Angel Wing Heart
Showing posts with label objek. Show all posts
Showing posts with label objek. Show all posts

06 April 2011

Misteri Besi dari Langit !


KLANG: “Sehingga sekarang saya tak tahu apa objek ini. Saya cuba bertanya kawan-kawan, tetapi mereka juga buntu dan membuat andaian masing-masing,” kata Mokhtari Ahmad, 67, menceritakan objek misteri seakan-akan besi yang didakwa ‘jatuh dari langit’ menembusi bumbung rumahnya di Kampung Bukit Kapar, Meru, dekat sini, Ahad lalu.
Mokhtari ketika ditemui di rumahnya semalam berkata, objek berbentuk bulat, berat kira-kira 300 gram dan panjang hampir 20 sentimeter itu jatuh ke dalam rumahnya kira-kira jam 6.30 petang.

“Ia jatuh betul-betul di depan saya. Jika berjalan beberapa langkah ke depan sebelum itu, pasti objek misteri ini tepat mengenai kepala saya.
“Selepas jatuh ia mengeluarkan asap tetapi saya tak berani pegang kerana panas,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, objek misteri itu mengambil masa hampir setengah jam sebelum boleh dipegang dan Mokhtari kemudian membalutnya menggunakan akhbar lama.

Menceritakan lanjut kejadian misteri itu, Mokhtari berkata, ketika itu dia baru pulang ke rumah dari bersiar-siar bersama keluarga di Shah Alam dan ketika kejadian cuaca mendung.
“Ini kejadian pertama berlaku ke atas rumah saya, malah di kampung ini dan sehingga kini ia masih menjadi tanda tanya.

“Ia juga tidak mengeluarkan bau, cuma bila dipegang terdapat kesan terbakar,” katanya.

Dia mendakwa, selepas solat Maghrib di surau, dia memberitahu perkara itu kepada rakan dan mereka tidak tahu menahu objek apa yang jatuh dari langit itu.

“Pagi keesokannya saya membawanya ke Batu 8, di sini dan tunjukkan kepada kawan-kawan dan mereka hanya menggeleng kepala.

“Saya berhasrat untuk menyimpan objek ini kerana ia jatuh secara misteri,” katanya.



Ok, bukan kat tempat aku lah yeekk... tak pernah lagi aku jumpa benda-benda pelik ni.... tapi aku harap aku taknak pun jumpa benda yg pelik-pelik...heeee.... :p Korang fikirkan lah betul ke ada benda jatuh dari langit ? Macam hujan ais yang dulu pernah berlaku kat Malaysia. Takpe.. Nanti entri akan datang , aku try cari info ni.. 


 Nak coklat free tak ? Sini

14 March 2011

Objek Aneh di langit tahun 1992- Klang

Assalammualaikum..

Perasan ? aku menaip blog aku ni , untuk benda yang unik , peristiwa yang berlaku dan kejadian-kejadian pelik yang kita sendiri tak tahu benda ni betul atau tak sebenarnya...

Kali ni , aku nak cerita balik kisah tahun 1992 , masa tu aku umur 2tahun.. hihhii... tak tahu apa-apa..tapi ayah aku pernah cerita.. Lagipun aku mmg duduk klang...kalau tak tahu apa gunanya duduk sini..miahahahaha...



Pada 26 Julai 1992 berlaku satu kejadian aneh di sekolah agama tinggi klang. 200 pelajar & disaksikan oleh guru mereka sendiri mendakwa melihat 26 objek aneh secara tiba-tiba muncul di langit. ( 4 jam bermula 11.30 mlm)
Objek tersebut adalah gambaran 26 imej yang telah menggemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai reaksi , spekulasi dan teori yang telah dibentangkan.
Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan . Pada mulanya mereka mengesahkan kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi terbabit. Pihak JAIS juga mengumumkan hal ini di sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.







Objek yang muncul di dada langit itu adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing, batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata warna merah (seperti orang ketika marah), lidah panjang, lidah dipotong dan disambung semula (ditayangkan tiga kali).

Rambut perempuan yang sedang berlari ditarik, sayap burung berkibar, perempuan berwajah bab*, kala jengking, dua orang bergaduh kemudian bersalaman, lelaki berserban sujud ke arah Kaabah dan yang lain membelakangi Kaabah dan sujud ke arah belakang Kaabah.

Peta Malaysia terbalik, Singapura terletak sebelah atas, botol arak, salib bertukar menjadi kubah, ayam, seekor ikan, peta negara Arab, mayat berkapan, burung, orang berdoa dan tangan ingin mencapai sesuatu tetapi gagal dan di tapak tangannya ada tanda bulat.





Kejadian aneh itu mula meninggalkan kesan psikologi yang mendalam terhadap kumpulan pelajar berkenaan. Mereka ketakutan sehingga tiada lagi selera makan, asyik menangis dan beribadat dengan membaca al-Quran, berpuasa dan solat.
Ekoran berita ini , pelbagai pihak telah mengambil kesempatan . Gambar-gambar objek mula dijual, ada yang menganggap Klang akan tenggelam dilanda banjir. kemudian ada satu kumpulan membuat kutipan derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai juga yang terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu daripada 3 buah kapal berkenaan.


Kawan ayah aku pernah menderma... tapi ayah aku tak percaya langsung dengan ramalan banjir ni...


Oleh kerana itu , pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam , Jabatan Perdana Menteri ( BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Akhirnya mereka mengumumkan bahawa kejadian objek dilangit hanya satu penipuan....

Benar atau tidak, kejadian ini tetap menjadi satu misteri...
Namun kita tidak seharusnya lupa dengan kebesaran ALLAH.....
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol