Angel Wing Heart

18 March 2011

Weekend ni , jom pergi Hot Air Ballons Fiesta 2011 di Putrajaya!

Assalammualaikum...
Dapat info ni pagi tadi...wuhuu...T_T
Walaupun terlambat tapi aku xnak lepaskan peluang ni untuk tengok jgk pesta ni...
Nak sangat-sangat....Hishhh!!

Pesta ni kali ke - 3 dianjurkan setiap tahun ...

3rd International Hot Air Ballons Fiesta 2011



Pesta ni bermula dari pukul 7 pagi - 9 malam


Bermula dari 17-20 Mac 2011

Di mana ?

MONUMEN ALAF BARU , PRECINT 2 , PUTRAJAYA




Jom pergi ramai-ramai..
Kat sana , banyak aktiviti dan pertandingan yang dijalankan...So ...apa lagi..moh le geraakk...

Website : HOT AIR BALLONS




P/S : INSYAALLAH AKU DGN KWN2 LAIN NAK PERGI SANA AHAD NI....HARI LAST WOOO...harap tak hujan la...AMIN =_=

17 March 2011

Pancake. Mushroom soup dan Jus Epal Susu .


Assalammualaikum...


Kali ni nak citer pasal diri aku lak....hihihi..taklah bosan sgt blog ni kan...:)
Semalam aku masak 3 resipi... hihihi

PANCAKE . MUSHROOM SOUP . JUS EPAL SUSU.

Sedap wooo...lagi2 pancake...nyum.....

Aku dapat resipi ni dari website :

www.resipi.com

Best2...siap aku menjoin kan diri lagi kat situ...
Al maklum la..aku ni dah la muda...kena la belajar masak utk husband aku nanti..miahahahhaa..

Aku mmg pandai masak..aicyeeh... tapi kalau lauk pauk yg hebat2 , belum sampai tahapnya lagi la..hihiihi...

Kalau rajin , aku try la bakar lemang ke, bakar buloh ke..
bako...bako...bako....!
miahahahaa...

JOm tengok cara-cara nak buat pancake ni !


Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )
  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g Butter
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam
Cara-cara
  • Campurkan tepung dan soda , krim tartar , tepung & butter - gaulkan sebati dulu , (tak tambah air )
  • Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu ke dalam tepung tersebut.

  • Gaul sebati
  • Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. letak kat kuali leper pun boleh..nanti melebar dengan sendiri . (kembang)

  • Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.
  • Dah siap !! Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter , coklat , kaya , atau icecream . Makan panas2 lagi best.

INI PANCAKE SYRUP yang wani makan dengan pancake...sedappp....:)

kuali bentuk strbery wani yang cumel gitu..hihihi... :)

Dah siap utk di makan !!! nyummyyy!!!

gebu tak ?? hihihi

Mushroom Soup :
Bahan-bahan ( 6 org )
  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum
Cara-cara
  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.


Ni pulak MUSHROOM SOUP .... tp hubby kata pekat sgt... ADOI..bantai jela..janji sedap..:)



Jus Epal susu :
Bahan-bahan
  • 1 biji epal hijau
  • 1 camca besar gula
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • Sedikit air dan ais
Cara-cara
  1. Kupas buah epal. Buangkan kulit dan bijinya. Belah kecil supaya mudah dikisar.
  2. Masukkan buah epal tadi ke dalam mesin pengisar bersama dengan bahan-bahan lain. Kisar sehingga hancur.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan sedia diminum. (Jika ingin kurangkan rasa manis, tak perlu tambahkan gula).

Jus Epal Susu...sedap bila sejuk....siap aku hias2 lagi..ekekke

Jom Minumm!!


P/S : NAK PANDAI MASAK ? CARI JE RESIPI KAT SINI :)

MY RESIPI
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol