Angel Wing Heart

27 December 2012

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G Secara Online

Assalammualaikum
Rebat smartphone (Rebate RM200) boleh dimohon pada tahun hadapan 2013. Tetapi ada syarat. Hanya smartphone bernilai RM500 (maksimum) ke bawah sahaja boleh tebus. Kemudian, kena langgan pelan jalur lebar (broadband-mobile) pada siapa yang tiada. Berbaloi ke? Apa2 pun , syukur alhamdullilah :)
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan iklan khas bagi pemberian rebat RM200 telefon pintar (smartphone) ini di mana 1.5 juta golongan belia di Malaysia.  
Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

Program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia. Adakah anda antara yang kalangan yang termasuk dalam golongan tersebut?



Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia
  1. Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
  2. Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  3. Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500
  4. Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka
  5. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. Penyedia talian seperti Maxis, Umobile, YES YTL, Celcom, Digi & Tune Talk sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ
SENARAI TELEFON REBAT
Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon rebat telefon pintar 3G ini (smartphone), anda boleh memohon secara online (atas talian) di SKMM. Iaitu Suruhanjaya Komunikasi Malaysia. Permohonan boleh dibuat bermula 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013.

Mohon online dibawah ini :


TERKINI : 

Tadaaaaaa! Samsung galaxy S 3 Mini yang telah aku tebus menggunakan rebat smartphone.



Kredit : Beritasemasa.com
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol