Angel Wing Heart

13 July 2016

Pengalaman Cuci Gigi : Scaling and Polishing

Assalammualaikum

Wani masih dalam mood cuti raya, tapi esok dah kena masuk kerja dah.. hehehe. So, masa cuti ni kenalah manfaatkan sepenuhnya supaya tak jadi cuti yang sia-sia. ha, gitu... Pagi-pagi lagi Wani dah pergi PTPTN cawangan Shah Alam bersebelah dengan Plaza Alam Sentral. Cadangnya nak bayar hutang PTPTN melalui akaun KWSP Akaun 2. Sekarang Wani tengok dah makin mudah. Tak perlu dah kena bayar RM90 untuk dokumen perjanjian PTPTN semua tu.. FREE je.. sistem online sekarang. Next entri, Wani akan cerita pasal ni ok... 

Berbalik pada tajuk, cewahhh. Nak cerita pengalaman cuci gigi atau orang putih cakap scaling. hahaha. Saje jer lepas raya nak cuci gigi. Hari tu nak buat dah tapi tertangguh. Al maklumlah busy sangat.. Kononnyerrr.. hihihi...

Cuci gigi tu macamana? Perlu ke? Sakit ke?
Ha....
Cuci gigi ni untuk cuci saki baki sisa-sisa taik gigi korang yang dah keras tu.. berwarna putih kekuningan atau hitam. Bahasa mudahnya, Karang Gigi. hehehe. Sangatlah perlu buat paling kurang 6 bulan sekali, sebab kalau berkerak je, nanti gusi gigi bengkak, gosok gigi je berdarah. Pastu boleh jadi mulut berbau... Ha, tak elok tu.... dan boleh menyebabkan gigi jadi rosak. Sanggup ke nak cabut gigi kekal? huhuhu. Buat scaling ni tak sakit pun. Rasa ngilu je.


Gambar ihsan Google


Wani buat di Klinik Pergigian Siti Fauzian , seksyen 7 Shah Alam. Servis dan layanan di sini sangat bagus. Kalau korang nak buat, kena call dulu ye, set appointment. Kalau tak, jenuhlah nak menunggu. Boleh je kalau nak walk in... Kalau bernasib baik, dapatlah masuk cepat. hehehe.



Jalan Plumbum S7 S, 40000 Shah Alam, Selangor 
(sederet Jakel Shah Alam, atau bersebelahan Petronas)

Suasana bahagian ruang menunggu giliran...
Ruang bilik gigi.. Comel kan... budak-budak mesti excited. Mak budak pun sama. Hahaha!
(gambar ihsan dari page Facebook Klinik)


Selepas scaling, doktor akan polish gigi korang kasi kilat. hahahaha! Caj untuk cuci gigi ni antara RM60-RM120 sahaja, bergantung dengan keadaan gigi korang tu. Wani rasa kalau kat klinik lain, paling mahal RM150.

Polish Gigi selepas scaling (gambar ihsan google)

Tel : 03-5511 8897
Facebook : Klinik Pergigian Siti Fauzian


P/S: Ada doktor hensem! =P


Jangan lupa, hari ni hari akhir untuk segmen Giveaway dari Wani yer! Hadiah sudah dibeli, siapakah yang bertuah tu yeeee? Jeng-jeng... Pemenang akan dimaklumkan kemudian. Rajin-rajinlah jenguk blog Wani tau. hehehe. Tata!

1 comment :

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol