Angel Wing Heart
Showing posts with label toturial. Show all posts
Showing posts with label toturial. Show all posts

03 April 2011

Anonymous , aku pasti dapat jejak kau !


Anon , oh anon ! Kau nak lari mana lagi hah ?! HAHAHA ... Sekarang , aku pulak yg akan jejak kau ! Kita boleh main kejar-kejar macam cerita HINDUSTAN tuh ! Kan romantikkkkkk... KAHKAHKAH . 

Assalammualaikum & salam sejahtera semua readers . Macamana ? Ada yang diganggu oleh si Anon ? Dalam entri ni , aku nak share dengan korang macamana kita nak jejak balik si anon ngok ngek ni.. hehe.. Bagi anon yg melampau lah bagi comment-comment tak sepatutnya tu. Kalau si anon yg baik hati , tak payah lah nak jejak Kasih pulak kan. hihihi. 


Dengan adanya widget ni , kita boleh kesan IP ADDERSS mereka & tahu lah siapa yang bagi comments dalam entri kita ... Senang jee.... korang hanya signup StatCounter dan letakkan code (widget) yg diberi . Boleh pilih nak visible atau invisible. FREE JE....aku tau semua mesti nak yg free je kan ?? :P

Jom kita tengok cara nak join :

 

STEP 1 - REGISTER
(masukkan data-data korang . Macam biasa signup tu)
(Kalau nak install code tu , pilih yg HTML if nak letak sendiri dalam blog korang , ok)

 

Selepas register , (pastikan dah letak widget ni dalam blog anda!)
Nak tengok si Anon , Klik > My Project > "real time stats"
 

klik recent Visitor's Activity
( nak tengok IP ADDRES si anon )


 Visitors Path


Recent Pageload Activity


Lookup IP ADDERSS - boleh enter IP mereka


Recent Visitor Map - lihat dari Map pun boleh :)

Yang lain-lain , korang godek-godeklah ... :) Buat masa ni , tak adalah si Anon nak ngacau aku. Mungkin sebab aku tak femes kot ? KAHKAHKAH . 

JEJAK ANON SINI !


SEMOGA BERJAYA JEJAK KASIHAN ... hehehee

P/S : Bagi yang telah join my contest tempoh hari ( pets paling comel ) , keputusan akan diumumkan pada hari (AHAD) - 3 APRIL 2011 ( Malam ) . Nantikannyaaaaaa............... :)

01 April 2011

Lubuk duit ! benda macamni takkan korang tak nak kan? FREE , macam churp-churp jugak.

Assalammualaikum dan salam sejahtera . Ada satu benda yang aku nak share dengan anda . Selain dari chrup-churp , ada satu lagi website yang boleh buat duit tanpa jejaskan nuffnang anda . Serious . Macam Chrup2 jugak , setiap klik akan dapat duit . Wah , sangat mudah ! Sign in guna Facebook saja pun dah boleh. 

Jom kita lihat macamana nak sign up benda ni . Tak rugi . Free dan hanya dengan usaha anda sendiri , boleh dapat duit . :)



 PERKENALKAN SAYS.my salah satu cara juga untuk mendapatkan duit !



Step 1 : Sign in mengunakan FB . Kalau tak ada FB pun , boleh sign up juga.

Akan keluar tabs ini , Klik New USER . Jika dah berdaftar dengan YOUTHSAYS.my, tidak perlu Klik New User tersebut tetapi Klik Existing USER .


Pilih salah satu katagori untuk Campaign , after that > submit ok.

 

Invite rakan-rakan anda untuk join SAYS.MY ni . Mudah je . Anda boleh pilih FB , TWITTER , EMAIL

Ok , untuk promot campaign anda pula , ikut step seperti di bawah ni kalau anda sangat malas nak explore. hihihi :p

 

Klik Rewards atau Daily Deals

 

Pilih lah mana-mana campaign yang anda minat 


 

Klik SHARE THIS NOW untuk campaign yang telah anda pilih .

 

Akan keluar tabs ni > TICK ' I understand......' dan KLIK SHARE THIS CAMPAIGN
yang ni adalah rules untuk mempromotkan campaign .



Pilih mana-mana tempat untuk dipromotkan ads anda tu !! mudah je . macam churp-churp jugak  :)

Senang kan ? Tanpa ada blog pun boleh masuk. Cubalah . Pasti sedap menjilat kaki jari . hihihi 



NAK SIGN UP SAYS.my ni , boleh klik sini :)



Nak masuk paper tak ? SINI

Cara mudah nak dapat IPAD ! SINI

04 March 2011

Tips Untuk Bloggers dari aku sendiri :)

Assalammualaikum & Salam sejahtera :) .


Kali ni Wani nak bagi TIPS untuk semua blogger TUA BARU tak kira lah dah lama melebur mencebur diri dalam dunia blogging :)

  1. LETAKKAN CHATBOX @ SHOUTMIX

Shoutmix / Cbox amat penting untuk blogger. Dari situ blogger yang lawat ke blog anda boleh meninggalkan jejak (link) mereka di situ . Sini website utk chatbox : SHOUTMIX & CBOX








PILIH MANA yg berkenan ye :)




2. Paling penting , masa nak comment entri anda , mesti keluar verification kan ?








Walaupun fungsi Word Verification dapat menghalang spam bot dan spam comments , benda ni sangat menyusahkan blogger yang lain untuk komen entri anda . Ini boleh mematikan semangat blogger yang datang berasa malas untuk komen entri anda.

>> Cara mematikan Verification ini :





** Pergi ke SETTINGS > COMMENTs >


SHOW WORD VERIFICATION FOR COMMENTS? > TICK (NO)

Jangan close settings ni dulu , selain tu , ubah juga yang di bawah ini :

** Comment Form Placement > TICK (Pop-Up Window)


Fungsi - Keluar window comment tanpa lari dari blog anda


** Comment Medoration > TICK ( Always )


Fungsi - Setiap comment yang datang perlu di approve oleh anda dahulu
(untuk elak daripada SPAM)




Kemudian ; SAVE SETTINGS !



3. JANGAN letak terlalu banyak widgets di blog anda


Widgets seperti Jam , cartoon , gambar yang terlalu banyak & sebagainya . Ini sangat penting sebab , kalau anda letak juga widget ni , boleh menyebabkan blog anda semakin berat & loading terlalu lambat. Bloggers juga mesti tidak larat nak tunggu blog anda dibuka & tidak akan datang lagi ke blog anda . Ok , kalau nak tahu berat blog anda berapa , jom test !








** Jika Blog anda 100 KB ke atas , Blog anda dikategorikan BERAT! **




4. BERINTERAKSI DGN PARA BLOGGERS .


Selalu lah tegur menegur antara bloggers yang lain untuk memberitahu kpd umum , blog anda itu WUJUD ! Jgn terlalu sombong diri sampai comment tak terbalas & sebagainya. Kalau Busy sangat , boleh juga anda letakkan comment di situ seperti




" Maaf ye , saya agak sibuk minggu ni , nanti saya akan balas balik comment korang semua ^^ "



- Macam ni kan lebih elok & manis ? :)


Selain tu , kalau anda melawat ke blog bloggers yg lain (blogwalking), jangan lupa tinggalkan jejak link blog anda di Shoutmix @ ShoutBox @ comment sahaja di entri mereka kalau tiada Shout tersebut . Dengan cara ni , bloggers tersebut pasti datang menjenguk blog anda semula :)


- Kalau tak buat , susahlah anda nak dikenali kan? :)


5. Join Komuniti yang sedia ada .



Anda juga boleh join komuniti yang sedia ada di Facebook mahupun di website yang lain. Cara ini dapat promote kan diri anda & blog :)

Ini di antara komuniti yang Wani join :) Anda boleh join juga ok .








6. Jangan Paksa Blogger untuk FOLLOW anda .





" I FOLLOW U , U FOLLOW ME "




Ayat di atas ni dah tak sesuai lagi untuk dibuat ok ? Jangan Paksa blogger. Boleh buat blogger lain menyampah dengan anda ok ? Biar mereka sendiri yang nilaikan blog anda & follow anda.

Kalau nak juga blogger follow anda , apa kata anda buat ayat manis siket ? macam ni :




"Jenguk & follow blog awak . Kalau Sudi , follow lah blog saya :)"




Ayat macam ni kan lebih baik ? Sejuk hati si blogger yang membacanya . Mana tau dia nak follow blog anda ? :)



7. Letakkan IKLAN NUFFNANG , CHURP-CHURP , ATAU HEARTBEAT di blog anda.


Sambil menjadi hobi sebagai blogger , apa kata anda kaut keuntungan sedikit dalam dunia blogger ni ? Setiap kali ada bloggers yang sudi 'menderma' , mereka akan klik iklan tersebut . Senangkan?




Boleh daftar di sini >> NUFFNANG , CHURP-CHURP , HEARTBEAT



Di website tu ada cara-cara nak pasang iklan . Good Luck ! :)



8. Jangan letak MUSIC yang tiada button Pause/Stop .



Kepada bloggers baru , sila jangan letak music seperti di atas ye. Sebabnya , Kebanyakkan bloggers yang blogwalking blog orang lain , mesti diaorang nak buat new tab banyak-banyak kan? Cuba anda bayangkan kalau bloggers tersebut dah buka 2-5 tab blog , tengah bloggers tu sedap-sedap dengar lagu nasyid , tiba-tiba pulak keluar lagu versi mental metal . Tak ke sakit jantung budak tu dengar? Tak semestinya bloggers ni suka dengan lagu yang kita pasang.


Kalau nak juga letak , apa kata guna yang ni ? Music Dumper. Siap ada button PAUSE & STOP lagi :) Cari lagu anda di situ ok?






9. KEMASKAN BLOG anda .


Kalau boleh jangan letak terlalu kecil tulisan atau warna tulisan yang tidak boleh dibaca & tidak nampak tulisannya akibat warna yang tidak kontra. Sedih kalau nak baca pun susah. :( Kemas blog anda . Jangan terlalu serabut sangat. & kalau nak ubah template / layout boleh search kat google tak pun belajar dari sini :






10. RAJIN BUAT CONTEST & GIVEAWAY

Kalau anda ada duit lebih , apa kata anda buat contest dgn syarat-syarat contest yang tidak keterlaluan sangat ? Buat lah macam 'Blog tercantik , terkemas , header cantik , gambar comel dan lain-lain lagi' tapi... jangan lupa promot contest anda tu di komuniti atau Shoutbox bloggers.Tak pasal-pasal menyepi je contest kamu tu. hihihi :D Dengan cara ni , boleh naikkan trafik di blog anda . :)


Ini sahaja TIPS untuk bloggers kali ni :) Wani buat entri ni sebab ada kawan yang tanya .


GOOD LUCK !





P/S :

JANGAN COPY ENTRI WANI
NI YE ..


KALAU NAK JUGA , KREDITKAN NAMA WANI BERSAMA LINK BLOG WANI .


TQ ^^

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol