Angel Wing Heart

08 March 2011

Sari Kata Hina Allah

Assalammualaikum...
Pagi ni aku terbaca satu info mengenai sari kata yang menghina Allah.. (Subtitle)

Subtitle itu seperti ini :



“Bagus kerana aku tidak mahu menjadi Allah ini bodoh, Focker,”



Terjemahan sari kata ini terkandung dalam cakera padat video digital (DVD) filem barat lakonan yang ditayangkan di pawagam, Disember tahun lalu.

Disember tahun lalu ? Mak aiii... dah lama dah ni... baru nak beritahu ke sekarang?? sob2..sob2..

Benda ini didedahkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu (Pewaris) Pulau Pinang. Pegawai berkenaan menerima aduan daripada pihak terbabit mengenai DVD ini & beli DVD berkenaan untuk kesahihannya.



Dialog asal berbunyi ‘I don’t want to be a stupid godfather’

(saya tidak mahu menjadi bapa pembaptisan bodoh)




Amat menyedihkan apabila subtitle yang terkandung dalam filem berkenaan diubah menyebabkan maksudnya menjadi lain.

Erm... Islam bagai dipijak dalam diam... :(

P/S : Tak ada ke hukuman dunia untuk mereka yang menghina Islam ni???

INFO : METRO ONLINE

07 March 2011

Ikan Paus Bertanduk ! Unik !





Assalammualaikum..
Seperti biasa aku nak share dgn korang mmengenai satu fakta iaitu
IKAN PAUS BERTANDUK !

tak tipu ok...

Ikan paus Narwhal atau nama saintifiknya Monodon Monoceros merupakan sejenis ikan paus unik kerana mempunyai gigi bersaiz panjang seperti tanduk. Spesies ini juga dikenali sebagai 'Unicorn Laut' . Hidup bebas di perairan Kutub Utara.



JOm kita tengok fakta menarik mengenai ikan paus bertanduk ini :



  • Gigi paus mula tumbuh & memanjang slps usia pertengahan
  • proses pertumbuhan gigi ni berlaku kpd ikan paus jantan sahaja
  • Gigi ikan paus boleh mencapai sehingga 9 meter
  • Fungsi utama gigi paus ini adalah untuk mengukur suhu
  • Ikan Paus ini hanya hidup di perairan yang sejuk
  • Gigi ini juga mnjadi senjata untuk mempertahankan dirinya
  • Gigi ini boleh mengesan getaran air laut (utk kesan kumpulan ikan/udang/plankton)-makanan mereka
  • Terdapat 10 juta saraf di permukaan gigi yang mampu mengesan suhu , tekanan air ,& kadar kemasinan air laut
  • Menggesel2 kan gigi antara satu sama lain untuk membersihkan giginya (mengasah utk tajam)
  • Jika gigi seperti tanduk ini patah , peluang untuk tumbuh kembali amat nipis kerana hanya tumbuh sekali seumur hidup
  • Berkomunikasi antara satu sama lain dgn siulan yang tersendiri
  • berat paus jantan boleh mencapai sehingga 1 600 KG , betina 1 000 KG sahaja





Menarik kan ? Ini lah ciptaan Allah yang kita lihat sekarang..... :)


P/S : Macamana pula dengan kuda unicorn ? adakah benar-benar wujud?
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol