Salam... Hari ni baru aku tau ada mall yang baru wujud di shah alam... iaitu Space U8 Mall... Mall ni macam biasa ada pawagam yang pertama di Shah Alam...menarik kan? orang-orang lembah klang, sebelum ni, mesti tengok wayang dekat Jusco Bukit tinggi klang, centre point klang atau Jusco bukit raja klang....sekarang, penduduk shah alam boleh tengok wayang berdekatan dengan rumah mereka....;)
Mall ni baru dibuka pada 25/11/2011 owh ye...masa tu aku tengah busy dengan wedding makcik aku..So, memang aku tak tahu pape pasal mall baru ni...hehehhee...lepas ni boleh lepak sana dengan kengkawan...hahahha.. Ok, Pasaraya eco pertama di Malaysia ni,terletak di Seksyen U8 berhampiran Bukit Jelutong dan TTDI jaya, yang di bina pada kos kira-kira RM250 juta! Pasaraya ini berkeluasan 182,880 meter persegi dan mempunyai 250 kedai dari pelbagai variasi barangan, makanan, gaya hidup, fesyen dan hiburan.
Mall ni baru dibuka pada 25/11/2011 owh ye...masa tu aku tengah busy dengan wedding makcik aku..So, memang aku tak tahu pape pasal mall baru ni...hehehhee...lepas ni boleh lepak sana dengan kengkawan...hahahha.. Ok, Pasaraya eco pertama di Malaysia ni,terletak di Seksyen U8 berhampiran Bukit Jelutong dan TTDI jaya, yang di bina pada kos kira-kira RM250 juta! Pasaraya ini berkeluasan 182,880 meter persegi dan mempunyai 250 kedai dari pelbagai variasi barangan, makanan, gaya hidup, fesyen dan hiburan.
Kenapa Mall ini dikatakan MESRA ALAM? jom baca lagi...
Konsep pasaraya mesra alam di Space u8 bermula sejak proses pembinaannya empat tahun lepas di mana tayar terpakai digunakan bertujuan mengimbangkan suhu bangunan pasaraya itu selain penggunaan pendingin udara yang minimum. Menggunakan pengudaraan terbuka serta panel solar pada atas bangunan. Selain pendingin udara, angin semula jadi dari luar juga boleh masuk ke dalam pasaraya serta penggunaan kipas gergasi bagi mengimbangkan suhu di dalam bangunan. Unik kan?? ^_________^ macamni baru best....
Mall ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, mempunyai kira-kira 1,300 ruang parkir, turut dilengkapi dengan panggung wayang mini yang boleh memuatkan 1,400 penonton dalam tujuh bilik tayangan. Bukan wayang je yang ada tapi korang juga boleh beriadah di pusat boling yang diusahakan oleh atlet boling negara, Shalin Zulkifli, berkaraoke dan mencuba pelbagai makanan di medan selera dikenali sebagai Space Wok.
Mall ni jugak turut memperkenalkan konsep "lokasi untuk pelbagai acara" di mana pada tahun hadapan kira-kira 150 acara akan dianjurkan termasuk "flea market" yang diadakan setiap minggu. Selain tu , dipelawa individu yang berminat dan inginkan kelainan mengadakan majlis perkahwinan mereka di pasaraya ini kerana mall ni mempunyai ruang legar yang luas! wow!
Ketua Pegawai Eksekutif Space u8 Raja Ahmad Nizam Raja Razali akan berbincang dengan para peniaga supaya menggunakan beg kitar semula atau beg kertas di pasaraya berkenaan sejajar dengan konsep mesra alam. Pasaraya ini juga akan mempunyai pusat digital yang menawarkan barangan seperti peralatan telekomunikasi dan gajet pada harga menarik..... wahh..macam best je tempat baru ni yee.... tahun depan mesti banyak shop2 yang dah dibuka....So, tempat ni memang baru & tak ramai orang lagi yang pergi sini..Apa lagi, boleh lah korang pergi sana memandangkan mall ni baru saje dibuka! ;)
Map ke Space U8 Mall
6, Persiaran Pasak Bumi,
Taman Bukit Jelutong,
Seksyen u8, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 603 5033 4818 | Fax: 603 5033 4828
WEBSITE
P/S: student poly shah alam mesti akan lepak kat sini kan....
Info : Sinar Harian, google , tupai
Huihhhh best ni! Lenkali tak payah dah g bukit raja kalau nak tengok wayang heheheh
ReplyDeletetau xpe....lepasni bdk2 shah alam gi tgk wayang kt sne jela..hehehe
ReplyDeleteuih! aku ingatkan Shah ALam mmg bebas dr panggung wayang sbb tu mmg dah arahan dr sultan selangor demi menjaga moral anak melayu...apa ssudah jadi???
ReplyDeletehahahhaa...tau xpe...mengikut info dr sinar harian, owner tmpt ni dh dpt izin utk buka pawagam di shah alam
ReplyDeletecool dekat ngan bukut jelutung jer.. huhuhu
ReplyDeletememang dekat......^^
ReplyDeleteSalam.apa dh jadi mall ni...sunyi sepi jer...dh tkde pun wow wow nyer ...sian
ReplyDeleteSalam.apa dh jadi mall ni...sunyi sepi jer...dh tkde pun wow wow nyer ...sian
ReplyDeletehahaha, tiada daya tarikan.. yang best ada wayang & karoke aje...
DeleteWall dariz pe citer dgn wall ads..diam je....ke tipu duit org? Wow wall de bomb la Sgt... Aniaya duit org je
ReplyDeleteWall dariz oh wall dariz... Org masuk yg 3 k... 19 k... Xkan diam macam tu je... Cakap berapi... Janji itu ini.. Skrg habuk pun xde... Boooo... Melayu tipu melayu
ReplyDeleteWall Dariz... lokap kirim salam, skali wall feez, wall liena, wall fiq, wallstarz dan beberapa wallerz yang lain, dato lah sangat, puiiii
ReplyDelete