Angel Wing Heart

13 June 2013

Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal

Oleh Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling :

Kuala Lumpur: “Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal dibenarkan seperti yang ada sekarang ini apabila kerajaan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti meletakkan maklumat serta identiti sebenar,” tegas Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri menegaskan, langkah itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan mereka.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai garis panduan operasi media sosial tidak terus disalahgunakan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen portal berita seperti dilaksanakan negara jiran, namun bagi memelihara keharmonian nasional penguatkuasaan undang-undang sedia ada akan dilaksanakan.

“Kerajaan akan mencadangkan supaya kawal selia sendiri dilaksanakan jika tidak, pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan terhadap pemilik blog dan portal yang gagal berbuat demikian “Ia bagi memastikan mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen ras, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahukan cuba menggulingkan sistem demokrasi berparlimen diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam ucapan pada Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2012 di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Pegawai eksekutif Urusniaga Hiliran Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi Malam Wartawan Malaysia, Datuk Chamil Wariya.
Najib berkata, tindakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk mentarbiyah tetapi sebagai usaha menangani cabaran kematangan bagi negara bangsa yang kian dewasa.

P/S : Apa pandangan anda? Lepas ni tiada lagi la yang nak komen guna ID 'anonymous' di blog ye.. heheheheh . Semua kena buat blog baru la lepas ni kepada sesiapa yang tiada blog .

Kredit : Metro

11 comments :

  1. bagus buat camni.. takde la anon dah kat blog2 kita.. huhuhu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. diaorang kena buat akaun google or blog la ye... baru dpt komen nanti

      Delete
  2. btul tu..bgusla cm ni..tpi kan bru semalam ada lagi cik anon tu komen kat blog lyeen..ish..T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..kalau cik anon yg bg semangat , ok dh tu lyeen. hehehe

      Delete
  3. ramaikan kaum kite, iaitu kaum blogger hehe

    ReplyDelete
  4. nih sebaik baiknya....bhya kdg2 anon nih

    ReplyDelete
  5. salam..awk nk tnye kalo ikut higway plus nak exit ke mana ye nK ke kuala perlis?
    tolong ye

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol