan ? aku menaip blog aku ni , untuk benda yang unik , peristiwa yang berlaku dan kejadian-kejadian pelik yang kita sendiri tak tahu benda ni betul atau tak sebenarnya...
Kali ni , aku nak cerita balik kisah tahun 1992 , masa tu aku umur 2tahun.. hihhii... tak tahu apa-apa..tapi ayah aku pernah cerita.. Lagipun aku mmg duduk klang...kalau tak tahu apa gunanya duduk sini..miahahahaha...
Pada 26 Julai 1992 berlaku satu kejadian aneh di sekolah agama tinggi klang. 200 pelajar & disaksikan oleh guru mereka sendiri mendakwa melihat 26 objek aneh secara tiba-tiba muncul di langit. ( 4 jam bermula 11.30 mlm)
Kejadian aneh itu mula meninggalkan kesan psikologi yang mendalam terhadap kumpulan pelajar berkenaan. Mereka ketakutan sehingga tiada lagi selera makan, asyik menangis dan beribadat dengan membaca al-Quran, berpuasa dan solat.
Perasan ? aku menaip blog aku ni , untuk benda yang unik , peristiwa yang berlaku dan kejadian-kejadian pelik yang kita sendiri tak tahu benda ni betul atau tak sebenarnya...
Kali ni , aku nak cerita balik kisah tahun 1992 , masa tu aku umur 2tahun.. hihhii... tak tahu apa-apa..tapi ayah aku pernah cerita.. Lagipun aku mmg duduk klang...kalau tak tahu apa gunanya duduk sini..miahahahaha...
Pada 26 Julai 1992 berlaku satu kejadian aneh di sekolah agama tinggi klang. 200 pelajar & disaksikan oleh guru mereka sendiri mendakwa melihat 26 objek aneh secara tiba-tiba muncul di langit. ( 4 jam bermula 11.30 mlm)
Objek tersebut adalah gambaran 26 imej yang telah menggemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai reaksi , spekulasi dan teori yang telah dibentangkan.
Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan . Pada mulanya mereka mengesahkan kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi terbabit. Pihak JAIS juga mengumumkan hal ini di sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.
Objek yang muncul di dada langit itu adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing, batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata warna merah (seperti orang ketika marah), lidah panjang, lidah dipotong dan disambung semula (ditayangkan tiga kali).
Rambut perempuan yang sedang berlari ditarik, sayap burung berkibar, perempuan berwajah bab*, kala jengking, dua orang bergaduh kemudian bersalaman, lelaki berserban sujud ke arah Kaabah dan yang lain membelakangi Kaabah dan sujud ke arah belakang Kaabah.
Peta Malaysia terbalik, Singapura terletak sebelah atas, botol arak, salib bertukar menjadi kubah, ayam, seekor ikan, peta negara Arab, mayat berkapan, burung, orang berdoa dan tangan ingin mencapai sesuatu tetapi gagal dan di tapak tangannya ada tanda bulat.
Kejadian aneh itu mula meninggalkan kesan psikologi yang mendalam terhadap kumpulan pelajar berkenaan. Mereka ketakutan sehingga tiada lagi selera makan, asyik menangis dan beribadat dengan membaca al-Quran, berpuasa dan solat.
Ekoran berita ini , pelbagai pihak telah mengambil kesempatan . Gambar-gambar objek mula dijual, ada yang menganggap Klang akan tenggelam dilanda banjir. kemudian ada satu kumpulan membuat kutipan derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai juga yang terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu daripada 3 buah kapal berkenaan.
Kawan ayah aku pernah menderma... tapi ayah aku tak percaya langsung dengan ramalan banjir ni...
Oleh kerana itu , pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam , Jabatan Perdana Menteri ( BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Akhirnya mereka mengumumkan bahawa kejadian objek dilangit hanya satu penipuan....
Benar atau tidak, kejadian ini tetap menjadi satu misteri...
Namun kita tidak seharusnya lupa dengan kebesaran ALLAH.....
menarik..xpena tau pun..time tu aku umur 3 tahun huhu...
ReplyDelete@Farhan Sawibihehehe..patot tau ni...kisah ni jd misteri shingga skg...siap masuk paper dulu tau...pngajaran ..
ReplyDeleteSaya ingin berkongsi kisah yang sama. Ianya berlaku juga di Kuala Pilah ketika itu sekitar pukul 11-12 malam. Pada pukul 10 lebih, malam baru balik kelas (asrama penuh) bulan kelihatan merah menyala, bagaikan terbakar. Dan kejadian yang dilihat amat menginsafkan. Cuma sekiranya difikirkan semula, bagaimana pemancaran laser boleh menjadikan kesemua objek itu. Ianya terbentuk dari kepulan awan yang bergerak dengan sendiri dan perlahan.Subhanallah.
