Angel Wing Heart

20 May 2013

Pengalaman temuduga SPA dan MIG

Assalammualaikum.


Entri kali ni aku nak cerita dengan bloggers/readers semua yang aku ada menghadiri temuduga MIG. Ala, company David Teo tu. Dengan erti kata lain, Metrowealth. Masa tu kawan baik aku Noradila yang beritahu aku ada jawatan kosong dalam MIG ni di Instagram. Aku cam takde keyakinan pula memula tu. So, aku tak apply lagilah. Kemudian sebulan lebih camtu rasanya, aku usha-usha instagram lagi. Terjumpalah picture post dari David Teo. Mengenai iklan jawatan kosong. Ini kali kedua iklan yang diumumkan ni. Ada 4 jawatan kosong yang beliau cari ni. Pertama Visual Editor , Kedua Motion Graphic , Ketiga Graphic Designer , Keempat Pegawai Perhubungan Awam. So aku apply lah jawatan yang pertama memandangkan aku ada Diploma Video dan Pengajian Filem. Mana tau ada rezeki kan. Hantarlah resume aku via emel. Dalam masa seminggu camtu la, Admin MIG call aku, minta datang inteview. Fuhh, masa tu dupdadupdap jugaklah ni sebab pergi temuduga company megah kan... hehehe.. Aku pun readylah apa yang patut. Pakai blouse je masa tu, ikutlah company tu macamana kan.. Pakai baju kurung lagi better. Aku pergi sana seorang diri je... tempat tu bf aku yang tunjukkan jalan. ngeh ngeh. Sampai sana, dalam 6 orang je datang interview. Aku rasa, ni shortlist ni. Aku pun isi borang apa yang patut kat situ. Pukul 3 petang aku interview. Tapi.... interviewnya lama jugak... setiap seorang aku jangkakan setengah jam. Fuhh. Penat jugaklah aku menunggu. Tapi takpe, nak cari rezeki kan, kenalah sabar.


So, aku ada lah jugak sembang-sembang dengan seorang kakak ni, dia degree. Minta jawatan bahagian grafik. Lepas dia keluar interview, tanya-tanya dialah jugak apa yang kena. Owh, pihak diaorang tanya benda-benda basic je. Lega lah sikit aku. hehehe. Masuk je bilik temuduga, fuhhh... ini first time aku kena temuduga dengan 5 orang penemuduga. Wawawawa.. Bedal jela, lupakan je semua gemuruh tu, yang penting aku usaha, aku jawab.


Keluar dari bilik, fuhh lega yang amat. Kau nak menjerit ke, melompat ke, buat jela. Yang best aku jumpa jugak Pierre Andre dengan Farid Kamil, aku takdelah teruja sangat pun dengan retis-retis ni, cuma pandang lelama je. wakakakaka. Masa tu diaorang tgh shooting. Tapi takdelah sampai aku nak ambil gambar sesama ke apa.. oh oh, tu bukan akulah...hahahhaa. Admin kat sini sporting-sporting, memang peramah lah. Sampai aku keluar bilik interview, iring aku sampai aku keluar dari pintu company ni. Ucap terima kasih, bagi senyuman manis. Fuhh. Memang tabiklah dengan company David Teo ni. Perilaku bagus.

Seminggu lepas tu, pihak MIG ada call aku, tapi aku tak sempat nak jawab, handphone tak dengar lah pulak. Aku agak, aku dapat job tu... Tapi aku tak re call balik sebab aku tolak . Aku tak berkenan dengan masa bekerja dia. Memang aku akui kerja editing ni sampai lewat malam, tidur opis semua. itu aku tak kisah la sangat. Sabtu pun kerja jugak.. tu takde hal untuk aku yang bujang ni. Tapi masa nak cuti umum macam raya tu yang aku payah sikit. Uwaa, taknaklah aku beraya kat opis setiap tahun. T_T At least cuti yang besar macamni, aku nak lah balik kampung, rebus ketupat, bakar lemang semua tu. isk isk isk. Paling aku suka company ni, pihak MIG akan train staf dia jadi lagi power! Aku suka sangat yang ni. Masa bekerja pun, orang atasan nak ajar/turunkan ilmu diaorang untuk staffnya.. :)

Apa-apa pun aku bersyukur dan berterima kasih pada pihak MIG sebab bagi aku peluang untuk hadiri temuduga company besar macamni. Inilah pengalaman aku yang paling bermakna sekali... :)

Kedua, aku nak ceritakan pengalaman aku temuduga SPA . Jawatan yang ditawarkan Penolong Pegawai Tadbir N27 . Masa aku lepas habis belajar dulu, aku terus isi SPA ni walaupun aku belum lagi dapat sijil Diploma. hihihi. Pantas beb. Tahun ni baru konvo dan dapat sijil Diploma aku. Alhamdullilah selepas PRU13 , rezeki aku ada walaupun hanya panggilan temuduga, itu dah cukup buat hati rasa gumbira. heheheh. Aku dapat emel dari SPA untuk panggilan ni. Lepas 2 minggu notis emel, aku dapat surat rasmi dari SPA yang dihantar ke alamat rumah mak ayah aku. 


 Apa lagi, buat tambah-tambah ilmu am la sikit kan... Masa temuduga, aku no yang ke 4. Borak-boraklah dengan yang angka giliran 3 ke 1 .. Masa tu, masuk sikit,sikit orangnya.. So, yang selepas aku tu, aku dah malas nak borak. Tengah berdebar ntah apa yang kena soal kan.. Maaflah, sebelah aku tu aku kenal rasanya. Siti Sab kot.. hahahaha. Ingat nak tanya lepas aku dah temuduga, tapi takpe la, kang kalut pulak dia sebab turn dia selepas aku. hihihi.

Masa nak masuk, ketuk pintu bilik dulu dalam 3 kali. Bagi salam, dan tanya boleh masuk atau tidak tuan? Fuhhh.. nasib baik lah penemuduganya lelaki... So, dua orang penemuduga lelaki.. hehehehehe... orang kata, (bukan aku yang kata ok) kalau lelaki dengan perempuan nak bekerjasama mudah sikit. Biasalah magnet berlainan kan... hehehe

Semua komunikasi aku dengan penemuduga adalah BAHASA MELAYU :') Lega sikit... kikikiki . Penemuduga ni banyak bagi soalan saiko. So, aku agak susah jugaklah nak bidas kata-kata dia. Macam soalan yang akan ditempatkan ke Sabah atau Sarawak misalnya ni.....

Panel 1  : Kalau awak ditempatkan di Sabah atau Sarawak, awak boleh ke?
Aku      : InsyaAllah boleh tuan. Ayah saya Cikgu , dulu pernah ditempatkan di Sarawak. Kalau ayah saya boleh, kenapa saya tak boleh?
Panel 2 : Kalau mak awak tak bagi macamana?
Aku      : Mak saya mesti bagi, saya anak sulung tuan.
Panel 2 : Kalau mak awak tak bagi jugak pergi, macamana? ( ish... ni la soalan agak saiko jugak... takpe kita jawab bernas sikit, hehehe )
Aku   : Mak saya mesti bagi pergi tuan. Mak saya mesti nak tengok saya berjaya. (hehehehehe)
Panel 1 : Awak ni confident ye jawab.... Kalau dapat nanti, mesti mintak tukar tempat macam orang lain yang dulu-dulu jugak (pastu gelak-gelak)
Aku : Aku Sengih macam kerang busuk, kang gelak sesama kang, over pulak.. ishh.

Soalan yang lain-lain ditanya adalah berkaitan tugas yang ditawarkan , soalan-soalan pengetahuan am... Korang cubalah tahu dan faham mengenai dasar-dasar kerajaan. Maklumlah kalau nak bekerja kerajaan, kenalah tahu jugak... Setiap individu ditanya dengan soalan yang berbeza. Tak sama pun. Kalau tak dapat jawab soalan, jangan diam.... Cakaplah macamni, "Maafkan saya tuan, saya tidak pasti." Yang penting keyakinan menjawab tu ada dalam diri korang. Jawab salah takpe. Aku ni lagilah, berterabur je menjawabnya.. bukan semua betul pun..hehehehe. Kalau ada rezeki tak ke mana kan? Yang penting usaha dan akhir sekali serahkan semua urusan kepada Allah...

Itu jela yang aku nak share pengalaman aku interview SPA buat kali pertama ni... Aku tahu ramai yang temuduga SPA bermula awal Mei hingga Jun 2013 sebabnya, sebelum aku pergi temuduga, aku usha blog-blog orang lain...kehkehkeh ;p Semoga berjaya kepada sesiapa yang temuduga SPA ini ye.... Bloggers dan readers semua, doakan rezeki Syazwani Mazlan ada di sini ye..Amin... InsyaAllah... Tawakal dan berdoa.. Kalau tak ditawarkan , bukan rezeki lagi... Setiap kejadian ada hikmahnya... :)

Tips ? Bawa semua dokumen yang diperlukan, resume , berpakaian kemas dan menutup aurat , bawa ilmu pengetahuan am di minda , keyakinan bercakap. Itu sahaja.

P/S: Masih mencari pekerjaan tetap..... 

19 comments :

  1. pehh..bestnye dpt p company MIG. hehe.. ena interview SPA jawatan sama pda 31/5/2013. Tanx bagi tips.hehe..wich me luck ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak dekatlah tu interview... semoga berjaya ye... hehehe.. rezeki temuduga MIG, sy datang je mencuba nasib... :)

      Delete
  2. wahhh... momoy kalau pergi interview mesti paling kurang sejam. itu standard
    paling lama 3 jam

    tapi bila dah ada experience ni, 15 minit jer. itu pun interview soalan nya tanya awak nak gaji berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada pengalaman bertahun2, senang la dapat kan.. gaji pun umphhhh.. hehehehe

      Delete
    2. kalau dapat interview tapi kita tak nak caranya letak gaji kaw-kaw
      tapi ada juga yang betul2 nak
      so taktik nih tak menjadi
      dia sanggup pula nak bayar dan sanggup nak bayar pampasan kat company lama

      Delete
  3. wah nice n tanks share .. sy 20/8/2013 ni tmuduga B27 >.<

    ReplyDelete
  4. thanks share. sy 20/8/2013 ni gread B27

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome... Semoga berjaya dalam temuduga.. jangan nervous.. hihihi ;)

      Delete
  5. Boley postpone kea interview SPA

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh postpone... boleh tukar waktu untuk interview sahaja.. pagi, petang atau malam ..

      Delete
  6. resume perlu jgak ker?? xde pgalaman pape pon.. utk latihan separa prubatan..

    ReplyDelete
  7. resume diperlukan jgak ker? xpnah buat resume ponn... utk latihan separa perubatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye... perlukan resume.. cuba cari contoh resume di google :)

      Delete
  8. Kalau interview sebagai admin dalam bahasa ape je ?

    ReplyDelete
  9. contoh soalah yg pihak MIG tanya apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya soalan basic ttg diri, apa yg mahir (software) , blh ke kerja lebih masa...

      Delete
  10. Ada tips tak utk pergi interview dkt MIG? Rabu ni saya ada interview dkt MIG. Mostly dorg tanya apa? Interview in English or we can mix with malay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..awak dah lepas ke interview dekat MIG ? Boleh bagi tips ? Saya ada iv 26hb nanti .

      Delete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol