Angel Wing Heart

11 March 2011

Dalam Laut ada Sungai ?!

Assalammualaikum... :)
Dah lama aku tak update belog selama 3 hari..hehehe..
Outstation . Sibuk dengan bengkel Networking ..
Waduh2 , dah jadi juruteknik lah pulak..haiyaa...Lari bidang maa....
hihihi.. takde lah.. tu aku praktikal je..tambah ilmu..
Masih dlm bidang dip.Video & Film lagi..belajar2.. :)

Ok . Lari topik pulak dah... Hishh!
Meh aku nak share dgn korang satu fakta benar & Unik ..
Mungkin ada yang dah tau atau tak juga yang tau...

cer cite ....cer cite...cer cite...hihihi :p

Dalam Laut ada Sungai !!

Satu kawasan perairan Cenote Angelita , Mexico ; satu rahsia terbongar apabila seorang jurukamera profesional , Anatoly Beloshcin bersama pasukannya melakukan selaman di tempat tersebut. Tengah mereka mengambil gambar dari dasar laut , mereka terpaku dengan satu pandangan luar biasa & menakjubkan iaitu SUNGAI DI DASAR LAUT!

Yang anehnya disekeliling tempat tersebut dipenuhi dengan pohon-pohon tumbuhan yang masih hijau. Suasananya mirip seperti sebuah taman di daratan ketika musim gugur.





Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

(Al Furqan 25:53)




Majoriti yang melihat gambar ini menganggap semuanya adalah rekaan semata-mata.

Beloschin menjelaskan fenomena ini bukanlah terletak di dasar laut tetapi ia berada di lantai sebuah gua dasar laut. Jelasnya , jika menyelam ke dalam gua tersebut sehingga mencapai kedalaman 30 meter , airnya bertukar menjadi tawar ! Ia seperti sebatang sungai yang mengalirkan air berwarna coklat.



Lapisan air seperti sungai ini dikaji dan kajian itu menyatakan ini adalah lapisan hidrogen sulfida seolah-olah seprti 'sungai' berwarna coklat dan kelihatan terasing.


Wallahualam......


P/S : INDAHNYA KEBESARAN & KEINDAHAN ALLAH ..... :)

Eh , korang , jemput le join my contest.. due date hujung bulan 3 ni...heee~ :) dpt hadiah free ma...tak mau ke...miahahahaa.

08 March 2011

Pulau Boneka Berpuaka jadi tempat pelancongan Pelik!

Assalammualaikum !

Wah..entri kali ni berkaitan fakta jugak...Jangan tak tahu , kat dunia ni ada je Pulau yang misteri unik dan mempunyai pelbagai cerita yang tersendiri..

Huhuhu..naik meremang jugak lah nak review cerita ni.. hehehe...



Pulau ni dikenali sebagai ' La Isla De La Munecas ' oleh orang negara Sepanyol. Dianggap sebagai pusat pelancongan paling menyeramkan di Mexico. Hampir kesemua pokok-pokok yang ada dipulau itu dihiasi dengan boneka-boneka yang agak menyeramkan....hisshhh!





Cerita di sebalik Pulau Boneka ini :

Dihuni oleh Don Julian Santana seorang petapa , sudah berkahwin dan memilih untuk bersendirian sepanjang usia 50 tahun . Dia dihantui oleh hantu seorang budak perempuan yang mati lemas dalam terusan air di sekitar pulau tersebut suatu ketika dahulu.




Kemudian , dia mengumpul boneka yang menjadi 'sampah' berada di sekitar pulau tersebut untuk digantungkan di kawasan pulau dan rumahnya itu. Ini untuk menggelakkan daripada gangguan hantu seperti yang didakwanya.



Pernah beberapa kali juga dia menukarkan hasil tuaian buah-buahan dan sayuran untuk membeli boneka usang. Pada tahun 2001, Don Julian ditemui mati oleh anak saudaranya, di terusan yang sama di mana beliau mengatakan kanak-kanak perempuan itu lemas.




Sekarang Pulau Boneka ni dah menjadi salah satu pusat pelancongan yang paling pelik di dunia. Sesetengah pelancong yang melawat tempat ini mendakwa boneka-boneka itu berbisik supaya memberikan mereka hadiah bagi menenangkan roh di pulau tersebut.


 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol