Assalammualaikum !
Wah..entri kali ni berkaitan fakta jugak...Jangan tak tahu , kat dunia ni ada je Pulau yang misteri unik dan mempunyai pelbagai cerita yang tersendiri..
Huhuhu..naik meremang jugak lah nak review cerita ni.. hehehe...



Wah..entri kali ni berkaitan fakta jugak...Jangan tak tahu , kat dunia ni ada je Pulau yang misteri unik dan mempunyai pelbagai cerita yang tersendiri..
Huhuhu..naik meremang jugak lah nak review cerita ni.. hehehe...

Pulau ni dikenali sebagai ' La Isla De La Munecas ' oleh orang negara Sepanyol. Dianggap sebagai pusat pelancongan paling menyeramkan di Mexico. Hampir kesemua pokok-pokok yang ada dipulau itu dihiasi dengan boneka-boneka yang agak menyeramkan....hisshhh!

Cerita di sebalik Pulau Boneka ini :
Dihuni oleh Don Julian Santana seorang petapa , sudah berkahwin dan memilih untuk bersendirian sepanjang usia 50 tahun . Dia dihantui oleh hantu seorang budak perempuan yang mati lemas dalam terusan air di sekitar pulau tersebut suatu ketika dahulu.
Kemudian , dia mengumpul boneka yang menjadi 'sampah' berada di sekitar pulau tersebut untuk digantungkan di kawasan pulau dan rumahnya itu. Ini untuk menggelakkan daripada gangguan hantu seperti yang didakwanya.
Pernah beberapa kali juga dia menukarkan hasil tuaian buah-buahan dan sayuran untuk membeli boneka usang. Pada tahun 2001, Don Julian ditemui mati oleh anak saudaranya, di terusan yang sama di mana beliau mengatakan kanak-kanak perempuan itu lemas.
Sekarang Pulau Boneka ni dah menjadi salah satu pusat pelancongan yang paling pelik di dunia. Sesetengah pelancong yang melawat tempat ini mendakwa boneka-boneka itu berbisik supaya memberikan mereka hadiah bagi menenangkan roh di pulau tersebut.





