Assalammualaikum.. ada berita sangat baik yang aku nak kongsikan dengan korang.. Alhamdullilah, aku dapat pindah rumah nanti.. hehehe... Bila tu?? bila tu aku taknak lah bagitau kan..sebab nanti ada pakcik jual ikan kat pasar pauh tu memekak. kerja nya bising je. Ops, pakcik jangan nak perasan yang ni aku potpetpotpet psl kau eyh. ramai lagi pakcik-pakcik yang suka bising-bising dengan aku. sigh*. HAHAHA Area aku pindah ni di kawasan Puncak Alam . Tapi aku bukan perumahan dalam tu, rumah aku kawasan Alam Perdana. Masih baru lagi.. ^____________^ di mana tuu Alam Perdana? aha, kat bukit cherakah selangor. Kalau tak sure jugak kat mana, korang tau tak UITM PUNCAK ALAM? Ha, di situ lah ye. . =) Memang sangat marbelosss lah tinggal situ..Kawasan gunung-gunung , hutan-hutan ,tasik-tasik.. oohhhhh... T_T kawasan ni dekat dengan bukit jelutong shah alam. Kalau nak tau sangat lah kan. Rumah aku yang aku duduk sekarang ni (belum pindah) dekat dengan UITM SHAH ALAM. ok, got it? good. . =)
Malas nak bebel , panjang, aku nak minta suggestion korang mengenai warna bilik aku dulu lah. Boleh tak? =) kalau ada idea ke, bolehlah beritahu aku ok? Aku lak cadang nak warna pink pekat tu.. oo...sangat girlish ok. whatever. mix pulak dengan warna putih..takpun silver. Nice kan? Ke 2 punya pilihan kalbu purple..agak-agak korang?
Malas nak bebel , panjang, aku nak minta suggestion korang mengenai warna bilik aku dulu lah. Boleh tak? =) kalau ada idea ke, bolehlah beritahu aku ok? Aku lak cadang nak warna pink pekat tu.. oo...sangat girlish ok. whatever. mix pulak dengan warna putih..takpun silver. Nice kan? Ke 2 punya pilihan kalbu purple..agak-agak korang?
Hahaha comel kan? paling menarik last picture tu... sangat-sangat kegadisan oke... aku ada godek-godek blog orang lain mengenai warna bilik juga boleh menjadi faktor kesihatan kita... Baca lanjut di bawah :
Merah
Warna merah dikatakan dapat membantu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan meletakkan sehelai tuala merah yang dilembapkan di atas mata . Ini kerana ianya dapat meningkatkan peredaran darah dan melonjakkan adrenal.
Warna merah tidak boleh digunakan secara keterlaluan kerana ia merangsangkan sistem badan dengan terlalu kuat dan mengakibatkan suhu badan meningkat dengan cepat, tekanan darah meningkat, emosi gelisah ataupun jadi marah dengan mendadak dan sebagainya.
Warna merah tidak boleh digunakan secara keterlaluan kerana ia merangsangkan sistem badan dengan terlalu kuat dan mengakibatkan suhu badan meningkat dengan cepat, tekanan darah meningkat, emosi gelisah ataupun jadi marah dengan mendadak dan sebagainya.
BIRU
Warna biru pula adalah untuk meredakan tekanan. Cuba fokuskan pada sesuatu yang berwarna biru, ianya meransang suasana tenang dan mengurangkan tekanan darah.Sekiranya anda stress ketika mengadap komputer, cuba tukarkan screen saver kepada warna ini untuk mengurangkan ketegangan. Biru adalah warna yang melegakan, tenang dan damai kepada sistem badan. Ia memberi kesan rehat, sihat dan selamat kepada minda.
Merah jambu
Warna yang sering dikaitkan dengan wanita ini sebenarnya bagus untuk mengatasi masalah imsonia . Jika anda sukar tidur pada waktu malam, cuba hiasi bilik tidur dengan warna ini. Kajian mendapati warna ini mewujudkan suasana santai, selesa dan romantik. Biasanya warna ini digunakan untuk menghiasi bilik bayi dan kanak-kanak.
Jingga/oren
Warna ini berfungsi menceriakan mood anda. Jika anda merasa murung cubalah sesuatu yang berwarna jingga untuk mengembalikan tenaga anda. Warna ini juga sesuai pada tempat makan kerana ia meningkatkan selera. Kanak-kanak pula tidak digalakkan banyak mengunakan warna ini (persekitaran dan warna pakaian) kerana terdorong menjadi hyper aktif.
Hijau
Warna ini dikatakan dapat mengatasi keletihan kerana ianya memberi kesan positif dalam sistem imunisasi dan menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. Warna hijau sebaiknya dipakai oleh mereka yang sedang sakit. Dalam keadaan tubuh yang sakit memerlukan kerehatan yang cukup bagi membolehkan ia menjana kembali kekuatannya. Dengan suasana yang harmoni di dalam tubuh, ia membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus . Tubuh yang tidak cukup rehat akan bekerja dalam situasi tertekan dan sukar untuk sembuh. Sebab tu pesakit hospital pakai baju hijau.
Berikut adalah fakta tentang warna secara umum:
Merah : Tenaga, kehangatan, cinta, nafsu, agresi, bahaya.
Jingga/Oren : Tenaga, Keseimbangan, Kehangatan.
Kuning : Optimis, Harapan.
Biru : Kepercayaan, Konservatif, Keamanan, Teknologi, Kebersihan, Keteraturan.
Hijau : Alami, Sihat, Pembaharuan.
Ungu : Spiritual, Misteri, Kebangsawanan, Transformasi, Keangkuhan.
Coklat : Tanah/Bumi, Kepercayaan, Kesenangan, Daya Tahan.
Kelabu: Intelek, Masa Depan (Milenium), Kesederhanaan, Kesedihan.
Hitam : Kekuatan, Seksualitas,Keanggunan, Kecanggihan, Ketakutan, Misteri, Kesedihan, Kematian
Nice kan? Kalau korang nak cat bilik ke apa ke kan, bolehlah refer dulu pada yang pakar... Kang tak pasal-pasal pitam masuk bilik disebabkan warna. . heee.. Lagi satu, selain warna bilik , aku nak tampal sticker yang moden dah sekarang ni kat dinding bilik. Contohnya di bawah ini :
Haaa.... sangat awesomeeee kan? wah kreatif betul.. memandangkan korang akan tertanya-tanya mana nak dapatkan sticker ni secara ONLINE, bolehlah korang usha blog company ni okeh > SINI dan di FB > SINI
Best betul.... Tak sabar nak decorate bilik aku nanti.. So, selamat berebut-berebut bilik ye adik-adikku. Pilihan pink+putih , pink+silver , atau purple... wink*wink*
Kredit : http://kaymamablog.blogspot.com/2011/01/ketahui-warna2-untuk-kesihatan.html#ixzz1brWnkaGq
No comments :
Post a Comment
Terima Kasih sudi membaca entri ini =)