ReplyDeletekejadian tu mmg bnar2 berlaku.sy sdiri yg menyaksikannya ktika tahun 1991.masa tu di ting 2 diasrama felda kuantan.smua imej2 tu kami lihat.x mngkin pncaran laser sbb awan bergerak perlahan2 memmbtuk imej tu.smpai skrg x dpt lupakan walaupun dh 23 thn berlalu...
Deletesy sndiri yg mengalaminya ktika ting 2 thn 1991 di asrma felda kuantan.x mngkin pncaran laser sbb awan tu bergerak sndiri perlahan2 mmbntuk imej2 tu..itulah kebesaran ALLAH..smpai skrg masih lg igt peristiwa tu wlpun dh 23 thn berlalu..
Deletesebenarnya peristiwa tersebut juga disaksikan oleh saya sendiri, tahun 1992 saya baru darjah 2 (8 tahun), masa tuh petang saya sedang bermain di padang sekolah agama SMKA Sheikh haji othman abdul wahab kuching, saya masih ingat saya dengan kawan2 masa tu berlari balik ke rumah dan memaklumkan kepada orang tua....sama2 kami menyaksikannya sehingga masuk maghrib..tahu2 esok keluar berita....
ReplyDeletekejadian ini berlaku masa saya umur 10 tahun.saya tahu pon dari abah saya apabila dia baca paper.kejadian itu membuatkan saya benar2 takut dan kesannya saya start menunaikan solat 5 waktu pada umur tersebut.
ReplyDeletekejadian ini bnr2 blaku. dpt juga di lihat blaku di daerah lundu, swak. ada saksi ... imej pertama yg muncul ialah kalimah Allah. di ikuti penampakan imej2 lain. kemudian langit btukar warna merah .. subhanallah. perkara ini mmg bnr2 blaku ........
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSekitar Mei tahun 1986, kira-kira jam 4.15 petang ketika saya sekeluarga dan jiran-jiran sedang mengangkat barang-barang kerana berpindah rumah kediaman, satu peristiwa menakjubkan berlaku di depan mata saya dan disaksikan salah seorang jiran iaitu Cikgu Mahad, seorang ustaz mengajar di sekolah Seri Makmur Tangkak, Johor.
Cuaca pada petang itu adalah agak redup dan mendung seperti hendak hujan. Tiba-tiba saya disinari oleh cahaya matahari petang yang menembusi dari celah-celah awan mendung yang tebal tadi, umpama seseorang menyuluh lampu picit ke arah muka kita di malam hari.
Secara spontan, saya pun menoleh ke arah cahaya tersebut dan alangkah terkejut serta tergamam kerana celahan atau rekahan awan yang mendung itu telah bergerak perlahan-lahan membentuk tulisan kalimah ALLAH dalam tulisan jawi iaitu Alif-Lam-Lam-Ha selama lebih kurang 15 saat dan seterusnya membentuk tulisan kalimah MUHAMMAD dalam tulisan jawi iaitu Mim-Ha-Mim-Dal juga selama lebih kurang 15 saat dan akhirnya awan tersebut terhurai.
Alangkah kagum saya ketika itu kerana melihat pembentukkan kalimah ALLAH dan diikuti kalimah MUHAMMAD yang bersinar-sinar (kerana cahaya matahari yang menembusi dari sebalik awan tersebut) umpama kedua-dua tulisan tersebut terbentuk daripada nur cahaya yang suci serta bersinar-sinar. Allah Maha Besar! Dia Maha Berkuasa atas segalanya dan menunjukkan kekuasaanNya kepada hamba-2Nya apa jua kejadian.
Usai penghuraian awan tersebut, saya dan ustaz tersebut saling berpandangan sesama sendiri dan tersenyum kerana menyedari hanya kami berdua sahaja berada di tempat yang sama sempat menyaksikan kejadian tersebut. Manakala jiran-jiran lain tidak menyedarinya. Sudah tentu ketika itu belum ada teknologi moden yang mampu mengawal pembentukan awan tersebut kecuali kuasa Allah swt. Tuhan seru sekalian alam ini!.. Masya Allah!! Indahnya!!
dalam ceramah ustaz shukri harun ada menjelaskan hasil kajian ulama mengenai kemunculan komet helly 1986 dan kaitannya dgn imam al mahdi.
Deletesaya dengan mata sendiri menyaksikan peristiwa ini bersama ramai lagi pelajar asrama pada tahun 1992 di SMKAA Arau Perlis..ketika itu saya di tingkatan 6 atas...mana mungkin ada manusia yg mewujudkan suasana tersebut kerana setiap objek yang muncul adalah daripada gumpalan awan dan langit yang dikepung oleh awan membentuk objek...subhanallah masih tidak dapat dilupakan
ReplyDeleteArtikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.
ReplyDelete.